Friday, November 16, 2012

RESEPI : PERIA GORENG BERSALUT TEPUNG

Baru2 ni semasa berblogging, terjumpa resepi
Peria goreng tepung.

Alaa...sayuran Peria yang pahit2 tu.

Peria ni macam2 jenis juga...
- Buah peria biasa yang panjang , warna hijau muda
  dan berdaun agak sederhana besar
- Buah peria kecil atau peria katak, kecil sikit saiznya,
  warna kehijuan tua dan berdaun kecil

Orang putih panggil sayuran ni BITTER MELON.
Sesuai dengan rasanya...Pahit.


Kat tempat saya di Ipoh , rasa mahal juga buah peria ni,
sekilo lebih kurang rm 7.00. Sebiji buah peria
sederhana besar, harga rm3.00, jadi lah.

Antara khasiat memakan sayuran peria yang di ketahui :

- Jus peria merawat penyakit asma dan masaalah haid lewat
- Untuk mengurangkan gula dalam darah dan merawat
   penyakit kencing manis, boleh minum air rebusan
   potongan buah peria
- Jus daun tumbuhan peria dicampurkan dengan susu
  boleh bantu rawat penyakit buasir
- Jus peria dicampurkan dengan jus limau bantu rawat
  masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta,
  rasa gatal2
- Minum jus daun peria boleh bantu masalah ketagihan alkohol  

 











Biasanya sayuran ni dimasak lemak untuk kurangkan
rasa pahitnya tapi baru je saya tahu Peria ni boleh juga
di goreng tepung.
 
Jadi saya cuba lah.
 
Sedap juga walaupun ada rasa pahit2 tu. 
Lebih sedap bila di makan panas2....ada rasa
rangup juga bila di gigit.

Mmmmm...sedap !!!

Peria Goreng Bersalut Tepung















Jika nak cuba, ni resepi yang saya guna :

Bahan2
- Sebiji buah Peria biasa
- Tepung Beras
- Tepung Jagung
- Tepung Gandum
- Garam
- Serbuk kunyit
- Minyak masak

Caranya
- Peria di hiris atau di potong bulat2
- Rendam dulu Peria ni dalam air garam halus seketika
  untuk kurangkan rasa pahitnya sebelum di masak
- Bancuhkan semua tepung tu dengan air sekadar
  pekatan yang dikehendaki
- Masukkan sedikit garam dan serbuk kunyit , secukup rasa
- Celupkan potongan peria tu dalam bancuhan tepung
- Panaskan minyak dan gorengkan peria bersalut tepung tu
- Lepas ni, makan lah....

Selamat Mencuba.....

1 comment:

  1. salam Alya ;dah pernah makan dah peria goreng ni..kalau panas2 & rangup mmg sedap...

    ReplyDelete