BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Friday, May 28, 2010

Spontan

Baru habis nonton siaran ini. Memang kelakar. Tapi niat saya menulis n3 ni bukanlah untuk membezakan rancangan whose line ini dengan rancangan tv kita spontan tu.

Memang siaran amerika ni, lawaknya banyak yang biadap atau terlampau, tapi saya nak katakan dari segi profesionalisme (betul ke ejaan ni?) mereka lebih profesional.

Bila mereka berlawak, mereka takdelah ketawa terbahak2 sangat sampai mengalahkan penonton pulak. Ketawa mereka memadai saja.

Walau apa pun saya tetap menyokong rancangan spontan sebab ada adlin shauki.....

Thursday, May 27, 2010


Kecanggihan internet sekarang, terutama facebook membolehkan kita menemui semula rakan2 sekolah yang telah lama tak dapat dihubungi.

Baru2 ni saya dapat berhubung semula dengan beberapa rakan, baik lelaki maupun perempuan. Seronok juga sekali sekali mendengar berita terkini dari mereka.

Tuesday, May 25, 2010

Beg oh beg!!


Kejadian di Masjid Ghufran

Kelmarin hampir jadi hari yang susah hati buat saya.

Kami 3 beranak berhenti sekejab kat masjid untuk bersolat dan
tukar lampin anak. Sebelum tukar lampin, saya sangkutkan beg tangan saya yang berisi dokumen peribadi dan lain2 barang berharga di tempat sangkut dalam tandas. Selepas tukar lampin, saya serta anak pun terus keluar dari tandas dan habis urusan di masjid, kami pun beredar.

Kami pun sembang macam biasa dalam kereta sehingga tiba di destinasi tidak jauh dari masjid tadi. Suami saya ajak saya turun sama dan masa tu saya tercari2 beg tangan saya dan tiba2 berderau darah saya sebab baru saya teringat saya terlupa ambik beg saya yang disangkutkan tadi.

Saya pun beritahu hal ni kepada suami saya dan dia pun macam biasa bagi nasihat sebab saya lalai sangat dan dia terus pandu kereta menuju semula ke masjid tadi. Setiba disana, saya terus turun menuju ke tandas dan alhamdulillah beg saya tu masih tersangkut ditempat sangkut dan saya ambik dan keluar menuju ke kereta.

Ada qariah masjid disitu jumpa saya dan tanya apa masaalah saya dan saya ceritakan hal ini. Dia kata ada qariah lain memberitahu kat dia yang ada orang tertinggal beg tangan dalam tandas tapi mereka tidak ambil mungkin untuk menunggu empunya beg tu datang ambil semula. Saya bersyukur qariah2 masjid ini baik orangnya dan tidak ambil kesempatan dari kelalaian saya.

Lepas tu, suami saya suruh sedekahkan kat tabung masjid ini sebagai tanda kesyukuran.

Jadi saya nak nasihat kat rakan2 supaya selalu berhati2 perihal barangan peribadi dan tidak tinggalkan di merata tempat. Ini adalah kejadian pertama saya alami dan saya harap ia tak akan berulang.

Thursday, May 20, 2010

Aduh! Semalaman panasnya begitu membara.
Amat merisaukan....
Nak tidur pun tak lena, asyik teringatkan si dia
Si dia pula asyik berpusing-pusing di sebelah
Mungkin sukar untuk tidur lantaran kepanasan

'Nak bawa ke klinik?' tanya sayang
'Tak perlulah. Nanti bagi ubat yang dah dibeli tadi'
'Cuba letakkan kain lembab di dahi' sayang beri pandangan
'Tak mahu dia.....'

Si dia bangun terus merengek-rengek.

'Kita makan ubat, ya'

Si dia mengangguk, terus bangun dari katil
Lepas makan ubat, barulah lena tidurnya....
Sampai ke pagi dan nampaknya terus baik dari demam
Syukurlah...

Si dia demam masa kecil-kecil dulu. Sekarang si dia dah besar...

Wednesday, May 19, 2010

Naif sungguh!!


Saya terbaca dalam satu blog kegemaran saya tentang sasaran penulis.
Rupa-rupanya setiap penulis mesti ada sasaran
Kepada siapa dia nak tujukan bahan bacaannya itu

Apa sebenarnya yang saya tahu tentang bab ini?
Ah! Begitu naifnya saya
Malu jika dibaca oleh penulis2 yang lain
Kenapalah si penulis ni begitu jahil pasal penulisan?

Setiap kali saya menulis, saya tak pernah adakan sasaran.
Tapi adakah saya hentam kromo jer?
Rasanya tak jugak

Patutlah tulisan saya selalu tak menjadi.
Apa niat saya masa menulis, ek...

Sekarang saya mesti fikirkan siapakah yang akan menjadi sasaran saya kini

Sahabatkah??

Tuesday, May 11, 2010

Mak su dan anak sedaranya

Akrab sungguh wakaupun baru pertama kali berjumpa
Umur pun lebih kurang je bayanya

Nak bergaya punya pasal, sampai sanggup kongsi kasut....

Dah penat berdiri, duduk pulak
Kasut pun dah tertanggal


Model tudung pulak
Apalah yang dimenungkan anak dara umi ni?

Model-model yang sudah kepenatan

Monday, May 10, 2010

sembilan mei 2010

Selamat Hari Ibu buat semua ibu2 diluar sana, termasuk ibu saya... mmg dah lambat tetapi setiap hari adalah hari ibu untuk saya.

Kebetulan hari ni juga hari lahir hubby tersayang. So kami buat makan2 sempena dua keraian ini.

Ini kek mother's day cum hubby's birthday. ini dikatakan sambil menyelam minum air. nak jimat kos....







Keluarga besar saya sedang nikmati jamuan mee rebus, laksa dan mee sup...

Thursday, May 6, 2010

Bisnes saya

Agak sibuk minggu ni sampai tak tahu apa nak ditulis.

Banyak gak pesanan2 yang perlu dilunaskan.
Akhir minggu semua nak dihantar ke destinasi masing2.
Nak tak nak kena buat dalam minggu ni juga. Kalau tak siap, rugi,
sebab kira rezeki tuh.. tak elok ditolak, kan?


Nak buat untuk hantaran kahwin
/jamuan/ hadiah pun boleh.










Kacang goreng pedas berempah









Maruku goreng pedas berempah






ha.. inilah barang2 yang membuatkan saya sibuk sepanjang minggu ni.

ada yang berkenan?
murah jer... satu bungkus rm1.00

Tuesday, May 4, 2010

minta pandangan sahabat


Keluarga saya sedang hadapi satu masalah BESAR punya. Salah seorang (saya namakan dia (A) agar tak ada sesiapa yang tersinggung) dah lama tidak bertegur sapa dan cuba menjauhkan diri setiap kali kami nak berkumpul.

Hal ni berlaku dah lama. Rasa2 semenjak November 2009 sebelum kenduri kahwin anak sedara kami berlangsung. Kelmarin semasa berbual dalam fon, bila ditanya apa masalah sebenar, (A) memberitahu semua orang dah tahu apa yang dilakukan terhadap (A) dan mereka yang terlibat patut minta maaf kepada (A). Dia sebenarnya tak bagi tahu apa masalahnya secara terus terang dan suruh seakan2 mencari sendiri punca sebabnya.

Mungkin juga semasa kenduri dirancang, (A) adalah orang yang terakhir di kalangan adik beradik yang diberitahu mengenai tarikh kahwin tersebut walhal ketika itu (A) sudahpun book tiket untuk bercuti ke luar negara sebelum tarikh itu dan akan hanya kembali selepas kenduri. Adakah disebabkan masalah ini (A) kecil hati dan membawa diri?

Sebelum ini hubungan (A) dengan yang lain2 amat rapat. (A) sekarang ni semakin sensitif dengan isu2 yang membabitkan dirinya. Tapi saya tahu (A) masih sayangkan keluarganya,tapi dia tak tunjuk terang2.

Kalau boleh minta pandangan sahabat.