BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Friday, May 25, 2012

CARA SEDIA DAN CARA PAKAI BEDAK SEJUK MUNTAH BELUT

Dikongsikan kali ini cara sedia dan cara
guna bedak muntah belut ini untuk
panduan .

Lihat caranya dibawah.


Bedak Muntah belut








Pecahkan sedikit bedak
sekadar perlu dan letakkan
dalam bekas.




Masukkan air ke dalam bekas
untuk larutkan bedak. Digalakkan
guna air tapisan paip ( filter water ),
air zam zam, air mineral, air
kelapa muda dan air gamat.
Elakkan guna air terus
dari paip yang punyai kandungan
klorin





Bedak sudah dilarutkan.




Ambil bedak dengan jari.








Sapukan bedak cara facial
mask atau topeng muka







Sapukan bedak cara
tempek ke bahagian
kulit bermasaalah





Selepas selesai, tutupkan
bekas dengan penutup.
Jangan buang lebihan
larutan bedak ni sebab
boleh diguna lagi selagi
ada. Cuma tambahkan air
jika kering. Elakkan
pembaziran.




Lain2 info :

Thursday, May 17, 2012

ZIKIR HARIAN DAN FADILAT NYA

Dikongsikan kali ini Fadilat zikir2 harian.


Dengan ini , diharapkan rakan2 dapatlah
perbanyakkan zikir harian ini dan seterusnya
mendapat fadilat darinya.


Baca lah setiap zikir harian 1000 kali setiap hari.




































Hari Jumaat
YA ALLAH … YA ALLAH … YA ALLAH
Fadilatnya : Allah akan memberi ketenangan hati
bagi yang membacanya dan merasa
kelazatan zikrullah


Hari Sabtu
LAA ILA HA ILLALLAH
Fadilatnya : Setiap kali menyebutnya, Allah
akan hampir kepada kita dan akan memberi
segala kebaikan kepada hamba yang memujinya


Monday, May 14, 2012

PETUA RAWAT KULIT MENGELUPAS

Sesiapa yang mengalami masaalah kulit mengelupas
ni pasti merasa malu serta segan. Lebih segan lagi
jika masaalah ni memberikan pandangan yang buruk
pada wajah si penghidapnya.


Sebelum ini, saya pernah kongsikan mengenai kulit
mengelupas iaitu antara sebab2 ianya terjadi serta
cara rawatan nya termasuklah cara penggunaan Bedak
Muntah Belut untuk megatasi masaalah ini.


Sila baca kembali artikle itu di :
kulit-muka-mengelupas kenapa-ye

Kulit muka seseorang tu sememangnya berbeza jenisnya.
Ada yang berminyak , ada yang kering, ada yang nipis dan
ada yang sensitif. Jadi sila pastikan amal cara atau ubatan
yang sesuai dengan kulit masing2.











Kulit mengelupas





Kali ini dikongsikan lagi antara petua2 yang boleh
diamalkan untuk mengurangkan masaalah ini:









Thursday, May 10, 2012

9 HB MEI 2012 - HARI JADI DAN DAFTAR HAJI

9 hb Mei bersamaan hari lahir hubby yang ke ....!!
Maaf ye, saja nak rahsiakan umur dia..

Selamat Hari Jadi kepada hubby yang disayangi 
dan didoakan kita sentiasa di berkati Allah dalam apa jua
urusan di dunia yang sementara ini , juga didoakan
Allah selamatkan kita semua di dunia serta akhirat nanti.

Jauhilah kita semua dari azab kubur, azab akhirat,
fitnah al masih al Dajjal, fitnah kehidupan serta fitnah
kematian.
Amin....

Juga, sempena Hari Jadi ini diucapkan juga kepada
rakan2 yang menyambut Hari Jadi dari bulan Januari
ke Jun 2012.

Selamat Hari Jadi semua....















Sempena dengan tarikh ini juga, hubby dan saya telah
mendaftarkan diri untuk pergi menunaikan fardhu Haji melalui
Tabung Haji.

Untuk urusan ini, bayaran RM1,300 telah dibekukan
serta merta untuk kedua2 akaun saya dan hubby.

Tetapi terkejut juga, melihat nombor giliran pergi haji jatuh
pada tahu 2049.
2049 - 2012 = lagi 37 tahun kena tunggu giliran.

Insyallah , nak bawa sekali dengan emak hubby
serta emak saya sendiri. Jadi saya dan hubby pastikan mereka
didaftarkan juga.

Mengikut rancangan, cadang nak menunaikan fardhu Haji
antara 5 ke 10 tahun akan datang atau selewat tahun 2022.

Kena lah buat rayuan nanti pada tahun nak pergi Haji dan
doakan diluluskan lah rayuan tu.

Sunday, May 6, 2012

PANDUAN CARA SEDIA DAN GUNA BEDAK MUNTAH BELUT / BEDAK BENANG SILA / BEDAK SEJUK BIASA / AIR GAMAT

POSTING KALI INI BERKONGSI MENGENAI CARA SEDIA DAN
CARA GUNA BEDAK MUNTAH BELUT / BEDAK BENANG SILA /
BEDAK SEJUK BERAS PUTIH DAN BEDAK SEJUK ALOR VERA
SERTA AIR GAMAT DAN INFO2 LAIN
SILA BACA....
DIHARAPKAN INI AKAN MEMBERI PANDUAN SEBELUM
MENGGUNAKAN PRODUK2 TRADISIONAL INI
DAN JIKA TIDAK KEBERATAN, PESAN LAH PRODUK2
INI DARI SAYA YE...













A) Bedak muntah belut serta khasiatnya


1.Sesuai digunakan untuk bantu sembuhkan masaalah2
   kulit antaranya Jerawat, Ruam, Kayap, Bisul, Kudis, Demam
  campak, Resdung, Gigitan serangga, Ekzema, kulit
  kemerah2an serta bantu mengecutkan dulu kesan2 parut
  di kulit ( seterusnya parut tu di sembuhkan dengan
  guna bedak benang sila )
2.Boleh bantu menyejukkan kulit wajah serta mengurangkan
   masaalah kulit berminyak
Info cara sedia Bedak muntah belut
1.Bedak ni boleh dipecah2kan jadi kecil
2.Boleh digunakan dengan air ( untuk melarutkannya ) atau
   tanpa air ( pakai cara kering saja )
3.Ambil pecahan setakat perlu untuk digunakan dan yang lain
   tu simpan ditempat kering dalam bekas
4.Untuk guna dengan air, gunakan bekas untuk larutkan bedak ni
5.Cadangkan guna air mineral atau air zam zam atau air gamat
   atau air kelapa muda atau mana2 air yang sudah ditapis guna
   penapis untuk larutkan bedak
6.Elakkan guna air terus dari paip dikhuatiri punyai kandungan
   klorin tinggi yang boleh mudaratkan masaalah kulit sensitif.
   Boleh baca hal bahaya nya klorin ni dalam internet.
7.Buatkan larutan cara nipis saja untuk elakkan bazir
8.Untuk guna tanpa air, cuma ambil bedak ni dan gosokkan kat
   bahagian kulit bermasaalah
PENTING :
1. Kulit seseorang itu adalah berlainan, oleh itu perlu memastikan
    jenis air yang sesuai untuk melarutkan bedak muntah belut
    sebelum digunakan untuk keserasian kulit sendiri.
2. Ada yang sesuai dengan jenis air gamat, ada yang sesuai
    dengan jenis air tapisan, ada yang sesuai dengan jenis air
    zam2 dll...
3. Jika rasa tidak sesuai dengan jenis air tu, cuba jenis air yang
    lain sehingga sudah pasti jenis air tu serasi untuk dilarutkan
    dengan bedak muntah belut sebelum disapu pada kulit.
4. Elakkan mencampur penggunaan bedak ini dengan mana2
    produk lain yang berkimia seperti Foundation, Krim cuci
    muka.....dalam masa yang sama.


Info cara pakai bedak muntah belut
( guna dengan air )

1.Biasanya bedak ni dipakai sebelah malam sebelum tidur atau

   pun masa kat rumah tak kemana2
2.Ambil larutan bedak tu dan mula2 scrubkan atau gosokkan

  dulu pelan2 kat bahagian ada masaalah kulit tu contohnya
  bahagian jerawat tu
3.Kemudian basuhkan muka untuk hilangkan kesan bedak

   ni. Boleh basuh dgn air biasa
4.Bila kulit muka sudah bersih, ambil larutan bedak tadi dan

   boleh pakai cara facial mask atau cara tempekkan saja kat
   bahagian masaalah kulit tu
5.Biarkan semalaman ( ia akan jadi kering dan kulit akan

   rasa tegang masa ni )
6.Masa ni bedak ni akan mulakan rawatan nya 

7. Jangan risau jika ada rasa kulit gatal2 , kemerahan serta
    mengelupas bila mula2 pakai. Ini memang cara rawatannya
    pada peringkat permulaan pakai.
8.Bila kita sudah pakai pelbagai jenis ubatan samada dari

   bahan kimia ataupun tidak, masa rawatan bedak ni,
  ia akan bantu membersihkan dulu bahan2 ni dari kulit muka

  kita, kemudian baru merawat masaalah kulit tu
9.Bergantung kepada keadaan kulit, kita akan nampak kesan

  rawatannya dalam beberapa hari paling cepat
10.Paling lewat yang diterima maklum balas ialah dalam

   2 bulan dari seorang rakan akk yang punyai jerawat dari
  muka ke bahagian tengkuk
11.Ada rakan2 akk yang sudah guna bedak ni, selain

    menyembuhkan masaalah kulit mereka , juga terasa
    kulit mereka rasa gebu

12. Bila bangun esok paginya atau bila hendak tanggalkan
      kesan bedak ni dari kulit , gunakan air biasa saja tapi
      boleh juga guna pencuci muka lain jika mahu.
13.Teruskan amal sekerap boleh

Info cara pakai bedak muntah belut

( guna tanpa air )

1.Ambil bedak ni dan gosokkan pelan2 kat bahagian kulit bermasaalah
2.Amalkan sekerap boleh

********************************************

B) Bedak Benang Sila serta khasiatnya

 1.Sesuai digunakan untuk bantu sembuhkan masaalah
    kulit antaranya kesan2 parut jerawat bila
    jerawat sudah sembuh, jeragat, bintik2 hitam dikulit
 2.Bedak ni dalam dua warna, putih dan ungu
 3.Kedua2 nya punyai khasiat sama cuma bezanya yang warna
   putih tu saja , boleh di minum air nya setelah dilarutkan
   untuk bantu rawat masaalah contoh sakit dan senak perut.
   Yang warna ungu pula, ada digunakan untuk rawatan
   masaalah resdung    

Info cara sedia bedak benang sila

1.Biasanya bedak ni digunakan tanpa air yakni
  digunakan cara kering saja
2.Boleh digunakan seharian seperti bedak biasa

Info cara pakai bedak benang sila

1.Bila jerawat sudah sembuh akan tinggalkan kesan
   parut jerawat
2.Masa ni gunakan bedak benang sila ni
3.Ambil bedak ni dan gosokkan pelan2 kat bahagian
  kesan / parut jerawat tu
4.Amalkan sekerap boleh

********************************************************

C) Bedak Sejuk ( Beras putih dan Alor vera )
serta khasiatnya

 1.Sesuai digunakan untuk bantu elakkan kulit jadi kering
 2.Bantu bersihkan kulit wajah / badan
  
Info cara sedia bedak sejuk 
( Beras putih dan Alor vera )

1.Biasanya bedak ni digunakan dengan air
2.Guna kadar perlu saja dan yang lain, simpan di dalam

   bekas di tempat kering
3.Boleh digunakan seharian seperti bedak biasa

Info cara pakai sejuk

( Beras putih dan Alor vera )

1.Bila bedak ni sudah dilarutkan, ambil dan sapukan
ke kulit

**********************************************

D) Air gamat serta khasiatnya


1.Air gamat ni boleh di minum untuk rawat luka dalam badan
2.Rasanya masin dan memadai minum 1 sudu kecil / sekali
   seminggu tapi boleh tambah jumlah hari bergantung
   kepada keperluan
3.Juga air gamat ni boleh di sapu ke bahagian luka2 kecil
   di luaran kulit untuk keringkannya
4.Amalkan sekerap boleh, insyallah sembuh

5.Jika di tambah madu lebah ke dalam air gamat ni
( biarkan pekat sikit larutannya ), ia sesuai untuk bantu kurangkan
  masaalah batuk yang tak sembuh2 , kahak banyak dan tekak gatal2
 
Ini saja info akk kongsikan setakat ni tapi jika ada apa2
pertanyaan, jangan segan tanya akk.
 
 
Tkasih
ALYA
NURALYA ENTERPRISE