Saturday, February 28, 2015

PERKATAAN KUBUR KEPADA MAYAT

BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK          

Bedak sejuk muntah belut          
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )          
Bedak sejuk penawar sila          
Bedak sejuk beras titik biasa          
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera          
Bedak sejuk beras titik campur air gamat  
        
Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai         
ke alamat  di beri, insyallah.

**************************************************** 
Disebutkan bahawa kubur akan berkata kepada mayat ketika
mayat diletakkan ke dalam nya.

Kisah ini terdapat di dalam hadis Tirmidzi :

" Adapun sesungguhnya jika kamu banyak mengingati peruntuh
segala kelazatan, nescaya kamu akan disibukkan dengan apa
yang aku lihat maka perbanyakkanlah mengingati peruntuh segala
kelazatan iaitu mati, kerana ia tidak datang atas kubur suatu hari
nanti melainkan ia akan bercakap kepadanya, lalu berkata : aku
adalah rumah pembuangan, aku adalah rumah terasing, aku adalah
rumah tanah, dan aku adalah rumah ulat, jika dikuburkan hamba 
yang beriman, kubur berkata kepadanya : selamat datang, bukankah
engkau yang lebih disukai berjalan diatas punggungku telah datang
kepadaku, apabila aku telah dikuasakan kepadamu pada hari ini dan
sudah berada dalam kuasaku, maka engkau akan melihat perbuatanku
kepadamu, lalu ia meluaskan baginya seluas pandangannya, dan 
dibukakan baginya pintu ke syurga, dan apabila dikuburkan hamba
yang derhaka atau kafir , kubur berkata kepadanya : tidak ada 
selamat datang bagimu, bukankah engkau orang yang paling dibenci
berjalan diatas punggungku telah datang kepadaku, apabila aku
dikuasakan kepadamu pada hari ini maka engkau akan melihat
perbuataanku kepadamu, lalu ia menghimpitnya sehingga berselisih 
tulang-tulangnya dan diwakilkan baginya tujuh puluh ular besar, dan
sekiranya ada seekor yang menyemburkan bisanya pada bumi nescaya
bumi itu tidak akan menumbuhkan sesuatu sepanjang umur dunia,
lalu ia menyengat dan mematuknya, sehingga ia diheret kepada hisab,
sesungguhnya kubur itu salah satu taman dari taman-taman syurga 
atau salah satu lubang dari lubang-lubang neraka. "


Daripada hadis Rasulullah s.a.w : " Sesungguhnya kubur itu rumah
pertama dari rumah-rumah akhirat, jika terselamat daripadanya maka
apa yang selepasnya lebih mudah daripadanya, dan jika tidak selamat
daripadanya pada apa yang selepasnya lebih dahsyat daripadanya."

Dan Rasulullah s.aw bersabda : " Aku tidak pernah melihat 
pemandangan sama sekali melainkan kubur lebih menakutkan
daripadanya. "

No comments:

Post a Comment