Monday, April 9, 2012

KENAPA KITA LIAT KERJA PADA HARI ISNIN ?

Kenapa bila tiba saja hari isnin je, ada pekerja liat
dan rasa macam malas nak bangun pergi kerja.
Bukannya tak sihat nak pergi kerja tetapi saja
MALAS. Time ni lah masing2 mencari alasan macam
mana nak bagitahu kat BOSS sebab apa tak boleh
datang kerja pada hari isnin tu.












Sepatutnya hari isnin ni perlu dianggap sebagai
pembuka hari untuk minggu baru dan sepatutnya
perlu bersemangat untuk bekerja selepas berehat
dua hari berturut2 pada hujung minggu ( sabtu dan
ahad ).

Sepatutnya hari isnin menjadi hari penting untuk
mula bekerja dengan jujur dan baik supaya dapat
menjadi contoh untuk bekerja seperti ni pada hari2
kerja berikutnya...selasa, rabu, khamis dan jumaat
sebelum bercuti semula pada hujung minggu.

Tetapi masaalahnya "mood cuti dan bangun lewat"
seperti dipratikkan pada cuti minggu tu terbawa2
ke hari isnin. Boleh dikatakan mood cuti hunjung
minggu tu masih lagi menebal dalam diri. Dalam lain
perkataan, ini lah yang dikatakan orang , hari isnin tu
diibaratkan sebagai Monday Blues.

Pada hari isnin lah, silap2 ramai yang beratur2 di klinik2
untuk tujuan mendapatkan MC TIPU atau surat cuti sakit
tipu walaupun tak sakit sebenarnya. ( Macam pernah buat
je cara ni ...terasa pulak saya !!).

Awal pagi isnin, pada yang dah bekeluarga mula lah si suami
berkata kepada si isteri sambil batuk2 , " Abang tak sihat hari
ni dan rasa nak ambil cuti sakit " dan sebab takut untuk
talipon BOSS, disuruhnya isteri yang tolong telepon
sambil tu handphone si suami tu dimatikan sepanjang hari
isnin tu supaya tak ada gangguan dari opis dan si suami tu
dapat bercuti rehat sehari lagi ( jadi semua 3 hari untuk cuti
hujung minggu ) dengan tenang pada hari isnin. Pada yang
bujang pula, lagi senang, matikan handphone saja dan buat
tak endah saja sapa2 yang telepon sambil perlu fikir apa
alasannya sebab tak datang kerja hari isnin untuk dijawab
kat BOSS pada hari selasa nanti.

Sebenarnya hari isnin ke, selasa ke, rabu ke , khamis ke,
jumaat ke, sabtu ke, ahad ke...semuanya sama...24 jam
juga lamanya, 12 jam siang dan 12 jam malam...tak ada
bezanya. Allah dah tetapkan semua ni tetapi kita sendiri
pandai2 nak jadikan hari2 ni berbeza.

Kalau nak dikongsikan alasan2 sebab tak perlu pergi
kerja pada hari isnin ( kecuali sesiapa yang memang sakit
betul2 dan tak tipu ), rasa tak perlulah disebutkan kat sini
nanti ada yang setuju dan ada yang tidak setuju akan
alasan2 ni.








Tetapi apa2 pun untuk mengelakkan dijadikan hari isnin ni
hari MALAS KERJA, boleh lah mengamalkan petua2 ni serta
ikut amalan2 ajaran nabi s.a.w sebaik yang boleh antaranya :

1. Jangan tidur lewat, pukul 10 malam, perlu masuk tidur
2. Jangan makan banyak sangat sebelum tidur sebab kita
    akan rasa malas untuk bangun pagi.
3. Bersegera menyucikan diri dan ambil wuduk dan
    tunaikan solat sunat tahajjud dan sunat witir.
   Banyak berdoa di akhir 1/3 malam memang
   banyak fadilatnya kerana ianya waktu mustajab untuk
   berdoa. Setelah terbangun dari tidur ucaplah syukur
   kepada Allah kerana telah diberikan nikmat kehidupan
   sehari lagi ke  pada kita.


4. Berjemaah untuk solat subuh. Amalkan membaca
    wirid , doa, zikir dan istighfar dalam Al-Mathurat selepas
    subuh.
5. Biasakan membaca Al-quran di awal pagi.
6. Jangan tinggal zikir harian dan banyakkan berselawat kepada
    nabi. Baca buku2 rujukan ugama untuk lain2 amalan
    yang boleh dipratikkan. 
7. Amalkan solat sunat Dhuha.
8. Jangan tinggal sembahyang fardhu sebab jika kita ingat pada
    Allah, Allah akan ingat kepada kita. Berdoalah pada dia
    untuk memberi kita kekuatan untuk berkerja dengan jujur
    dan baik pada setiap hari. Ingat rezeki yang kita cari setiap
    hari tu perlu halal sebab ni akan dijadikan rezeki untuk
    menyediakkan makan minum kita serta keluarga dan
    keperluan2 lain. Kita akan ditanya di akhirat nanti dari mana
    setiap sen yang kita perolehi. Walaupun gaji kecil tetapi
    berkat, insyallah kita akan selamat dunia dan akhirat.
    Gaji besar tapi tak berkat, adalah musibah nanti menunggu
    kita.

Amalan yang berterusan akan membentuk tabiat, insyaallah
tabiat yang baik ini akan menjadi amalan sehingga akhir
hayat kita. Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah s.a.w.
bersabda maksudnya: “Amalan yang paling disukai di sisi
Allah Taala ialah sesiapa yang melakukan amalan itu
secara berterusan sekalipun sedikit.” (Riwayat Muslim).

No comments:

Post a Comment