Seseorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan
masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia
tidur mengikut sunnah Rasullullah s.a.w, maka tidurnya
akan jadi ibadah.
Allah s.w.t hanya akan menerima ibadah yang dilakukan
dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas.
Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.
Ganjaran Allah s.w.t untuk orang yang mengamalkan sunnah
sangat besar.
Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran
100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid
sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika
seseorang tidur cara selain dari cara Nabi s.a.w, dia hanya
akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun
mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung
20 liter atau lebih air liur basi.
Antara sunnah-sunnah Nabi s.a.w sebelum, ketika dan selepas
tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang
memperlekehkan doa Masnun(doa harian) tapi hakikatnya
harga yang Allah s.w.t janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah
kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya
dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid.
Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X,
Allahuakbar 34 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga,
Allah s.w.t akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang
malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir
dan buatan orang.
6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan
semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka
fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah s.a.w dengan mengiring badan ke kanan
dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi s.a.w yang boleh diamal, semuanya
mudah untuk dilakukan.
Amalkanlah. Begitu mudah kan untuk mendapat ganjaran pahala
walaupun hanya dari perihal tidur saja.
No comments:
Post a Comment