Wednesday, April 1, 2015

JANGAN TINGGAL SOLAT FARDHU

BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK DISINI...

PESAN SIKIT2 PUN BOLEH....PESAN BANYAK2 PUN BOLEH..                   

Bedak sejuk muntah belut                   
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )                   
Bedak sejuk penawar sila                    
Bedak sejuk beras titik biasa                   
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera                   
Bedak sejuk beras titik campur air gamat     
Bedak sejuk beras titik campur pati buah2an ( Tomato / karot ...) 
Bedak sejuk beras titik campur pati sayur2an ( Daun pegaga / 
Daun  Pudina / Temulawak ...)      

Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai                  
ke alamat di beri, insyallah.

************************************************


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: " Barang siapa mengerjakan
solat 5 kali sehari semalam, maka mereka akan mendapat lima 
perkara". 

1. Tidaklah dia merasa sempit didalam perbelanjaan hiudpnya.
2. Diangkat oleh Allah SWT daripada siksa kubur.
3. Diberikan kitab catitan amal dengan tangan kanannya.
4. Dan melalui titian sirat Mustaqim seperti kilat menyambar.
5. Dimasukkan kedalam syurga oleh Allah SWT dengan tiada hisab.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " Adalah seorang lelaki yang 
berjemaah itu terlebih baik dari sembahyang seorang Mufarid 40 tahun dirumahnya".

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " Barang siapa melalaikan
dan meringan-ringankan sembahyang lima waktu, maka nescaya
akan disiksa oleh Allah SWT akan dia dengan 15 macam siksaan.
Enam azab ketika didunia, tiga azab sewaktu hendak mati, tiga azab
didalam kubur, tiga azab sewaktu berjumpa Allah SWT di hari kiamat
nanti".

Adapun azab dan siksa yang dikenakan semasa didunia ialah :

1. Dihilangkan berkat dari umurnya ( kehidupan yang tidak bermakna
dimana sepanjang umurnya, dia tidak membuat amal kebaikan untuk
akhirat).
2. Dihapuskan oleh Allah tanda soleh dimuka atau wajahnya.
3. Setiap amalan yang dikerjakan olehnya tidak diberi pahala oleh
Allah SWT.
4. Doanya ditolak ( tidak diterima oleh Allah ).
5. Tidak termasuk dirinya dalam doa orang2 soleh.
6. Keluar ruhnya didalam tidak beriman kepada Allah SWT.

Adapun azab yang akan diterima ketika hendak mati ialah :

1. Matinya didalam keadaan yang sangat hina.
2. Matinya didalam keadaan yang sangat lapar.
3. Matinya dalam keadaan yang sangat haus, hinggakan sekiranya
dituangkan air yang ada diseluruh alam ini sekali pun, tidak akan
dapat menghilangkan hausnya.

Adapun azab yang akan diterima didalam kubur ialah :

1. Diazab oleh Allah SWT dengan rantai yang panjangnya 70 hasta.
2. Disempitkan kuburnya sehingga adu beradunya tulang rusuk
kanan dan kirinya.
3. Dibukakan salah satu dari pintu neraka terus kekuburnya.

Sementara dihari akhirat nanti :

1. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan pandangan rahmat.
2. Dihisab dengan hisab yang sangat panjang atau lama sekali.
3. Dimasukkan terus ke dalam api neraka.

Demikianlah azab dan siksa yang akan diterima oleh sesiapa yang
meninggalkan sembahyang lima waktu dan siksaan ini bukanlah
kerana Allah SWT menzalimi sesiapa tetapi adalah kerana orang
yang meninggalkan sembahyang itu sendiri yang menzalimi diri
mereka sendiri.

Berita tentang siksa bagi yang meninggalkan sembahyang itu telah
sangat lama disampaikan , bukan oleh seorang dua rasul tetapi
berpuluh2 orang rasul dan yang terakhir sekali ialah junjungan
kita nabi Muhammad SAW.

Berselawat lah diatas baginda :



1 comment:

  1. butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]

    ReplyDelete