BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Friday, September 27, 2013

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

Selalu lah membaca Al-Fatihah dan hadiahkan rahmat dan
pahala nya kepada Nabi Muhammad s.a.w serta
ahli keluarga serta sahabat baginda kesemuanya,
juga kepada ibubapa kita dan ahli keluarga kita dan semua
muslimin serta muslimat yang masih hidup mahupun
sudah meninggal dunia.

AL-FATIHAH...


1. Orang yang pertama menulis Bismillah : 
Nabi Sulaiman AS. 

2. Orang yang pertama minum air zamzam : 
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : 
Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : 
Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari 
qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa 
dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : 
Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : 
Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : 
Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah 
dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : 
Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan 
lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan 
wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam 
kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan 
fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan 
melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan 
Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid 
Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam 
perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : 
Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : 
Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : 
Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam 
Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : 
Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : 
Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : 
Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas 
Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA. 

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil 
Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : 
Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : 
Nabi Muhammad SAW. 

Wednesday, September 25, 2013

SOLAT SUNAT KIFARATUL BAULI....MOHON DOA LEPASKAN DARI AZAB KUBUR BERSANGKUTAN NAJIS KENCING

Kifaratul Bauli adalah solat sunat untuk kifarat
bagi najis kencing. Sebahagian daripada azab kubur
adalah berpunca daripada kencing seseorang itu
tidak dibersihkan dengan baik.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda, "
mengingatkan kita bahawa seksa kubur itu
dikenakan ke atas seseorang hingga selisih tulang
dadanya kerana tidak menyucikan kencingnya dengan
sempurna."

Sesiapa yang mengharapkan pengampunan daripada
Allah s.w.t daripada dosa yang disebabkan najis kencing
yang terkena badannya atau pakaiannya secara disedari
atau tidak, maka perlu sekalilah mereka mengerjakan
solat sunat Kifaratul Bauli.

Caranya :

1) Solat dua rakaat selepas solat sunat Dhuha.

Lafaz niat :

" Sahaja aku solat sunat Kifaratul Baul 2 rakaat kerana
Allah Taala. "

2) Rakaat pertama selepas Al-Fatihah, bacalah
surah al-Kautsar 7 kali.

3) Rakaat kedua selepas Al-Fatihah, bacalah
surah al-Ikhlas 7 kali.

Amalkan lah ye...

Tuesday, September 24, 2013

10 TIPS KEIBUBAPAAN DAN KEBAHAGIAN ANAK DARI PROF DR MUHAYA


















1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan 
Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" 
- yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya 
padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa 
itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, 
habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita 
diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, 
memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak 
kepada Allah untuk menjaganya.














2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, 
ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah 
amalkan (ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) 
Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi 
maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. 
Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. 
Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang 
Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang 
ang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak 
soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni 
sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak 
soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita 
akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana 
Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu 
sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak 
sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya 
amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan 
yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa 
lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali 
ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini 
berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa 
yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah 
padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat 
salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam 
dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,
anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan 
orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! 
Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan 
demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, 
perkenankanlah doa permohonanku.]




















9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, 
belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak 
mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah 
yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, 
manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah 
hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", 
[kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak 
faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] 
sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". 
Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat 
kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati 
jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Monday, September 23, 2013

SURAH-SURAH AL QURAN UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER

Dikongsikan disini surah-surah Al Quran yang boleh 
di amal baca untuk bantu memusnahkan sel-sel
kanser.

















Lapan surah ini boleh di amal baca untuk memusnahkan 
sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi 
baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka 
boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca 
untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah-surah ,

amalkan bacaan dibawah dahulu :

1 - Istighfar 10x.
2 - Selawat Nabi 10x.
3 - Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan 
setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit 
dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi 
pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah  
penyakit kanser boleh sembuh dengan kekuasaan Allah swt.

Lapan surah-surah Al Quran yang boleh di amal baca :

1 - Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2 - Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3 - Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4 - Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5 - Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6 - Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7 - Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8 - Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada sahabat kesemuanya, tolong sebarkan kepada ahli 
keluarga dan saudara mara yang sedang mengidap penyakit 
kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, 
akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala 
kerana menolong sesama hamba yang benar-benar 
memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari Allah swt.

Jangan putus asa, teruskan berusaha mencari rawatan
selain amal baca surah-surah Al Quran di atas. Seterusnya
berdoa kepada Allah swt agar disembuhkan penyakit kanser itu .

Sunday, September 22, 2013

FADILAT MEMBACA AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, 
“Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang 
dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian 
dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya 
Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan 
darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh 
al-Qur’an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia 
akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua 
penghuni dunia.”

Berkata Anas bin Malik, “Ya Rasulullah, apakah yang 
perlu dibaca setiap hari?”Sabda Rasulullah S.A.W, 
” Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.
”Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai 
rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat 
mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak 
boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah 
dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur’an, 
hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi 
seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu 
lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat 
bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.



Saturday, September 21, 2013

JOM UJI MATA ! APAKAH ANDA HILANG FOKUS???

Cuba uji dengan melihat lingkaran ini.


















Cuba Fokus pada Titik Merah, maka perlahan Lingkaran 
Biru akan menghilang.

Jika anda mengalami stres maka Lingkaran Biru akan 
sukar hilang kerana anda tidak boleh fokus.

Selamat Mencuba!

Thursday, September 19, 2013

KEDAHSYATAN AYAT KURSI


















Sahabat ditanya oleh Nabi SAW apakah ayat Al-Quran 
yang paling tinggi kedudukannya. Mereka terdiam kerana 
bagi mereka semua ayat Al-Quran mempunyai kedudukan 
yang tinggi. Nabi SAW pun memberitahu bahawa ayat 
Al-Kursi mempunyai kedudukan yang paling tinggi antara 
kesemuanya.

Ayat ini perlu diamalkan untuk mendekatkan diri dengan 
Allah SWT. Syaitan paling tidak suka kepada orang yang 
membaca ayat ini. Ketika ayat ini diturunkan, diriwayatkan 
bahawa syaitan bertempiaran lari.

Ayat kursi ini boleh merawat penyakit berkaitan akidah 
kepada Allah SWT, dan juga menghalang  gangguan syaitan, 
jin dan iblis. Tapi sebelum diamalkan perlu difahamkan 
maknanya dahulu. Allah SWT tidak kirimkan Al-Quran untuk 
dibaca semata-mata. 

Nabi SAW berkata semulia-mulia surah dalam Al-Quran 
ialah Al-Baqarah, dan semulia-mulia ayat dalam surah 
Al-Baqarah ialah ayat Al-Kursi. Oleh itu, untuk menjauhkan 
gangguan makhluk halus, sebaiknya kita membaca habis 
seluruh surah Al-Baqarah. Dikatakan syaitan akan terbakar 
jasadnya dengan bacaan surah ini.

1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila 
berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan 
dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap 
sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan 
Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap 
sembahyang, tidak mencegah akan dia daripada masuk 
surga, kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika 
hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas 
rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

4.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap 
sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia 
setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan 
orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan 
padanya rahmat.

5.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar 
rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat 
kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan 
mendoakan baginya.

6.Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam 
pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda 
membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah anda sekeluarga 
terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

7.Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, 
insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

8. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang 
Allah SWT akan mengendalikan pengambilan 
rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama 
Nabi Allah sehingga mati syahid.

9. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam 
kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan 
kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr ra., Rasulullah SAW bersabda, 
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Wednesday, September 18, 2013

RAHSIA GARAM ...AMALAN SUNNAH YANG TIDAK DIKETAHUI

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum 
dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat
ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam 
makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
















Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar 
gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan 
negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman 
penjara kepada penentang mereka .

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan 

seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan 
dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah 
memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat 

( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi 
iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk 

kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka 

untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu 
menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang 

bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian 
mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam 

kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian 
yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh 

sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada 
tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan 

secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan 
perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti 

bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit 
garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.



Tuesday, September 17, 2013

PESANAN ROH PADA MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh 
isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali 
jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : 
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana 
Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab 
pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". 

















Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang 
yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam 
keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang 
dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai 

orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan 
kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah 
dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun 
memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu 
kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya 
sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak 
dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai 

jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka 
janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim 
dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari 
itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali 
kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya 

kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur 
selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat 
kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, 

roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai 
anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia 
memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana 
ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah 
kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung 
kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu 
berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu 
mendoakan aku".


Monday, September 16, 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA....

UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
KEPADA SEMUA RAKAN2...


Saturday, September 14, 2013

MY PROMISE TO MY CHILDREN..



Friday, September 13, 2013

MEMBACA AL QURAN SEBAGAI PENAWAR KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT

Segala penawar ada di dalam Al-Quran.

Amalkan membaca Al-Quran setiap masa
serta baca lah tafsirnya.

Juga pelajari lah serta mengajarkannya jika
mampu.


















1. Anda kesedihan ?
amalkan Surah Al-Baqarah (2:25).

2. Anda berdosa?
amalkan Surah Az-Zumar (39:53).

3. Anda mencari teman?
amalkan Surah Al-Baqarah (2:257).

4. Anda mencari kedamaian?
amalkan Surah Al-Maidah (5:16).

5. Anda tertekan?
amalkan Surah Ar-Ra’du (13:28).

6. Anda mencari cinta dan ketenangan ?
amalkan Surah Ar-Rum (30:21).

7. Anda merindukan teman?
amalkan Surah Qaf (50:16).

8. Anda merasa tidak dihargai?
amalkan Surah Al-Insan (76:22).

9. Anda merasa seperti kecundang?
amalkan Surah Yusuf (12:87).

10. Anda merasa perlu jaminan ganda?
amalkan Surah Hijr (15:43).

11. Anda mahu pembebasan diri dari ketakutan?
amalkan Surah Ali Imran (3:135).

12. Anda bosan, kesusahan/kesulitan?
amalkan Surah Ad-Dhuha (94:5).

13. Ada orang sombong yang menentang anda?
amalkan Surah Al-Furqan (25:63).

Semoga mendapat barokah dari-Nya.

InsyaAllah

Thursday, September 12, 2013

PETUA BERKESAN MACAM MANA NAK BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU DI SURUH, DI BEBEL DAN DI PUKUL

Macam mana hendak buat anak-anak kita bersolat 
tanpa perlu disuruh, di bebel dan di pukul ? 

Amalkan membaca doa dibawah ini dalam sujud,
setiap kali solat dan pada bila-bila masa saja berdoa.

Teruskan berdoa .. Doa... Doa... Dan berdoa...

Doanya adalah ayat Al-Qur'an dalam surah Ibrahim 
ayat ke-40.

Doa tersebut adalah seperti berikut:






Ù†







"Robbij'alnii Muqiimash Sholaati, Wa Min Dzurriyyatii. 
Robbanaa Wataqobbal Du'aa..."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang 
mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
[Surah Ibrahim ayat 40].

Juga boleh di tambah surah ibrahim ayat 41 bersama2
surah ibrahim ayat 40 semasa berdoa tu...






















Insya-Allah. Jom Amal. 

Semoga anak-anak anda semua rajin mendirikan solat
bersama. 

Wednesday, September 11, 2013

JANGAN BERSANGKA BURUK TERHADAP ALLAH SWT






















Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah
akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan

untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh
Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga
supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.

Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat

memberi balik dosa hambaNya tersebut.

Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap
kita. 

Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit,
bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya.
Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus
segala dosa.

Tuesday, September 10, 2013

HARI INI BERMULANYA PEPERIKSAAN UPSR...

Selamat menempuhi peperiksaan untuk kesemua
pelajar2 UPSR.

Semuga berjaya dengan cemerlang.



Sunday, September 8, 2013

SENTIASA LAH MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Baca lah surah Al Fatihah : 

















Baca lah surah Al-fatihah setiap pagi dan petang

( selain dibacakan semasa sembahyang fardhu
/ sunat serta semasa mengerjakan amalan2 baik
yang lain ) dan hadiahkan lah pahala serta rahmatnya
kepada kedua ibu bapa kita serta ahli keluarga kita
dan muslimin muslimat keseluruhannya samada yang
masih hidup atau yang sudah meninggal dunia 
dan khusus juga kepada Nabi Muhammad s.a.w
dan ahli keluarganya serta sahabat baginda kesemuanya
dan berdoalah kepada Allah s.w.t : 

" Ya Allah, Selamat kami semua di dunia dan akhirat 
serta jauhi kami dari azab kuburMu, azab akhiratMu dan 
jauhi kami juga dari fitnah al- masih Dajjal serta fitnah
kehidupan dan fitnah kematian. "

Juga berdoalah untuk kedua ibu bapa kita :









Saturday, September 7, 2013

MALAIKAT MAUT MENCABUT NYAWA MANUSIA TIDAK KIRA MASA..

Bila Allah s.w.t hendak ambil nyawa kita, dia 
boleh ambil tanpa kira waktu melalui malaikat
mautNya bernama Izrail

Selalukan bertaubat dan bertakwa kepada Allah s.w.t
dan jagalah keselamatan diri serta keluarga.



Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: 

“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami
menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan

sebagai cubaan; dan kepada Kamilah
kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa

merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali
dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu,
nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib,

manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu
manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat
Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin

Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah
manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail
datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada
yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya
aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk
mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok

dan bergelak ketawa.’”

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih

mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah
mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa

kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita
sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa
berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?