BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Saturday, October 29, 2011

KEDUDUKAN JERAWAT PADA TUBUH DAN MASAALAH KESIHATAN

Pernahkah anda tahu apa kaitannya masaalah kesihatan, ubatan yang
di amalkan dengan kedudukan jerawat di bahagian2 tertentu di
tubuh anda?



Masaalah kesihatan dan ubatan yang perlu diambil kini amat
penting untuk membantu mengawal serta menyembuhkan apajua
penyakit yang dialami.

Masakini terdapat bermacam2 jenis ubatan dan jenama samada
cara moden mahupun tradisional untuk merawat pelbagai2 penyakit
antaranya masaalah2 kulit contoh JERAWAT.

Kalau nak disebutkan satu persatu jenama ubatan ni, memang boleh
tapi akan ambil masa juga sebab banyak sangat. Bukan saja dengan
adanya pelbagai jenama dari pelbagai syarikat pembuat tapi juga 
dengan penggunaan pelbagai jenis ramuan serta herba serta campuran bahan2 kimia tertentu.

Semua produk2 rawatan ini mempunyai khasiat dan kelebihan
tersendiri tetapi persoalan disini, yang mana satu ubatan sesuai
untuk kita amalkan untuk merawat masaalah jerawat kita tu dan
bolehkah kita juga sembuhkan masaalah kesihatan kita yang menjadi 
sebab tumbuhnya jerawat di bahagian2 tertentu di badan kita. 

Janganlah kita cuma tumpukan pada jenama produk saja tetapi
kita kena fahami apa tugasan atau fungsi ubatan itu sendiri. 
Memang syarikat2 produk ini atau individu2 yang membantu
promosi serta jual produk2 rawatan masaalah kulit ini sentiasa akan mengatakan produk mereka lah yang terbaik dan mungkin ada juga
yang akan lakukan setapak lagi dengan mengatakan produk2 yang
lain tu tidak baik dan kurang efektif jadi gunakanlah produk mereka saja
( kalau dilakukan cara ni , memang tidak baik sebab menjatuhkan rezeki orang lain sebab ini bukan lah cara persaingan yang sihat dan BERDOSA 
jika dilakukan ). 

Hakikatnya ini sememangnya betul, bukan disebabkan oleh strategi pemasaran semata2 tetapi kita manusia akan melakukan apa saja 
untuk maju dalam sesuatu perkara itu walaupun dengan menjatuhkan
orang lain. 

Tetapi kita sebagai pengguna akan tahu juga apa jenis ubatan yang
sesuai untuk merawat masaalah kulit kita tu. Memang lah kemungkinan
mesti cuba ubatan2 tertentu dulu dan jika tidak sesuai ubatan itu, cari dan 
amal yang lain pula sehingga kita pasti jumpa ubatan yang sesuai untuk 
kita.

Masaalah kulit contohnya masaalah jerawat adalah tidak sama
antara seseorang itu dengan yang lain. Macam2 faktor terbabit
antaranya :


1. Keadaan kedudukan jerawat dengan kesihatan kita
2. Keadaan kulit seseorang itu
3 Keadaan persekitaran tempat tinggal
4. Keadaan cara pengambilan pemakanan atau diet
5. Keadaan pengambilan ubatan yang selalu diamalkan yang bantu
    sembuhkan sesuatu penyakit itu tetapi sebaliknya menjadi faktor
    tumbuhnya jerawat 




Bercakap mengenai kedudukan jerawat di badan kita yang bersangkutan
dengan masaalah kesihatan kita, disini dikongsikan kemungkinan antara kemudaratan kesihatan yang dialami yang menyebabkan jerawat tumbuh 
di bahagian2 ini di tubuh badan kita .

1. Jerawat tumbuh di bahagian dagu 
    - kemungkinan ada masaalah buah pinggang
    - bagi wanita, masaalah haid yang tidak tetap dan juga
      masaalah sistem peranakan



 2. Jerawat tumbuh di bahagian dahi  
     - masaalah selalu tidur lewat
     - tekanan atau stress disebabkan masaalah tertentu
     - minda dan badan selalu keletihan
     - selalu cepat marah atau panas baran
     - suhu badan biasanya tinggi 
     - pengaliran atau peredaran darah tidak menentu
     - badan kurang air

3. Jerawat tumbuh di bahagian hidung 
    - masaalah tulang belakang
    - sistem penghadaman makanan tidak normal
    - haba perut tinggi
    - masaalah sistem reproduksi badan


4. Jerawat tumbuh di bahagian pipi sebelah kiri
   - masaalah fungsi hati yang tidak lancar
   - masaalah perjalanan dan penghasilan darah dalam badan
   - ketidakmampuan untuk buang toksi dalam badan

5. Jerawat tumbuh di bahagian pipi kanan
   - masaalah paru-paru yang tidak normal


6. Jerawat tumbuh di bahagian badan ( depan serta belakang )
   - masaalah sembelit
   - banyak toksin dalam badan
   - masaalah usus
   - masaalah kencing

Oleh itu jika anda alami masaalah jerawat di bahagian2 tubuh ini,
sambil2 merawat masaalah jerawat itu dengan ubatan tertentu (
contohnya mengamal pakai BEDAK MUNTAH BELUT ini ), perlu juga
membuat pemeriksaan kesihatan dan dapatkan nasihat pakar serta
doktor untuk masaalah kesihatan yang telah dialami supaya dapat disembuhkan .


Semuga rakan2 amalkan cara hidup sihat supaya badan pun sihat.....


1 komen:

AA said...

5: dekat atas dahi/kepala,sebab kuat berangan --"