Amalkan baca surah Yassin setiap hari.
RASULULLAH S.A.W. bersabda maksudnya :
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi
keberkatan", iaitu:
- Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh
menjadi kenyang. - Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
- Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
- Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
- Jika terpenjara akan dibebaskan.
- Jika musafir membacanya, akan mendapat
kesenangan apa yang dilihatnya. - Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
- Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal
dunia, Allah meringankan siksanya. - Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa
hausnya. - Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar
daripada penyakitnya. - Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap
sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah
Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah
menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran
sebanyak 10 kali. - Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang
yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,
turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat
Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan
Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan
turut menyembahyangkan jenazahnya". - Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa
orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang
Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman
untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat
perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan
rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya
diambil. - Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa
bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat,
dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat
kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya
di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan
menerima suratan amalannya di tangan kanan dan
diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli
rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan
ini, dia adalah orang-orang yang munafik. - Menurut sebuah hadith yang lain jikalau seseorang itu
membaca surah Yasin dan surah Was-Saffat pada hari
Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya
akan diterima. - Khasiat ayat 58 :Bacalah ayat ini sebanyak 1479 kali
untuk menunaikan segala hajatnya atau untuk menolak
bala. InsyaAllah berhasil. Jika ditulis ayat ini sebanyak
5 kali pada sehelai kertas, kemudian dibawa bersama-sama
ketika bermusafir, InsyaAllah terpelihara dari kecurian,
kesusahan dan segala perkara yang tidak diingini. Bacalah
ayat ini sebanyak 28 kali ketika menular wabak taun,
SARS dan sebagainya, InsyaAllah selamat. - Khasiat ayat 53 :
Kegunaan ayat ini ialah untuk
menghadirkan khadam jin atau malaikat. - Khasiat ayat 33 : Tulis ayat ini dengan menggunakan
kasturi, za’faraan yang dicampur dengan air masin
(air laut), kemudian hapuskan tulisan ini dengan air hujan.
Renjiskan air ini pada tanaman, InsyaAllah berkat dan subur. - Khasiat ayat 29 : Bacalah ayat ini sambil menghadap
ke arah kiblat apabila berjumpa musuh. InsyaAllah
selamat. - Khasiat ayat 12 : Kegunaan ayat ini ialah untuk
menyuburkan tanaman, menghilangkan sifat pelupa,
dan menambahkan kecerdikan. Tuliskan ayat ini pada
bekas yang suci, kemudian dihapuskan dengan air yang
suci. Renjiskan air ini kepada tanaman selama tiga hari
bagi menyuburkannya. Bagi menambahkan kecerdikan
dan untuk menghilangkan sifat pelupa, minumlah air ini
selama tujuh pagi berturut-turut. - Khasiat ayat 9 :
Kegunaan ayat ini ialah untuk menolak
kejahatan musuh dan supaya mereka terkepung. Bacalah
ayat ini beberapa kali pada segenggam tanah atau pasir,
kemudian dihamburkan ke arah mereka
seperti yang disebutkan di atas. Oleh itu marilah kita mendekatkan
diri kita kepada Allah S.W.T. melalui bacaan Yasin setiap hari.
No comments:
Post a Comment