Saya ingin kongsi satu kejutan pengalaman baru2 ni sekembali saya
dari Kuala Lumpur.
Kebelakangan ini, saya agak sibuk menguruskan beberapa hal
termasuklah hal perkahwinan adik lelaki saya di Kuala Lumpur.
Dari ipoh, saya sekeluarga ke Kuala Lumpur pada malam Jumaat yang
lalu sebab kenduri kahwin akan berlangsung pada hari keesokan
sabtu waktu tengahhari. Jadi rush la sikit.
Pada hari sabtu tu, Kuala Lumpur hujan pula dan apa lagi jam la. Dah lah
terpaksa tempuh dengan masaalah jam di Kuala Lumpur sewaktu
ke tempat kenduri dan selepas selesai kenduri pun, semasa nak
balik ke Ipoh petang tu, pun terpaksa lalui masaalah jam yang sama.
Kami sekeluarga terpaksa balik ke Ipoh hari sabtu tu juga sebab hari ahad
perlu pula hadiri kenduri kahwin lagi di ipoh. Jadi boleh la rehat sekejap
malam tu ..
Nak tanya , bila la masaalah jam di Kuala Lumpur dapat diatasi ?
Ambil jalan biasa pun jam dan ambil jalan short-cut pun jam juga ...
Kuala Lumpur sepatutnya ada SATU HARI TANPA KERETA DAN TANPA
MANA2 KENDERAAN BERODA EMPAT MACAM BAS, LORI, TEKSI dll di
jalanraya nya untuk sekurang2nya seminggu sekali . Boleh dicadangkan
pilih hari Sabtu atau Ahad.
Biar ramai2 ke pusat bandar Kuala Lumpur hanya dengan naik LRT,
berjalan kaki, naik basikal, naik motosikal pun ok kut....asalkan tiada
kenderaan beroda empat...sapa2 didapati naik kenderaan empat roda,
samankan mereka ni....
Berbalik pada cerita saya ni. Kami sekeluarga tiba di Ipoh dah dekat
waktu maghrib dan mula2 cadang nak makan malam di luar saja sebab
memang terasa penat sangat2. Hubby saya lagi penat sebab terpaksa
pandu kereta di Kuala Lumpur dan juga perjalanan pergi / balik.
Tiba2 perut saya buat hal pula. Senak dan memulas lain macam saja
dan saya kata kepada hubby, kita balik ke rumah dulu sebab saya rasa
perut saya tak selesa. Jadi kami sekeluarga pun pulang ke rumah dan
hubby kata malas la nak keluar bila dah balik ke rumah. Saya ok saja
tapi anak2 la yang merungut. Bila hubby saya kata kat depa, esok nak
keluar lagi ke tempat kenduri dan tak perlu lah nak belanja malam tu
dengan makan kat luar, budjet la sikit jadi anak2 pun faham. Takut depa
kat hubby saya tu...
Setiba dirumah, saya masak dulu nasi dan anak2 disuruh buat goreng telur
dadar saja. Anak2 saya ni dah pandai dah masak masakan2 yang simple.
Jadi sementara saya kemaskan rumah dan pakaian serta buat hal saya tu, anak2 pun goreng telur dengan gunakan kuali. Dipendekkan cerita, habis makan dan selepas kemas dapur serta basuh pinggan / cawan, kami sekeluarga pun tidur awal sebab memang penat sangat2.
Tapi saya serta anak2 terlupa untuk basuh kuali yang masih ada baki
minyak di dalamnya yang digunakan untuk goreng telur tu.
Keesokan paginya saya serta hubby / anak2 bangun awal sikit untuk
sembahyang tahajud dan selesai sembahyang, saya ke dapur dan
terdengar bunyi geseran berturutan. Dalam keadaan dapur gelap ( tak
buka lampu masa tu ), saya dengar macam bunyi geseran tu datang dari
arah kuali yang digunakan malam tu. Saya hampiri kuali tu dan tekejut
macam ada benda sedang bergerak2 dalam kuali tu.
Ketika itu, lampu dapur masih belum dinyalakan dan disebabkan saya
dalam keadaan terkejut, saya terus memanggil hubby untuk periksa apa ke
benda yang sedang bergerak2 dalam kuali tu. Saya agak mungkin lipas kut
atau cicak kut tetapi bila hubby nyalakan lampu dapur, TERKEJUT saya
dan hubby bila dapati ada seekor tikus yang sudah basah kuyup dilumuri
dengan minyak masak diseluruh badannya termasuk lah keempat2 kaki nya.
Tikus tu mengalami kesusahan untuk keluar dari kuali tu sebab badan nya
berkeadaan licin dan setiap kali ia cuba keluar, ia akan jatuh semula ke
dalam kuali yang berisi minyak masak yang telah digunakan tu.
Tikus dalam kuali..
Anak2 saya pun bila nampak, mereka pun terkejut juga. Memang kami
sekeluarga tak sangka perkara sebegini boleh berlaku. Selepas tu hubby
saya gunakan penyepit besi dan sepitkan ekor tikus tu untuk angkat tikus tu dari kuali dan letakkan ia ke dalam sangkar tikus dan sangkar tu kemudian diletakkan di luar rumah.