BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Monday, August 27, 2012

PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL DAN TEMPEKKAN BEDAK MUNTAH BELUT DI TEMPAT GIGITAN NYAMUK

Hari raya 1 syawal sudah berlalu pergi...
pasti ramai sudah kembali ke tempat masing2
selepas bercuti lama di kampung serta berkumpul
sanak saudara dan keluarga dan pasti juga kini ramai 
sudah pun mula bertugas kembali di tempat kerja
masing2.

Sedih dan rindu kat kampung halaman serta sanak
keluarga pasti ada tapi jangan lah jadikan ni sebagai
alasan pula untuk tidak mahu bertugas semula di tempat
kerja masing2 dengan baik.

Disini, saya ingin ucapkan SELAMAT BERTUGAS SEMULA
KEPADA WARGA KERJA SEMUA dan BERTUGAS LAH
DENGAN BAIK YE.

Tapi apa2 pun kita ni masih di bulan Syawal dan kemeriahan
raya masih terasa dengan adanya rumah terbuka dll.
Dalam minggu ni, saya sekeluarga pun ada hadiri
beberapa rumah terbuka hari raya dan juga kenduri kahwin.
Tapi makan, makan juga....kesihatan kena jaga juga,
jangan lah jadi semput akibat terlebih makan. Risau.....!!
Jadi memang elok lah kita amalkan terus berpuasa untuk
bantu jaga kesihatan diri.

Esok selasa 10 syawal insyallah saya sekeluarga akan
mula berpuasa 6
hari di dalam bulan syawal. Kepada
rakan2 blogger, sesiapa yang larat tu, elok lah juga turut
berpuasa 6 hari di bulan syawal kerana fadilatnya besar
seakan2 berpuasa sepanjang tahun. Cuba la ye...

Lepas syawal ni, teruskan pula berpuasa sekurang2nya
3 hari setiap bulan sehingga tiba ramadhan yang akan
datang. 

Seperti yang saya kongsikan baru2 ni, nabi s.a.w
bersabda , amalkan sentiasa 3 perkara :

1) Sembahyang witir sebelum tidur
2) Solat dhuha sebelum dzohor
3) Teruskan berpuasa 3 hari setiap bulan selain
    bulan ramadhan ( ni puasa sebulan penuh )

Bercerita pula hal gigitan nyamuk. Masa hari raya tu ,
bukan kita saja yang berhari raya TAPI nyamuk pun
turut berhari raya juga dengan mencuri darah kita dengan
gigitan nya tanpa kita sedari .

Kesian anak saudara saya yang umur kurang setahun,
berbekas2 gigitan nyamuk kat bahagian badan nya.
Bukan nya tak cuba untuk elakkan dari terkena gigitan
nyamuk tapi apa pun kita buat, guna spray serangga ke,
pasang kelambu ke, nyala lingkaran ubatan nyamuk ke...
pasti kena juga gigitan nyamuk tu.

Mujur lah ada BEDAK MUNTAH BELUT. 

Boleh lah bantu surutkan tanda2 kemerahan di kulit
anak saudara saya tu akibat gigitan nyamuk tu dengan
tempekkan bedak tu atas bekas gigitan nyamuk tu. 

Kesan dia kan....!!







Thursday, August 23, 2012

BERBUKA PUASA DI AKHIR RAMADHAN DAN KEMERIAHAN RAYA

Suasana hari raya masih terasa tapi terasa
cepat betul 1 SYAWAL berlalu.

Tup..tup...dah masuk 5 syawal.

Disini di kongsikan sikit sambutan keluarga saya
pada akhir ramadhan semasa berbuka puasa di rumah
dan suasana di pagi hari raya.
 
Waktu berbuka puasa di akhir ramadhan..


 
 
 
 
 
 
Di pagi hari raya aidilfitri...menziarahi pusara arwah bapa mertua
dan arwah abang ipar yang disayangi....selepas makan2 dan
bermaaf-maafan...bergambar keluarga pula di rumah buat
kenangan...









SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA
SEMUA RAKAN2 BLOGGER....

Friday, August 17, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI SERTA HARI MERDEKA 1433H...

Saya sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT
MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1433 H
dan juga SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA
2012 kepada semua rakan2 blogger 
semuga hari raya dan hari merdeka tahun ini lebih
baik dan lebih meriah daripada sebelum nya.

Saya sekeluarga juga ingin memohon ampun
dan maaf zahir serta batin jika terkasar bahasa
dan pertuturan sepanjang masa saya menjadi
seorang blogger.

Kepada rakan2 yang akan dan sedang memandu
pulang ke kampung masing2, berhati2 lah memandu
di jalanraya. Jangan lah tergesa2 untuk sampai ke
destinasi masing2. Ikut lah peraturan jalan raya.
Saya sedih melihat saban tahun ramai yang terlibat
dengan kemalangan jalanraya sehingga membawa
kesedihan di hari raya yang sepatutnya menjadi
hari gembira buat semua.

Juga , jaga lah kesihatan masing2 dan seterusnya jangan
lupa untuk berpuasa 6 hari pula di bulan syawal ni kerana
pahala fadilatnya besar seumpama berpuasa sepanjang
tahun.

Seterusnya ikut lah pesanan dari nabi Muhammad s.a.w
kepada umatnya iaitu :

- Berwitir lah sebelum tidur
- Bersembahyang sunat Dhuda sebelum dzohor dan
- Berpuasa berterusan 3 hari sebulan

Dengan amal puasa berterusan tiap2 bulan, insyallah
kita akan dapat menjaga kesihatan diri dengan baik..





Sunday, August 12, 2012

PERSEDIAAAN UNTUK RAYA DAN ....SABUN SUSU BERAS

Dalam beberapa hari terakhir ramadhan ni,
selain meningkatkan ketakwaan kepada
Allah s.w.t dan mencuba untuk mendapatkan
keberkatan malam ramadhan, saya juga agak sibuk
membuat persiapan2 keluarga untuk menyambut hari
raya aidilfitri yang kian menjelang tiba.


Pakaian serta kasut untuk anak2 sudah dibeli kesemuanya
di pasaraya Mydin di Meru Raya, Ipoh. Memang ramai
betul orang membeli belah disitu. Dibuka pukul 8.30 pagi
sehingga 12 malam la ni . La ni...saya dah tak pandang
dah Giant ke, Tesco ke , Aeon ke, Billion ke....cuma la ni
nampak Mydin saja. Bukan apa, pada pandangan
saya barangan jualan di Mydin nampaknya agak pelbagai
dan juga berharga patut . 


Saya tak suka pergi ke Giant sebab Giant ni nampaknya
macam kedekut pasang suhu air-con nya. Terasa berkuap2
dan panas bila ada kat dalam bangunannya sebab tu malas
saya sekeluarga nak shopping kat situ. Tesco dan Aeon tu...
ok juga suhu air-con nya...tak kedekut. Tapi Aeon ni, barangan
jualan nya agak mahal. Barangan jualan Tesco pula, boleh la
dikira berharga patut juga macam Mydin sebab kedua2 pasaraya
Mydin dan Tesco ni bukan saja pasaraya biasa tetapi juga pasaraya
borong sebab tu harga nya berpatutan.

Bukannya saya ni nak promosi pasaraya Mydin tetapi itu yang saya
sekeluarga rasa dalam perbandingan membeli belah di pasaraya2
ini.

Kos belanja keluarga mesti dijimatkan sebaik boleh.


Mydin Mall di
Meru Raya, Ipoh










Seronok nya jika saya punyai gedung macam Mydin.
Kaya Raya...!!

Tapi takpe la..saya bersyukur juga kerana punyai
syarikat jualan sendiri....Nuralya Enterprise yang
diusahakan bersama2 dengan suami menjual
produk2 rawatan tradisional macam Bedak Muntah
Belut, Bedak Benang Sila, Bedak Sejuk biasa dan Bedak
Sejuk Alor vera , Air gamat dll..


Oh ye...saya sudah tambah satu lagi produk jualan
dalam senarai jualan syarikat saya iaitu Sabun Susu Beras.
Sabun Susu Beras ni sebenarnya bukanlah produk baru
di pasaran. Sudah bertahun2 digunakan oleh ramai tapi
bagi diri saya, sebelum saya menjual sesuatu produk tu,
saya biasanya akan mencubanya dulu untuk pastikan
keberkesanan produk tu sendiri seperti saya sudah mencuba
bedak muntah belut, bedak benang Sila , air gamat dan lain2
produk jualan saya.


Jika kita buat kajian mengenai Sabun Susu Beras ni,
macam2 khasiat sabun ni disebutkan antaranya :

- bantu hilangkan kotoran serta daki di kulit
- bantu hilangkan kesan2 hitam di bawah ketiak, celah2
  paha, siku
- bantu kurangkan kesan minyak dan sel mati pada kulit
- bantu atasi masaalah bau badan
- memudarkan dan menghilangkan parut dengan penggunaan
   yang berterusan
- dan macam2 lagi khasiatnya

Saya tak berani nak katakan sabun ni berkesan untuk
semua khasiat2 yang disebut di atas TETAPI apa yang saya
pasti setelah menggunakannya, saya memang terasa tiga
perkara iaitu...

- bahagian kulit kasar dihilangkan secara ansur2
- bantu kurangkan bau2an yang kurang menyenangkan
  pada badan
- Daki serta kesan2 hitam di tempat2 tertentu di kulit badan
  dapat di kurangkan secara ansur2


Bila mandi menggunakan Sabun Susu Beras ni, memang
berbuih2. Baunya pula adalah dari wangi beras tu sendiri.
Tak de rasa gatal2 bila menggunakannya.


Jadi setakat ni, saya akan meneruskan mengamal guna
Sabun Susu Beras ni bila mandi dan saya mmg galakan sesiapa
yang ingin mencubanya, untuk alami apa yang saya sudah
alami.


Oleh itu, jika ada sesiapa yang ingin jimatkan masa, tak
nak susah2 keluar mencari Sabun Susu Beras ni tapi
ingin sabun ni diposkan terus ke premis sendiri, boleh
lah dapatkan dari saya....jika sudi.


Kos termasuk kos pos laju serta bekas sabun untuk sebiji
Sabun Susu Beras :
Semenanjung Malaysia - RM15
Sabah / Sarawak - RM20






















Jadi sudi la membuat pesanan....

Wednesday, August 1, 2012

KAKAK SAYA BERCERITA MENGENAI BEDAK MUNTAH BELUT DAN PENYAKIT BISUL...

Baru2 ni saya terima sms dari kakak saya.

Kakak saya menceritakan perihal anak2 kawan nya
yang selalu bisul2 kat kepala...kadang2 kena kat kaki serta
bahagian badan dan bagaimana penggunaan Bedak
Muntah Belut ni dapat bantu menyembuhkan masaalah
bisul2 yang di alami oleh kanak2 tu.

Bisul di dahi

 
Bila kakak saya bercuti ke Ipoh , biasanya sebelum dia
balik kembali selepas bercuti, dia selalunya di bekalkan
bedak muntah belut ni untuk kegunaan sendiri serta
keluarga dia.  Dia memang tahu bedak ni boleh bantu
sembuhkan masaalah2 kulit antaranya ruam, jerawat, bisul,
kayap malah jika ada gatal2 kemerah2an kat kulit.
Sebab tu dia selalu bawa balik sikit bedak muntah belut ni.
Jadi secara tidak langsung, ada le stok sikit2 bedak muntah
belut ni kat dia.

Kembali kepada cerita kanak2 tu. Bila di lihatnya anak2
kawan nya mengalami masaalah2 bisul seperti tu, dia
pun jadi kesian. Maklumlah kakak saya ni seorang ibu juga.

Dia tanya kat mak kanak2 tu perihal ni dan mak kanak2
tu kata , dah pun di bawa anak2 nya tu ke klinik dan
diberi ubatan tapi timbul balik bisul2 tu . Tak sembuh2.

Maklumlah budak2 kecil. Main sana..main sini...tentu
tangan serta jari2 tu terlekat kuman dll...bila ni terjadi dan
bila di garu sana sini, pasti kulit kanak2 tu akan terluka dan
pasti kulit tu akan di jangkiti virus yang membawa penyakit2
antaranya bisul.

Sebab kesian kat budak2 kecil ni, dia tanya kat mak kanak2 tu
untuk cuba gunakan bedak muntah belut ni untuk bantu
sembuhkan masaalah bisul tu. Mak kanak2 tu kata boleh
juga di cuba.

Jadi kakak saya ni pun larutkan bedak ni dengan air tapisan
dan sapu kat bahagian kulit kanak2 tu yang ada bisul tu.
Larutan bedak tu di buat pekat sikit supaya bedak ni lebih
mencengkam semasa tempuh rawatannya bila dah mula kering .


Larutan bedak muntah belut ni di sapukan sebelah pagi
dan bila tiba sebelah petang, alhamdulillah baik bisul2 tu...
bisul2 tu pecah dengan sendirinya. Dan dengan penggunaan
bedak muntah belut ni untuk 2-3 hari berikutnya, bisul2 tu
pun sembuh.

Mak kanak2 tu pun rasa syukur dan bertanya lebih mengenai
bedak muntah belut ni , di mana untuk mendapatkan nya.
Memandangkan kakak saya ni tahu sumber bedak muntah
belut ni dari saya, jadi dia pun hantarlah sms tadi tu.

Jadi saya cadangkan kepada kakak saya ni untuk simpan
stok lebih untuk bedak muntah belut ni kat tempat dia.
Boleh lah dia jadikan bedak muntah belut ni sebagai jualan
pula.

Sebenarnya kakak saya ni orang berniaga juga. Antara produk
di niaga nya ialah Teh Mas Cotek untuk bantu pulih kesihatan
tubuh.

Jadi tu lah cerita nya.


Jadi cuba lah jika alami masaalah2 bisul yang susah sembuh2,
dengan izin Allah s.w.t ,  insyallah boleh sembuh penyakit
bisul tu dengan penggunaan Bedak Muntah Belut.