Monday, May 14, 2012

PETUA RAWAT KULIT MENGELUPAS

Sesiapa yang mengalami masaalah kulit mengelupas
ni pasti merasa malu serta segan. Lebih segan lagi
jika masaalah ni memberikan pandangan yang buruk
pada wajah si penghidapnya.


Sebelum ini, saya pernah kongsikan mengenai kulit
mengelupas iaitu antara sebab2 ianya terjadi serta
cara rawatan nya termasuklah cara penggunaan Bedak
Muntah Belut untuk megatasi masaalah ini.


Sila baca kembali artikle itu di :
kulit-muka-mengelupas kenapa-ye

Kulit muka seseorang tu sememangnya berbeza jenisnya.
Ada yang berminyak , ada yang kering, ada yang nipis dan
ada yang sensitif. Jadi sila pastikan amal cara atau ubatan
yang sesuai dengan kulit masing2.











Kulit mengelupas





Kali ini dikongsikan lagi antara petua2 yang boleh
diamalkan untuk mengurangkan masaalah ini:










1. Boleh guna Bedak Muntah Belut dengan cara
sapukan larutan bedak ni ke bahagian kulit
mengelupas tu di sebelah malam sebelum tidur.


2. Gunakan pelembab kulit yang bersesuain.


3. Ambil buah limau purut yang sudah tua. Belahkan
buah ini kepada dua bahagian. Ambil bahagian itu dan
gosokkan pada bahagian kulit yang mengelupas itu.
Ulangi langkah ini sekali sehari di sebelah malam
sebelum tidur.

4. Hiriskan ubi kentang nipis-nipis dan tampalkan ke
bahagian kulit mengelupas. Amalkan setiap kali
selepas mandi sehingga kulit kembali sembuh.

5. Campurkan hampas kelapa bersama air asam jawa
dan ambil campuran ini dan gosokkan pada bahagian
kulit mengelupas itu.

6. Ambil buah mengkudu yang sudah masak dan
gosokkan pada bahagian kulit mengelupas itu,
biarkan beberapa minit dan lepas itu, basuh
dengan air suam.


7. Amalkan minum air putih / bersih biasa anggaran
10 gelas seharian. Jangan minum air terus dari paip
air pula. Ambil tapisan airnya ( guna water filter atau
water dispenser ) ataupun air yang sudah di masak
panas.


8. Banyak makan sayur2an hijau serta buah2an dan
minum jus buah2an yang nutrisi. Antara buah2an
yang boleh dimakan serta dibuat jus ialah tomato,
pisang, lobak, nenas, limau, mentimun dan buah2an
lain yang boleh memberikan kelebihan vitamin C.


9. Boleh juga ambil pil vitamin untuk tingkatkan
vitamin dalam badan.


10. Elakkan dok di tengah panas terik.


11. Boleh juga lenyekkan tomato atau mentimun dan
pekapkan atas kulit tu.


12. Jumpa doktor pakar jika masaalah kulit mengelupas
tidak juga sembuh2.


Boleh lah mencuba petua2 seperti diatas untuk merawat
masaalah kulit mengelupas ( jika dialami ) insyallah
boleh sembuh. Jangan lupa pula untuk berselawat kepada
nabi s.a.w sebelum mencubanya.

3 comments:

  1. Tq...petua untuk perkongsian. Insyallah moga mendapat kerahmatan allah s.w.t

    ReplyDelete
  2. Tq...petua untuk perkongsian. Insyallah moga mendapat kerahmatan allah s.w.t

    ReplyDelete
  3. Tq...petua untuk perkongsian. Insyallah moga mendapat kerahmatan allah s.w.t

    ReplyDelete