Tuesday, October 22, 2013
KHASIAT BUAH BELIMBING BULUH
1. Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai.
Daunnya apabila digiling halus dan dilumur boleh
menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka,
sakit-sakit sendi serta panau.
2. Jika direbus, ia boleh mengubati batuk, menurunkan
tekanan darah tinggi dan pitam. Untuk menghilangkan
batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh dengan
sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah
dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking.
Seterusnya direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian
minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas,
3 kali sehari.
3. Untuk anda yang ada darah tinggi, petik 3 biji buah
Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air
rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.
4. Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, mandikan
dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.
5. Juga belimbing buluh ni boleh dijadikan ulam atau
sebagai campuran masakan antaranya masak gulai lemak
kuning cili padi dan sebagai campuran dalam sambal. Mesti
sedap dan terliur ni masa makan....
No comments:
Post a Comment