Pasti ada jalan keluar Allah SWT sediakan
untuk setiap dugaan ke atas kita...cuma jangan
berhenti berdoa dan berharap daripada dia.
Friday, May 31, 2013
SUSAH SENANG KITA...JANGAN LAH BERHENTI BERHARAP DAN BERDOA PADA ALLAH SWT
Thursday, May 30, 2013
Wednesday, May 29, 2013
Monday, May 27, 2013
MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH...
Allah SWT berfirman :
"Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat
sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging
saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu
semua tidak menyukainya yang sedemikian itu".
(Surah Hujurat ayat 12)
Rasulullah SAW pernah berpesan agar kita menjaga
lidah mengenai hal orang yang membuka rahsia orang
lain dalam sabdanya:
"Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya
tetapi tidak masuk kedalam jiwanya! Janganlah kamu
mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan atau
mencari-cari rahsia mereka kerana barang siapa mengesan
rahsia mereka, Allah SWT akan buka rahsianya. Dan barang
siapa Allah SWT buka rahsianya maka dimalukan dia dalam
rumahnya (sekali pun dirahsiakannya)".
Dalam hal ini pernah Talhah (sahabat Rasulullah SAW)
menyesali tindakannya mengesan tingkahlaku Saidina Umar
yang sering berkunjung ke rumah seorang perempuan buta
yang lumpuh kerana membantu wanita tersebut. Dengan
itu adalah penting seseorang cuba menutup kelemahan
saudaranya kerana ganjaran besar yang akan diterima
disamping jaminan kelemahan/keaibannya ditutupi oleh
Allah SWT, atau sekurang-kurangnya takut kepada amaran
Allah SWT dalam firmannya:
" Sesungguhnya mereka yang suka menyebar kejahatan
dalam golongan orang2 yang beriman, akan mendapat
ahzab yang payah didalam dunia dan akhirat".
(Surah Al-Nur ayat 19)
Definasi mengumpat/ghibah
Rasulullah SAW telah memberi pengertian mengumpat
sebagai apabila engkau menyebut perihal saudaramu
dengan sesuatu yang tidak disukainya seperti marah
benci dan sebagainya.
Perkara2 yang sering menjadi umpatan:
Kekurangan fizikal - seperti juling, hitam, terlalu
pendek, terlalu gemuk, tempang dan sebagainya.
Keturunan seseorang - keturunan fasik, seseorang
yang hina dina atau keburukan lain dalam keturunan
seseorang.
Pekerti seseorang - Bakhil, suka menonjol milik/jasanya,
pemarah, pengecut, lemah pendirian dan sebagainya.
Kelakuannya - Pencuri, pembohong, peminum arak,
pengkhianat, zalim, lemah ibadat seperti cuai
sembahyang, puasa zakat, membiarkan orang tuanya dll.
Keperibadiannya - Tidak sopan/biadap, banyak cakap,
kuat makan dll. Serta lain-lain perkara yang melibatkan
menceritakan hal orang jika beliau tahu marah samada
dalam bentuk kata, lisan, celaan, isyarat, tulisan yang
bermaksud mengumpat.
Apakah orang yang mendengar juga termasuk
melakukan umpatan/ghibah?
Saturday, May 25, 2013
PENYAKIT KAYAP DAN ANTARA CARA RAWATANNYA GUNA BEDAK SEJUK MUNTAH BELUT
Sebelum ini, saya pernah kongsi artikle mengenai
Penyakit kayap atau shingles . Kali ini imbasan
untuk pembacaan semua rakan2 sebagai peringatan
bahaya nya penyakit kayap ini.
Penyakit kayap adalah sejenis penyakit yang disebabkan
oleh jangkitan sejenis virus dikenali varicella-zoster
virus, atau VSZ.
Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan
chickenpox sewaktu kita masih kecil. Virus ini biasanya
akan berada dekat pangkal saraf dan ianya membiak
semula kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masaalah
seperti stress / tekanan, badan rasa lemah2, kecederaan
pada kulit dan juga akibat masaalah penyakit kanser.
Simptom2 terkena penyakit kayap ialah pesakit akan alami
sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit . Bahagian
kulit juga akan rasa gatal2, geli2, terasa panas seperti
terbakar, rasa macam nak demam, tekak rasa loya, pening
berpanjangan, hilang selera makan dan timbul ruam2 panas.
pada bahagian badan
Selepas beberapa hari, bahagian kulit dijangkiti penyakit
kayap itu akan menjadi kemerah2an, menjadi ruam
panas, ada yang bernanah, ada menjadi biji berbuih
dan mula menjalar.
Penyakit kayap ini boleh menjangkiti mana2 bahagian
kulit tubuh kita samada bahagian badan, mata , ketiak
mahupun bahagian hidung.
Jenis2 penyakit kayap :
1) Kayap Ular
- paling merbahaya dan boleh membawa maut
- boleh akibatkan badan kurus akibat hilang selera makan
- kayap jenis menjalar / melilit ( merebak )
- boleh terjadi dimana2 bahagian badan
- bermula dari tengah belakang dan menjadi semakin panjang
sehingga mengelilingi badan ke bahagian dada
- ada juga menyerang bahagian dada saja
- boleh menyerang bahagian urat saraf ' rasa ' . Lazimnya
ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut
lengkaran urat saraf ‘ rasa ’.
- keadaan kulit boleh melecet, pedih serta sakit
- ambil masa juga untuk sembuh diantara beberapa hari ke
minggu, ada yang sehingga bertahun2 disebabkan faktor
usia
Lain2 jenis penyakit kayap :
2) Kayap melukut
3) Kayap jagung
4) Kayap api2
5) Kayap setompok
6) Kayap selendar
7) Kayap harimau
8) Kayap bersambung (umur pendek)
Pantang larang bila terkena penyakit kayap :
1) Ada pendapat mengatakan cepat2 jumpa doktor atau pakar
perubatan untuk nasihat dan rawatan . Ada juga mengatakan
cuma jumpa pakar rawatan tradisional. Jadi ikut yang mana
terbaik.
2) Elakkan pakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar
untuk mengurangkan kesakitan disebabkan geseran pakaian
dengan bahagian kulit.
3) Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas
( contoh jemur di luar rumah dibawah terik matahari atau
yang baru digosok)
4) Jangan pakai seluar serta baju yang basah
5) Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh
merebak ke bahagian lain. Kayap ni akan rasa gatal2, minta
ubat untuk kurangkan rasa gatal2.
6) Bila mandi, biasakan mengosok pelan2 bahagian kayap tu
dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian kayap tu.
7) Jika boleh, semasa dijangkiti penyakit kayap ni , elakkan dari
mendekati ahli keluarga serta rakan2 dikhuatiri mereka2 ni
akan dijangkiti pula.
8) Jaga pemakanan dikhuatiri rasa bisa dan gatal2. Makan
kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin,
makanan gatal2 dan goreng2 cuba elakkan, hanya makan yang
rebus, stim atau bakar. Jangan makan makanan berminyak.
9) Kurangkan makan buah tempatan atau sayuran yang menjalar/
berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
10) Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng
sebarang benda pun.
Antara petua2 rawatan boleh dicuba :
Tuesday, May 21, 2013
KAYAP : ANTARA PETUA RAWATAN DENGAN GUNA BEDAK MUNTAH BELUT DLL...
Disini di kongsikan antara petua rawatan penyakit
KAYAP dengan menggunakan Bedak Muntah Belut.
Sebiji Bedak Muntah Belut
Antara cara rawatan nya :
1. Sapukan larutan Bedak Muntah Belut saja ke kulit.
Sebelum sapu, larutkan bedak ni dengan air gamat atau
atau air tapisan paip atau air zam2 atau air mineral
atau air kelapa muda.
Elakkan guna air terus dari air paip dikhuatiri
punyai kandungan klorin yang boleh memudaratkan
masaalah kulit tu.
Sapukan larutan
bedak muntah belut saja
ke bahagian kulit dijangkiti
kayap
2. Setelah bedak dilarutkan seperti cara " 1", boleh
campur kan larutan bedak ni dengan minyak
habatussauda sebelum di sapukan pada bahagian
kayap tu.
3. Gunakan akar rumput sambau sebagai alat untuk
menyapu larutan bedak pada bahagian kulit dijangkiti
masaalah Kayap.
Rumput Sambau
4. Selain guna Bedak Muntah belut, ada juga rakan2 yang
dijangkiti penyakit KAYAP dapat disembuhkan dengan
guna Bedak sejuk Penawar benang sila.
Bedak Sejuk Penawar
Benang Sila
Petua2 rawatan di atas adalah antara cara rawatan
untuk masaalah penyakit kayap dengan menggunakan
Bedak Muntah belut atau Bedak sejuk Penawar Benang
sila. Kemungkinan juga ada cara2 lain yang tidak
disebut disini.
Yang penting, cari lah cara rawatan yang serasi dengan diri .
Yang penting, bila sudah temui cara yang serasi tu,
amalkan sekerap yang boleh, insyallah masaalah penyakit
kayap tu akan sembuh secara ansur-ansuran.
dicatat oleh Unknown sendiri 1:07 PM 0 komen
Labels: Bedak Muntah Belut
Sunday, May 19, 2013
KELEBIHAN PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS
Umat Islam amat digalakkan berpuasa sunat pada hari
Isnin dan khamis kerana ia merupakan amalan yang selalu
dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Pada hari Isnin , wahyu pertama di turunkan
kepada Rasulullah SAW. Bermula dari hari itu
Rasulullah SAW terus menerima wahyu hingga sempurna
al-Quran untuk panduan kepada kehidupan kita dunia
dan akhirat.
Pada hari Isnin terdapat 7 peristiwa penting iaitu:
1. Nabi Idris, as. telah naik ke langit pada hari Isnin
2. Nabi Musa, as. telah pergi ke bukit Thursina pada
hari Isnin untuk menerima wahyu
3. Turunnya Dalil tentang keEsaan Allah SWT
4. Lahirnya Rasulullah Muhammad SAW
5. Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya
bertemu Rasulullah SAW
6. Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada
Rasaulullah SAW pada hari Isnin
7. Wafatnya baginda Rasulullah Muhammad SAW
Dan juga antara peristiwa yang boleh kita ambil iktibar dan
pengajaran berlaku pada hari Khamis menurut sejarah
Islam adalah:
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan
Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.
(pada masa ni, Nabi Yusof sudah jadi Raja Mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir
dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu
anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Khamis untuk
mengajak firaun menyembah kepada Allah SWT.
6. Rasululllah SAW memasuki kota Mekah selepas
perjanjian Hudaibiyah.
Manakala kelebihan berpuasa Isnin dan Khamis pula
adalah seperti berikut :
Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa;
“Adalah Rasulullah SAW amat menjaga puasa pada hari
Isnin dan Khamis”
(Riwayat Imam Tirmizi)
Saturday, May 18, 2013
ADAKAH MITOS ATAU BENAR : BENARKAH VITAMIN C TIDAK BOLEH DIAMBIL BERSAMA2 UDANG
Kongsian maklumat ni sebagai ingatan semua..
jangan makan udang dan ambil vitamin C pada
masa yang sama ....
Udang + Vitamin C = Racun (Arsenic Trioxide)
Seorang wanita meninggal dunia , mendadak dengan lima
panca indera keluar darah, setelah diselidiki ternyata
wanita ini meninggal bukan karena bunuh diri atau
dibunuh, melainkan karena ketidaktahuan tentang
racun akibat makanan. Selepas bedah siasat awal ia
disahkan bahawa kematian disebabkan keracunan arsenik.
Polis melancarkan siasatan secara mendalam dan meluas.
Seorang profesor institusi perubatan telah dijemput untuk
datang membantu menyelesaikan kes itu.
Profesor dengan berhati-hati melihat misteri ni.
Profesor itu berkata: 'simati tidak membunuh diri atau
dibunuh, beliau meninggal dunia akibat kemalangan dari
kejahilan!'
Semua orang hairan, mengapa kematian akibat kemalangan
dari kejahilan?
Profesor itu menjelaskan: 'arsenik dihasilkan dalam perut si
mati.' Si mati yang mengamalkan pengambilan Vitamin C
setiap hari, yang dengan sendirinya tidak menjadi masalah.
Wanita ini ada kebiasaan minum Vitamin C tiap hari.
Ini tidak masalah. Masalahnya, malam itu wanita
ini kebanyakan makan udang. Sebenarnya cuma makan
udang saja juga tidak masalah, karena keluarganya
juga banyak makan udang malam itu dan tak ada apa2
yang berlaku kepada mereka dan tiada yang meninggal..
Tetapi, karena udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5),
dan setelah habis makan udang , wanita itu minum Vitamin C,
terjadilah reaksi kimia di dalam perut yang membuat As2O5
berubah menjadi Arsenic Trioxide (As2O3) yang sangat beracun.
Ini mengakibatkan hati, jantung, ginjal, pembuluh darah rusak,
usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu
meninggal dengan kelima panca indera keluar darah.
Penyelidik di University of Chicago di Amerika Syarikat,
mendapati selepas melalui uji kaji, makanan yang seperti
kekerang lembut (shell) mengandungi kepekatan yang lebih
tinggi lima sebatian arsenik kalium.
Makanan itu segar dengan sendirinya dan tidak mempunyai
kesan toksik terhadap tubuh manusia.
Walau bagaimanapun, dalam mengambil vitamin C, tindak
balas kimia berlaku dan asal unsur-unsur bukan toksik berubah
kepada unsur-unsur toksik.
Keracunan arsenik mempunyai peranan magma dan boleh
menyebabkan kelumpuhan kepada saluran darah yang kecil.
Oleh itu, orang yang mati akibat keracunan arsenik akan
menunjukkan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung,
mulut & mata.
Friday, May 17, 2013
SAAT MAKBUL DOA PADA HARI JUMAAT
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang
disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan
ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak
terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan
afdal daripada hari Jumaat.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang
hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada
Allah SWT sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan
doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada
sesuatu kejahatan melainkan Allah SWT melindunginya
daripada kejahatan.”
(Hadis riwayat Tirmizi).
Imam Abu Hanifah berpendapat waktu doa makbul
pada hari Jumaat ialah selepas Asar (akhir waktu Asar).
Hadith Jabir ra:
Maka peganglah erat-erat akhir dari waktu tersebut
jatuh setelah Asar.
Thursday, May 16, 2013
11 GOLONGAN AHLI NERAKA , SATU GOLONGAN AHLI SYURGA
Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
“iaitu… hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala
lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas
pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya,
“Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?” Maka
Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan
tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh
baginda. Lalu baginda menjawab:
“Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur
akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan
akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja
yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang
memasuki neraka adalah seperti berikut:-
1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan.
Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan
bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan
dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi
mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah
balasan mereka yang berdusta.
5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini
adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan
dalam jual beli atas penipuan.
6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu.
Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat
atau perbuatan jahat.
7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar
nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang
tidak mahu menyaksikan kebenaran.
8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu
kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan
mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan
perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan
harta anak yatim secara zalim.
10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain
yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani
melawan kedua ibu bapanya.
11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya
seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut,
dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah
balasan mereka minum minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
1.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama,
berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat.
Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi
maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat.
Semoga kita bukanlah tergolong dalam 11 golongan
ahli neraka ini ,sama-sama kita menuju kearah 1 golongan
yang masuk syurga.
Wednesday, May 15, 2013
SURAH AL-KURSI DAN FADHILAT MEMBACANYA
Monday, May 13, 2013
Sunday, May 12, 2013
PADA SAYA...SETIAP HARI ADALAH HARI MENYAYANGI IBU...
Pada saya, saya tidak perlu tunggu hari ini untuk
ucapkan Selamat hari Ibu sebab pada saya,
setiap hari saya ucapkan salam pada ibu saya.
Saturday, May 11, 2013
DOA BULAN REJAB DAN AMALAN2 YANG BOLEH DI BUAT
Masuk bulan REJAB, baca lah doa di bawah :
Lain2 yang boleh di amalkan dalam bulan Rejab :
Puasa sunat di bulan Rejab :
Puasa 1 hari
- mendapat keredhaan yang besar dari Allah SWT
Puasa 2 hari
- mendapat kemuliaan dari Allah SWT
Puasa 3 hari
- akan diselamatkan oleh Allah akan bahaya dunia,
siksa akhirat, penyakit gila, fitnah syaitan dan dajjal.
Puasa 7 hari
- ditutup 7 pintu neraka
Puasa 8 hari
- dibuka 8 pintu syurga
Puasa 10 hari
- Allah akan mengkabulkan permintaannya
Puasa 15 hari
- Allah akan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu
dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan.
27 hb Rejab
- Isra' Mi'raj - digalakkan membaca atau mendengar
kisah-kisah berkenaan peristiwa itu serta mengambil
ikhtibar daripadanya, dan mengerjakan puasa sunat.
Ibadat-ibadat lain yang digalakkan :
- Membaca surah Al-Ikhlas setiap hari 11 kali atau lebih
- Membaca al-Quran
Memperbanyakkan doa, istighfar dan lain-lain
seperti dibawah ini :
Thursday, May 9, 2013
SELAMAT DATANG 1 REJAB 1434 H ( BERSAMAAN SABTU 11 MEI 2013 )....
Selamat datang kepada 1 Rejab 1434 H
bersamaan Sabtu 11 Mei 2013.
Bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH.
Adalah malam 1 Rejab...
Imam Syafiie Rahimahullah berkata, ada 5 malam
dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit,
salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab
dikenali juga sebagai bulan Istighfar.
Jadi,perbanyakkan lah memohon kepada ALLAH SWT
supaya mengampunkan semua dosa2 kita dan juga
memakbulkan doa2 serta hajat2 kita pada malam 1 Rejab.
Juga perbanyakkan lah Istighfar dan minta ampun daripada
ALLAH SWT.
Wednesday, May 8, 2013
Sunday, May 5, 2013
PRU13 : SAYA SUDAH TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB MENGUNDI
Hari ni jam 11.00 pagi, saya serta suami
dan ibu mertua selamat menunaikan tanggungjawab
mengundi pada PRU13 ni.
Dari pukul 9.00 pagi, setelah beratur panjang,
berpeluh2 berdiri dan menunggu dengan sabar,
akhirnya selesai semua.
Undi tu memang rahsia...!!
Tidak kira siapa yang dipilih rakyat untuk
memimpin negara Malaysia tercinta ni untuk 5 tahun
akan datang tetapi saya harap biarlah si pemenang
PRU13 kali ni akan menang dengan cara tulus serta
jujur.
Ingat...nanti di akhirat, kita semua tidak akan terlepas
dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab
mengundi ni.
AHAD 5.5.2013 HARI MENGUNDI PRU13...UNDI LAH DENGAN BIJAK
Kepada semua rakan2 blogger yang wajib
mengundi, mengundi lah dengan bijak
pada hari ini.
Sebelum mengundi, mula lah dengan membaca :
serta banyak berselawat kepada nabi muhammad s.aw :
SELAMAT MENGUNDI....