Thursday, November 21, 2013

AMALAKAN BACA AYAT SERIBU DINAR UNTUK KEMURAHAN REZEKI

Inginkan BEDAK SEJUK, dapatkan di sini...
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih dan ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik ( + pewangi halal / air surah yassin )
Bedak sejuk aloe vera titik

***************************************************
Amalkan baca ayat seribu dinar.

Fadhilatnya : 
Sesiapa selalu mengamalkan bacaan ayat ini akan:‎

‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala 
bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang InsyaAllah tidak akan cedera atau binasa 
kecuali telah sampai ajal.‎

‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan 
dalam setiap urusan.





















Disini dikongsikan beberapa petua untuk diamalkan supaya 
kita mendapat limpahan rezeki dan pengampunan dari Allah SWT :




1. Selalu bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh.
2. Amalkan solat wudhu (2 rakaat) dan solat sunat qobliyah subuh
   (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu subuh).
3.Jangan abaikan solat wajib 5 waktu. Sentiasa amalkan solat 
   sunat wudhu dan solat sunat rawatib dalam setiap solat fardhu.
4.Tidak ketinggalan solat jumaat . Antara perkara yang digeruni 
   orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap 
   minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat 
   besar dalam solat Jumaat.
5.Amalkan membaca ayat 1000 dinar setiap kali selepas solat   
  fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan 
  sebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya 
  orang-orang yang mengamalkannya yang dapat merasai 
  kemujaraban ayat ini. 
6.Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin.
7.Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber 
  yang haram agar doa mudah dikabulkan Allah.
8.Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki. 
9.Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat 
  (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur).

10.Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), 
  berselawat keatas Nabi SAW dan beristighfar serta memohon 
  keampunan untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat.
11.Amalkan sembahyang sunat2 lain seperti solat sunat Dhuha,
    Tahajud, solat sunat hari2 untuk waktu siang dan malam,
    solat taubat, solat syukur dll..
12. Puasa sunat selain puasa wajib di bulan ramadhan
13. Sentiasa berdoa kebaikan kepada ibubapa kita. Hadiahkan
     pahala al fatihah kepada mereka setiap pagi dan petang 
14. Banyakkan berselawat kepada Nabi SAW dan berdoa juga
     kepada ahli keluarga baginda serta sahabat baginda dan
     seluruh muslimin muslimat
15. Sentiasa berzikir dan membaca surah2 Al Quran seperti
      surah Al Waqiah

No comments:

Post a Comment