Tuesday, June 19, 2012

KULIT MUKA TERASA BERSIH DAN TEGANG DENGAN AMAL PAKAI BEDAK MUNTAH BELUT

Kita ni selalunya sibuk seharian dengan macam2
tugasan samada di opis mahupun di rumah.

Untuk yang bekerja, penampilan diri
dengan penggunaan pelbagai jenis jenama
alat solek dan wangian sudah menjadi rutin.
Kepada yang tidak bekerja pula dan masa
terluang mungkin banyak di rumah saja, perlu juga
menggunakan bahan2 ni mungkin untuk kepuasan
diri. Walau apapun sebabnya, seelok2nya seminggu
sekali atau sekerap yang boleh, gunakanlah pencuci
muka yang bersesuaian untuk membersihkan bahan2
solekan ni dari kulit terutama bahagian wajah untuk
menjaga kesihatan serta kebersihan kulit.

Kulit kita ni amat sensitif dan perlu juga dibersih sekali
sekala untuk menjaga kesihatannya.

Memang terdapat bermacam2 jenis pencuci muka kini
di pasaran. Ada yang mahal, ada yang murah tapi
yang penting , gunakan yang bersesuain dengan kulit.

Bagi diri saya, saya sudah biasa dengan menggunakan
Bedak Muntah Belut sebagai pencuci muka secara
mingguan. Dulu ada juga guna pencuci kulit muka
yang berjenama tapi dah STOP pakai semua ni.

La ni, secara sekali dalam seminggu , sebelum
tidur malam, saya akan :

1. Ambil pecahan Bedak Muntah Belut sekadar perlu
2. Larutkan pecahan Bedak Muntah Belut samada
    guna air tapisan, air gamat, air kelapa muda,
    air zam zam atau air mineral.
3. Saya elakkan guna air terus dari paip 
4. Larutan bedak dibuat secara nipis saja untuk elakkan bazir
5. Ambil larutan bedak dan mula2 scrubkan di kulit muka
    cara perlahan2 untuk bersihkan lapisan kulit muka
6. Kemudian bila selesai buat ni, saya bersihkan dulu lapisan
    awal bedak ni dengan air biasa
7. Setelah kulit muka bersih dari lapisan bedak yang
    digunakan untuk scrub tu, saya sapukan lapisan baru
    bedak ke seluruh kulit muka. Jangan tebal sangat, buat
    cara nipis saja
8. Dan lapisan kali ni dibawa ke tidur dan biarkan semalaman











9. Saya letakkan tuala di atas bantal untuk elakkan kepingan
   bedak terlekat kat bantal semasa tidur
10. Bila larutan bedak ni sudah kering, terasa kulit muka
     tegang seakan2 dicengkam oleh bedak ni
11. Keesokkan paginya, bila bangun dari tidur, semasa mandi
      saya basuhkan keseluruhan kulit muka dengan air biasa
12. Selepas mandi, memang terasa kulit segar dan bersih.
      Seronok betul rasanya...

Cara ni diamalkan sekurang2nya sekali seminggu tetapi jika
terasa kulit berminyak dan kotor sangat, saya akan amalkan
kerap sikit. Anak saya ni pun amalkan juga....ikut cara mak dia..



Cubalah, insyallah Bedak Muntah Belut ni boleh membantu
menjaga kebersihan dan kesegaran kulit muka.

No comments:

Post a Comment