BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Monday, August 30, 2010

Terima kasih buat pelanggan Bedak Muntah Belut dari saya

Salam pelanggan setia,

Terima kasih kerana berurusan dengan saya dalam
jual beli Bedak Muntah Belut dari saya.

Saya telah mencatitkan nama-nama anda semua
disebelah kiri blog ini untuk panduan.

Jika anda ada blog sendiri, sila beri kepada saya dan
saya boleh link kan ke nama anda untuk promosi
percuma.

Terima kasih

Break sekejap dari perihal Bedak Muntah Belut : Lagu piano yang menakjubkan dan menenangkan jiwa

Mesej disini ialah jika kita fikir atau nak capaikan sesuatu,
terus buat dan usaha sungguh2 bagi merealisasikan cita2
kita itu ...Jangan aje angan2 atau bak omputih kata
don't DAYDREAMING...mcm tajuk lagu ni..

Saturday, August 28, 2010

Bedak Muntah Belut - Percubaan baru rawatan lebihan kulit

Salam rakan2 blogger,

Setelah bertahun2 saya serta ahli keluarga dan rakan2 rapat
saya amalkan memakai Bedak Muntah Belut ini untuk rawatan
tradisional bagi masaalah2 kulit, saya tahu Bedak ini
berkemampuan ( dengan izin Allah ) bermula dulu dengan
mengeringkan masaalah2 kulit itu (yang saya sebut terdahulu )
dan seterusnya merawatnya sekiranya diamalkan
dengan tekun.

Setelah masaalah2 kulit ini kering dan secara ansuran,
kesan atau bekas masaalah kulit itu akan menghilang.

Saya bukanlah Doktor atau Pakar perubatan yang bertauliah
tinggi tetapi apa yang saya punyai ialah pengalaman menggunakan
Bedak Muntah Belut ini bertahun2 dari zaman ibu saya sehingga
sekarang.

Kini saya mencuba untuk rawat masaalah kulit lebihan
yang dihadapi oleh rakan rapat saya ( selalunya masaalah kulit ini
terjadi jika seseorang itu punyai tahap kolestrol tinggi, jika saya tak silap )
seperti di kongsi di bawah ni. Rakan saya ini bukannya tidak mahu
mencuba cara rawatan lain seperti minor surgery untuk buangkan lebihan
kulit itu atau mencuba ubatan cairan lain TETAPI dia hendak tengok
apa kesannya Bedak Muntah Belut ini terhadap masaalah kulit yang
dihadapinya.

Saya akan kongsi dengan rakan2 blogger nanti kesan Bedak Muntah Belut
ini terhadap masaalah kulit ini.

Kita boleh mencuba saja. Insyallah dengan izin Allah,
jika dia izinkan masaalah kulit lebihan ini sembuh dengan cara
rawatan Bedak Muntah Belut ini ..maka sembuh lah.



Amalkan pemakaian Bedak Muntah Belut...Bedak tradisional kita.

Thursday, August 26, 2010

Break sekejap info pasal khasiat bedak muntah belut

Ini khutbah jumaat penting yang patut dikongsi..... Satu gereja masuk Islam dalam bulan Ramadan 1431 (Tahun 2010 ni) baru-baru ni... Panduan untuk semua

LAGI KHASIAT BEDAK MUNTAH BELUT...MERAWAT TUMIT KAKI MEREKAH

Tahukah anda Bedak Muntah Belut ini juga mampu merawat
masaalah Tumit kaki merekah atau kata omputih CRACKED HEELS
OF THE FOOT.
Cuma bancuhkan Bedak Muntah Belut ni dengan air gamat .
kalau tak ada air gamat, air biasa pun boleh..
dan amal sapukan ke kawasan rekahan tumit tu..
insyallah dengan izin Allah, sembuh la.
Selamat mencuba....




Monday, August 23, 2010

Saiz Bedak Muntah Belut dan Bedak Benang Sila

Ramai rakan2 blogger bertanya, besar mana saiz bedak2 ni.
Jadi di sini, saya beri panduan. Harap dapat bantu.






Jangan kita lupa khasiat bedak-bedak tradisional ini
sebab pada saya, sebelum timbulnya jenama-jenama yang moden,
bedak-bedak tradisional inilah yang menjadi pilihan utama
untuk kegunaan harian.


Selamat mencuba bedak tradisional ini sebagai salah satu
cara untuk rawatan masaalah-masaalah kulit yang telah saya
kongsikan dalam posting terdahulu ...

Saturday, August 21, 2010

Khasiat Bedak Muntah Belut - Merawat Bisul

Salam sahabat

Kali ini saya ceritakan sedikit tentang bisul atau orang putih
kata " Skin Boil ".



Sapa yang tidak pernah kena bisul. Samada bisul besar atau pun kecil,
pasti ada yang pernah mengidapinya dimana2 ruang badan kita .


Dalam info sihat ada mengatakan bahawa bisul merupakan nanah
yang terkumpul dalam satu rongga yang menyakitkan.
Memang la sakit.

Ex-president USA pun pernah kut kena bisul.
Tengok gambar bawah dan kekerutan muka dia.













Untuk menggunakan bedak muntah belut ni untuk merawat
bisul , cuma hendaklah dibancuhkan dengan sedikit air ( air gamat
ke kalau ada kalau tak ada air gamat..air biasa pun boleh. Biar pekat
sikit larutan nya.

Sapukan bedak muntah belut itu ke permukaan bisul yang sakit tu .
Ia bukan saja melegakan sakit malah terasa sejuk. Cuma kena sabar
la sikit dan amalkan hingga sembuh bisul tu.

Dengan izin Allah akan khasiat Bedak Muntah Belut ni, sembuh
la sakit bisul tu... Selamat mencuba..

Thursday, August 19, 2010

Khasiat Bedak Muntah Belut - Merawat ruam

Salam sahabat semua,


Tahukah anda banyak khasiat bedak muntah belut ni untuk
rawatan masaalah kulit.
Antaranya : Jeragat, Bisul, Demam Campak ( chicken pox ), Ruam,
Gatal2, Panau, Kayap, Jerawat....





Tetapi terlebih dulu, saya cerita cara bancuh atau cara penyediaan
bedak muntah belut ni. Ramai yang tanya saya pasal ni.

Secara asas, bedak muntah belut ini dibancuh dengan air gamat atau
air biasa ( jika tiada air gamat ) dahulu sebelum digunakan.

Jumlah pakai bedak muntah belut ni adalah mengikut keperluan saja.
Jangan membazir. Bancuh dalam bekas yang boleh ditutup supaya tidak
menjadi kering sangat. Jika kering pun, tambahkan air sedikit untuk
melarutkannya. Selepas digunakan, tutup dengan penutup dan simpan
di tempat kering. Bedak muntah belut yang belum digunakan juga di simpan
di tempat kering.

Dalam posting hari ni, saya akan cerita sikit pasal Ruam.
Bedak muntah belut ni boleh digunakan untuk semua jenis Ruam.

Ruam susu - Bagi bayi2 yang kena Ruam susu di celah leher. Sapukan
bedak muntah belut pada leher bayi. Biarkan ia kering sendiri. Kalau boleh
sapu setiap kali lepas mandi.

Ruam panas - Banyak terjadi kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
Juga disapu pada tempat Ruam.

Jika ada yang minat beli dan mencuba ...Sila hubungi saya...
Selamat mencuba.....Insyallah sembuh

Tuesday, August 17, 2010

Peluang niaga Bedak Muntah Belut


Inilah rupa bedak muntah belut







Saya amat berbesar hati bila ada di antara sahabat yang ingin menjadikan produk bedak muntah belut ini sebagai peluang niaga. Saya berniaga bedak muntah belut, bedak batu benang sila dan air gamat adalah dari warisan turun temurun keluarga.

Bedak muntah belut, bedak batu benang sila dan air gamat ini adalah produk tradisional, dan sebolehnya janganlah kita melupakannya. Sekarang ni terlalu ramai yang ghairah menggunakan produk2 moden yang harganya jauh lebih mahal. Hanya kerana jenama, mereka sanggup menghabiskan wang beratus ringgit untuk hasil yang belum tentu menjadi.

Bukanlah niat saya untuk memperkecilkan produk2 moden ini. Tetapi apa yang saya ceritakan mengenai bedak2 tradisional ini adalah dari pengalaman menggunanya selama bertahun-tahun dan ia terbukti berkesan untuk merawat masalah kulit seperti ruam, jerawat, gatal-gatal, panau, demam campak, jeragat atau bintik2 hitam di muka........



Ini bentuk bedak benang sila







Jika ada yang berminat nak beli dan cuba, boleh hubungi saya.

Monday, August 16, 2010

Lagi khasiat bedak muntah belut

Salam sahabat blogger

Baru2 ni ada anak jiran yang dapat demam campak. Saya syorkan kepada ibunya agar gunakan bedak muntah belut ni berserta daun semambu. Daun tu dihancurkan dan dicampur dengan sedikit bedak muntah belut. Kemudian disapu ke seluruh badan anak tadi.

Tujuannya untuk menyejukkan badan disamping membantu menghilangkan bakal bekas campak ni. Sekarang anak jiran tu dah semakin sembuh. Alhamdulillah.

Saturday, August 14, 2010

Bedak Batu Benang Sila


Ni lagi Bedak yang saya jual. Ada sahabat
blogger tanya bagaimana rupa Bedak
Batu Benang Sila ni.

Jadi ni la rupa dia. Dia ada dua warna ,
satu merah dan putih.

Sesuai untuk menghilangkan jeragat atau
bintik2 hitam di muka. Saya dok amal
pakai ni juga.

Harga nya pun tak mahal.
Hubungi saya jika minat nak beli ni.

Thursday, August 12, 2010

Bedak Muntah Belut










Bedak Muntah Belut

Anak saya yang kecil kena ruamlah pulak. Habis badannya merah2. Kesian pulak tengok dia. Bukan tak mahu pakai lotion, tapi tau2 jelah. Lotion ni banyak bahan kimia, risaulah pulak kalau jadi lebih teruk.

Anak remaja saya pulak terkena penyakit remaja. JERAWAT. Saya dah suruh pakai bedak ni tapi malu. Maklumlah anak lelaki. Saya paksa juga, ha esok dah kecutpun jerawatnya. Senyum panjang dia..

Bila tengok muka adik saya telah mulai putih sejak gunakan produk putih ni, hati saya turut nak ikut. Maklumlah orang perempuan ni kalau boleh nak putih. Tapi bila adik perempuan nombor 2 guna, habis mukanya tumbuh jerawat. Takutlah pulak.
Sejak tengok model Nik Marini pakai bedak muntah belut sebelum tidur untuk menjaga kulit mukanya, saya pun dah mula amalkannya. Harap2 bila raya nanti wajah saya lebih halus dan putih.

Jangan pandang sebelah mata dengan produk lama2 ni. Terlalu asyik membeli produk berjenama tapi hasilnya belum tentu baik kulit kita. Bedak muntah belut ni elok dicampurkan dengan sedikit air gamat (air gamat pun saya boleh dapatkan. Yang ni mmg tak berbau) untuk lebih memuaskan.

Oleh kerana bedak ni memang berkesan sebab itulah saya kongsikan dengan sahabat2 semua. Jadi kalau sahabat2 nak bedak ni boleh hubungi saya. Tak mahal pun....