Mari kita perbanyakkan berselawat kepada Nabi SAW.
Antaranya Selawat Tafrijiyah :
Barang siapa membaca 11 kali pada tiap2
kali lepas sembahyang fardu, maka tidak
keputusan rezekinya, juga akan mendapat martabat
( kedudukan ) yang tinggi.
Membaca 41 kali pada tiap2 kali lepas sembahyang
subuh, maka akan tercapai hajat dan cita2nya.
Membaca 313 kali pada tiap2 hari maka akan terbuka
segala rahsia dan dapat melihat apa yang dikehendakinya.
Membaca 1000 kali maka akan tercapai segala perkara
yang tak tergambar oleh akal, tak terlihat dengan
mata kasar, tak didengar oleh telinga dan yang tak
terlintas pada hati.
RASULULLAH SAW amat menyukai minuman madu
yang dicampur dengan air sejuk. la bukan semata-mata
lazat tetapi juga sebagai salah satu amalan kesihatan.
Air putih +
Madu
Rasulullah juga suka minum air sejuk dan mencicip
madu sebelum makan apa-apa pada waktu pagi selain
minum air yang telah disimpan semalaman dalam
sebuah bekas.
Antara khasiat amalan-amalan ini adalah:
• Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
• Mencuci perut.
• Membuang sisa makanan yang tertinggal dalam perut
yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya
ke usus besar.
• Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan
senak perut dan sedu.
• Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.
Aisyah r.a meriwayatkan bahawa:
"Di antara banyak jenis minuman, Rasulullah SAW
suka minuman manis dan sejuk." Hadis bermaksud,
baginda menggemari minuman manis dan sejuk,
campuran madu atau nabiz (rendam buah tamar).
Di dalam satu doa, Rasulullah ada menyebut:
"Ya Allah, kurniakanlah aku dengan cintaMu yang
lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak
dan cintaku kepada air sejuk." Ini memberi isyarat
bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai
khasiat yang lebih besar.
Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan
dan kesejukan akan menjadi sebab yang paling bermanfaat
untuk penjagaan kesihatan tubuh badan sekaligus berperanan
sebagai bahan pemakanan dan mencernakan makanan
yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya
ke seluruh anggota badan.
Adab Minum
• Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan
tangan kanan.
• Bacalah 'Bismillah'.
• Minum dengan tiga nafas.
• Minum dalam keadaan duduk.
• Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti
minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
• Setiap kali berhenti minum (pada setiap pemafasan),
bacalah 'Alhamdulillah'.
• Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan
minum sambil berdiri.
• Minum dari baki air yang telah dimmum oleh orang lain,
hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman
seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
• Jangan terus minum selepas dari melakukan
persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan
kerja-kerja berat. Berehat lah dulu.
sangat2 saya suka membacanya alhamdulillah..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ;)
ReplyDeleteassalam. ana mohon download picture solawat tu ye. syokran. :)
ReplyDeleteassalam. ana mohon download picture solawat tu ye. syokran. :)
ReplyDelete