Saturday, November 10, 2012

FADHILAT SURAH AL-INSYIRAH


Perkongsian amalan2 untuk menguatkan ketakwaan
kita kepada Allah s.w.t dengan mengikut sunah
nabi s.a.w
 
Surah al-Insyirah ialah surah yang boleh memberi
pengisian buat jiwa yang gundah serta kesedihan dan
boleh dijadikan sebagai penguat semangat di kala
selubungi kesulitan.
 
Adalah Surah yang ke-94 dalam Al Quran dan terdiri dari
8 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah.
 
Surah ini menegaskan bahawa sesudah kesusahan itu tentu
ada kesenangan. Dunia ini memang tempat ujian. Ada ujian
kesusahan dan ada ujian kesenangan. Asalkan kita orang
beriman, selepas kesusahan tentu ada kesenangan, dan
syurga itulah kesenangan yang hakiki.





















بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
 Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
yang memberatkan punggungmu?

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

 فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan),
kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

صدق الله العظيم
Maha Benar Allah swt Yang Maha Agong/Maha Besar


Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca
surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku
mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan
daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah
selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan
urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan
dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan
dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam
segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu,
serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah
solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada
kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.


FADILATNYA:-

1. Mempermudahkan segala urusan dan murah rezeki.
Amalkan membacanya 9 kali selepas solat fardhu.





2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat
sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah
ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah
hajatnya akan tercapai.

3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari
wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.

4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca
surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah
akan sembuh.

5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya
yang sempit akan dilapangkan Allah SWT.

Caranya:

Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada
sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah
3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.

6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam
dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk
mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya.
Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak
300 kali selepas solat Dhuha.

7. Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah
Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah
sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah
Ali Imran serta doa berikut : “Allahumma allif baina
qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus
ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh
juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada
setiap malam.

8. Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111 kali, dapat
menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat
menghancurkan batu kerikil tersebut.

9. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 x setiap terbit
matahari, insyaAllah akan dibukakan kepadanya
perkara-perkara yang ajaib.

10. Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum,
insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari
terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut2, insyaAllah akan
kuat daya ingatannya.


No comments:

Post a Comment