Thursday, May 10, 2012

9 HB MEI 2012 - HARI JADI DAN DAFTAR HAJI

9 hb Mei bersamaan hari lahir hubby yang ke ....!!
Maaf ye, saja nak rahsiakan umur dia..

Selamat Hari Jadi kepada hubby yang disayangi 
dan didoakan kita sentiasa di berkati Allah dalam apa jua
urusan di dunia yang sementara ini , juga didoakan
Allah selamatkan kita semua di dunia serta akhirat nanti.

Jauhilah kita semua dari azab kubur, azab akhirat,
fitnah al masih al Dajjal, fitnah kehidupan serta fitnah
kematian.
Amin....

Juga, sempena Hari Jadi ini diucapkan juga kepada
rakan2 yang menyambut Hari Jadi dari bulan Januari
ke Jun 2012.

Selamat Hari Jadi semua....














Sempena dengan tarikh ini juga, hubby dan saya telah
mendaftarkan diri untuk pergi menunaikan fardhu Haji melalui
Tabung Haji.

Untuk urusan ini, bayaran RM1,300 telah dibekukan
serta merta untuk kedua2 akaun saya dan hubby.

Tetapi terkejut juga, melihat nombor giliran pergi haji jatuh
pada tahu 2049.
2049 - 2012 = lagi 37 tahun kena tunggu giliran.

Insyallah , nak bawa sekali dengan emak hubby
serta emak saya sendiri. Jadi saya dan hubby pastikan mereka
didaftarkan juga.

Mengikut rancangan, cadang nak menunaikan fardhu Haji
antara 5 ke 10 tahun akan datang atau selewat tahun 2022.

Kena lah buat rayuan nanti pada tahun nak pergi Haji dan
doakan diluluskan lah rayuan tu.

No comments:

Post a Comment