Amalan yang dituntut dan diberi ganjaran besar oleh
Allah SWT pada 10 Muharam (Hari Asyura) ialah:
a) Berpuasa – Allah SWT menghapuskan dosa kecil setahun
lalu atau dosa besarnya diringankan dan darjatnya akan
ditingkatkan; serta diberi pahala 10 000 malaikat, 10 000
kali haji dan umrah, 10 000 kali syahid dan diharamkan daripada
neraka.
b) Mandi sunat Asyura – Tidak mengalami sakit berat pada
tahun itu, sekiranya mandi awal hari dengan berniat:
c) Memakai celak – Tidak sakit mata pada tahun berkenaan.
d) Memelihara kehormatan diri – Allah akan mengurniakan
hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
e) Menahan marah – Allah akan memasukkannya ke dalam
golongan yang diredhai-Nya.
f) Membaca surah Al-Ikhlas 1,000 kali – Allah akan memandangnya
dengan pandangan rahmat pada hari akhirat nanti.
g) Menjamu orang berbuka puasa. – Diberi pahala seperti memberi
orang Islam lain berbuka puasa sehingga mengenyangkan perut
mereka.
h) Solat Sunat Hari Asyura empat raka’at – Allah akan
mengampunkan dosa yang dilakukannya dalam jangka masa
50 tahun.
Pada hari Asyura, disunatkan bersolat empat (4) raka’at dengan
dua salam. Niatnya :
Bacaan selepas Al-fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas 11 kali
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas 11 kali.
Pada rakaat ketiga dan keempat, selepas membaca surah
al-Fatihah, dibaca lagi surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.
i) Membaca ‘Hasbiyallahu wa nik mal wakil nikmal maula wa
nikmal nashiir’ . – Tidak dimatikan pada tahun ini. Baca 70 kali.
j) Membaca ‘Doa Asyura’ – Allah tidak mematikannya pada
tahun itu tetapi bila ajalnya sampai pada tahun itu, tidaklah
ia diberi taufiq membacanya.
k) Bersedekah – Allah akan menjauhkannya daripada neraka
sejauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil
sehingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada
semua fakir miskin di dunia ini.
l) Melapangkan masa dan berbelanja untuk anak dan isteri.
– Allah akan memperbanyakkan pemberian, meluaskan
rezekinya untuk sepanjang tahun dan melapangkan hidupnya
pada tahun berkenaan.
m) Mengusap kepala anak yatim – Allah menaikkan satu
darjat dan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap
rambut yang disapunya.
n) Memuliakan fakir miskin – Allah akan melapangkan dirinya
ketika di dalam kubur.
o) Menunjukkan orang sesat – Allah akan memenuhkan cahaya
dalam hatinya.
Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu
doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam
Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hari ke-sepuluh dalam bulan ini dipadati dengan nilai yang sarat
dengan sejarah yang lebih dikenali dengan ‘Hari Asyura’ atau hari
kesepuluh Muharram. Hari Asyura juga adalah simbol pengabadian
atas kemenangan Nabi Musa as, dan hancurnya bala Firaun yang
berlaku pada ‘Hari Asyura’ juga. Oleh kerana itu sesiapa yang
berpuasa pada ‘Hari Asyura’ umpama berpuasa selama satu
tahun penuh, kerana puasa pada ‘Hari Asyura’ seperti puasanya
para Nabi.
Hari ini juga adalah hari kasih sayang, dianjurkan oleh semua
muslim untuk melaksanakan kebaikan, menambah bekalan pahala
dengan bersilaturrahim, beribadah, dan banyak sedekah terutamanya bersedekah kepada anak yatim-piatu. Pada ‘Hari Asyura’ itulah
diperlihatkan kesepakatan pengikut Nabi Nuh as. yang turun dari
kapal selepas belayar kerana banjir besar dengan bersama-sama
menyumbang dan bergotong-royong untuk memasak baki-baki
bekalan makanan menjadi bubur.
Pendek kata hari ‘syura’ adalah hari istimewa. Banyak keistimewaan
yang diberikan oleh Allah SWT di antaranya adalah gandaan pahala
bagi yang melaksanakan ibadah pada hari ini. Oleh itu marilah kita mempraktikkan segala amalan di atas.
3 komen:
selamat siang dan salam kenal
kunjungan perdana, dan salam blogger
initial visit, congratulations friendship
Post a Comment