Friday, February 15, 2013

KEKUATAN AYAT SERIBU DINAR



























Al-Quran itu adalah penawar. Kajilah Mukjizat 
Rasulullah S.A.W ini kerana banyak lagi kelebihan2
yang masih belum di terokai.

Membaca Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih
dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ patut menjadi
amalan harian kita. Ia berkaitan dengan rezeki,
pembuka penyelesaian kepada masaalah 
serta perlindungan diri.

Sesiapa yang beramal ayat ini Allah SWT akan
mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan,
Allah SWT akan memberi rezeki yang banyak dengan
tidak di sangka-sangka serta Allah SWT akan 
menyampaikan segala hajatnya.

Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan
kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara 
dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh2 negara,
pasti akan ada jalan keluar dari permasaalahan ini.

Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan
terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudarat
dari sebarang benda yang bahaya.

Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal sungguh2 
kepada Allah SWT. Beramal bersungguh2 dengan ayat ini
selepas solat fardhu dan yakin kepada Allah, mudah2an
Allah lindungi dari segala kesukaran dan bala dari darat 
serta dari lautan.

Fadilat membaca ayat seribu dinar :


1. Allah akan menunaikan segala hajat
2. Allah memberi kemudahan dalam setiap urusan
    dengan memberi jalan keluar dari segala masaalah
    serta kesulitan.
3. Mendapat kemurahan rezeki yang tidak disangka2.
4. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan
    bala bencana .
5. Insyallah jika berperang, tidak akan cedera atau
    binasa kecuali telah tiba ajal.

Antara amalan membaca ayat seribu dinar :

1. Amal membaca ayat ini setiap kali selepas solat sebanyak
    3 kali.

2. Baca ayat ini 3 kali sebelum tidur.

3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang2nya
    3 kali.

4. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit  
   sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit
   itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum,
   InsyaAllah si pesakit akan sembuh.
5. Dibaca ketika hendak naiki kenderaan.
6. Dibaca ketika kita hendak tawakkal terhadap sesuatu
    perkara.
7.  Setiap kali sebelum minum , baca ayat seribu dinar.

    Tarik nafas 3 kali nafas ekspress lalu baca ayat seribu
    dinar. Lalu tiup masuk ke dalam air.

1 comment:

  1. sebab itu di blog Pesona ada ayat ni nak selalu baca...thank you share ilmu

    ReplyDelete