Sesiapa yang mengalami masaalah kulit mengelupas ni pasti merasa malu serta segan. Lebih segan lagi jika masaalah ni memberikan pandangan yang buruk pada wajah si penghidapnya. Sebelum ini, saya pernah kongsikan mengenai kulit mengelupas iaitu antara sebab2 ianya terjadi serta cara rawatan nya termasuklah cara penggunaan Bedak Muntah Belut untuk megatasi masaalah ini. Sila baca kembali artikle itu di : kulit-muka-mengelupas kenapa-ye Kulit muka seseorang tu sememangnya berbeza jenisnya. Ada yang berminyak , ada yang kering, ada yang nipis dan ada yang sensitif. Jadi sila pastikan amal cara atau ubatan yang sesuai dengan kulit masing2. | ||||||||||||||
Kulit mengelupas Kali ini dikongsikan lagi antara petua2 yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masaalah ini: 1. Boleh guna Bedak Muntah Belut dengan cara sapukan larutan bedak ni ke bahagian kulit mengelupas tu di sebelah malam sebelum tidur. 2. Gunakan pelembab kulit yang bersesuain.
3. Ambil buah limau purut yang sudah tua. Belahkan
buah ini kepada dua bahagian. Ambil bahagian itu dan
gosokkan pada bahagian kulit yang mengelupas itu.
Ulangi langkah ini sekali sehari di sebelah malam
sebelum tidur.
4. Hiriskan ubi kentang nipis-nipis dan tampalkan ke bahagian kulit mengelupas. Amalkan setiap kali selepas mandi sehingga kulit kembali sembuh. 5. Campurkan hampas kelapa bersama air asam jawa dan ambil campuran ini dan gosokkan pada bahagian kulit mengelupas itu. 6. Ambil buah mengkudu yang sudah masak dan gosokkan pada bahagian kulit mengelupas itu, biarkan beberapa minit dan lepas itu, basuh dengan air suam. 7. Amalkan minum air putih / bersih biasa anggaran 10 gelas seharian. Jangan minum air terus dari paip air pula. Ambil tapisan airnya ( guna water filter atau water dispenser ) ataupun air yang sudah di masak panas. 8. Banyak makan sayur2an hijau serta buah2an dan minum jus buah2an yang nutrisi. Antara buah2an yang boleh dimakan serta dibuat jus ialah tomato, pisang, lobak, nenas, limau, mentimun dan buah2an lain yang boleh memberikan kelebihan vitamin C. 9. Boleh juga ambil pil vitamin untuk tingkatkan vitamin dalam badan. 10. Elakkan dok di tengah panas terik. 11. Boleh juga lenyekkan tomato atau mentimun dan pekapkan atas kulit tu. 12. Jumpa doktor pakar jika masaalah kulit mengelupas tidak juga sembuh2.
Boleh lah mencuba petua2 seperti diatas untuk merawat
masaalah kulit mengelupas ( jika dialami ) insyallahboleh sembuh. Jangan lupa pula untuk berselawat kepada nabi s.a.w sebelum mencubanya. |
Monday, May 14, 2012
PETUA RAWAT KULIT MENGELUPAS
dicatat oleh Unknown sendiri 11:54 AM
Labels: kulit mengelupas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
Tq...petua untuk perkongsian. Insyallah moga mendapat kerahmatan allah s.w.t
Tq...petua untuk perkongsian. Insyallah moga mendapat kerahmatan allah s.w.t
Tq...petua untuk perkongsian. Insyallah moga mendapat kerahmatan allah s.w.t
Post a Comment