Al-Quran adalah mukjizat terbesar kurniaan Allah s.w.t
kepada insan teragung kita , Nabi Muhammad s.a.w.
Al-Quran :
1. Menunjukkan akan keesaan dan keagungan Allah swt.
2. Adalah kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
s.a.w. sebagai panduan untuk memimpin seluruh umat
manusia ke jalan kebenaran.
3. Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui
perantaraan malaikat Jibril a.s secara berperingkat-peringkat
selama lebih kurang 23 tahun.
4. Mempunyai keindahan bahasa yang tidak dapat ditandingi
5. Menjadi sumber pembentuk watak seperti Sayyidatina
Aisyah ra terhadap Rasullulah saw yang memiliki budi
pekerti Al-Quran.
6. Membimbing manusia untuk mencapai kebahagiaan
di dunia dan akhirat
7. Membaca setiap huruf dikira ibadat dan diberi ganjaran
pahala oleh Allah S.W.T..
8. Mengandungi kisah kaum terdahulu dan perjuangan
Rasul dan Nabi menghadapinya.
9. Menjadi petunjuk yang di penuhi hikmah serta
peringatan kepada setiap umatnya.
10.Menjadi penyuluh ilmu, cara hidup dan ibadat supaya
sejarah silam menjadi peringatan dan pengajaran.
11.Merujuk terus kepada apa yang berlaku di bumi dengan
mengaitkan sejarah silam manusia seperti nabi dan rasul
dengan misi sama- menyeru manusia kepada risalah tauhid.
12.Menjadi pedoman bagi manusia memahami diri sendiri,
persekitaran dan juga ciptaan Allah agar mereka dipandu
memahami hakikat diri,ciptaan dan alam ghaib.
13.Diturunkan sebagai mempunyai pertalian dengan realiti
Makkah dan Madinah.Makkah melambangkan pembangunan
akidah,akhlak dan jihad.Madinah pula kepada pembangunan
ukhuwah,syariah dan perlaksanaan sistemnya.
14.Adalah mukjizat Rasulullah s.a.w yang berbeza dari yang lain
kerana al-Quran tetap kekal dan boleh dilihat ke hari ini.
15.Terpelihara daripada sebarang perubahan dan penyelewengan
sehingga hari kiamat
16.Menceritakan ganjaran syurga jika beramal soleh dan bertakwa
17.Menceritakan amaran Allah s.w.t mengenai balasan neraka
kepada yang ingkar serta sombong terhadap wahyu
Allah s.w.t ini
Oleh yang demikian, semestinya kita perlu sentiasa bertanya
kepada diri sendiri, adakah kita menyayangi Al-Quran ?
Andai, jawapannya YA, sentiasa lah kita membaca Al-Quran.
Selain bertujuan mendapat fadilat membacanya, fahami
lah juga isi kandung Al-Quran untuk mendapat rahmat dan
hikmah di sebalik perkhabaran wahyu yang agung itu.
Alhamdulillah, beruntungnya kita
ReplyDelete