BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Friday, August 26, 2011

ASAL USUL HARI RAYA ....

Hari ni dah hari Jumaat 26hb Ogos 2011.

Lagi 4 hari tanggal 30hb Ogos 2011 bersamaan
1 syawal 1432 hari Selasa seluruh umat islam
di Malaysia dan kawasan terdekat akan menyambut
hari raya aidilfitri.

Sudah pastinya ramai umat islam sedang bersiap2 untuk
menyambut ketibaan hari lebaran ini. 

Tapi bagaimana asal usul Hari Raya ni...

Saya terbaca satu artikle yang menarik mengenai 
asal usul dan cara sambutan hari raya masa dulu-dulu...

Artiklenya sebegini..

SEBELUM kedatangan sebarang agama ke tanah melayu,
penduduk di rantau ini seperti juga di lain-lain tempat 
di Asia Tenggara menganut kepercayaan alam roh, 
maknanya semua benda dipercayai ada rohnya tersendiri
samada pokok, binatang , serangga dan lain-lain.

Maka roh paling utama ketika itu ialah pada padi. Jadi 
tanpa adanya beras padi, orang Melayu ketika itu akan mati
dek kelaparan.

Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut 
hari menuai padi seperti mana hari perayaan pribumi Sarawak, 
Sabah. Sepertimana sambutan ini, maka begitu jugalah apa 
yang dilakukan oleh orang Melayu ketika itu.

Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk
kepada kebesaran sesuatu perayaan. Ia merupakan hari 
meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi.















Tetapi cara hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka 
bukan saja menjadi masyarakat petani tetapi juga menjadi 
bangsa berdagang. Mereka mampu membina kapal-kapal besar
untuk berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan 
keupayaan orang Melayu mewujudkan kerajaan di pesisiran 
pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi 
menarik kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India, 
Parsi dan Arab.

Di sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada 
kunjungan kapal-kapal ini, maka agama Hindu pun bertapak
di tanah melayu.

Sebagai bangsa maritim, orang Melayu sudah tidak lagi 
menyambut hari menuai sebagai hari kebesarannya 
yang utama. Dengan beragama Hindu, orang Melayu turut 
menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan. 
Dalam sambutan Diwali atau Deepavali, lampu-lampu dipasang
di keliling rumah. Suatu amalan Hari Raya yang kini sudah 
menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.

Orang Melayu memang kuat merantau ketika itu. Mereka 
berlayar di sekitar kepulauan Melayu. Walaupun terdiri 
daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia 
Melayu.

Maka setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung 
halaman seboleh mungkin untuk menemui ibu, bapa dan 
sanak saudara. Amalan balik kampung kini menjadi suatu
kemestian semasa Hari Raya dan kini terus diamalkan oleh
orang Melayu.

Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang 
Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika mula memeluk
agama Islam.


Thursday, August 18, 2011

BEDAK MUNTAH BELUT ...BOLEH DIGUNAKAN SECARA BAHAN SCRUB PADA KULIT

Apa itu SCRUB ?


Mengikut istilah kamus, antara maksud SCRUB ialah
untuk mengosok dalam usaha untuk membersihkan.




 Scrubbing atau mengosok








Kini di pasaran terdapat bermacam-macam produk
scrubbing yang punyai pelbagai khasiat tersendiri
tetapi secara kasarnya semua ini punyai hanya satu
matlamat sama iaitu untuk memberi kulit yang di 'scrub'
( terutama bahagian wajah ) menjadi bersih, berasa 
licin, gebu serta membantu langkah2 awal untuk menjauhi 
masaalah2 kulit yang tidak di ingini.

Kita tidak perlu membelanjakan wang yang banyak 
di kedai2 runcit dan juga di pasaraya2 untuk membeli 
produk2 scrub moden sebab kini produk2 tradisional juga 
mampu digunakan sebagai bahan scrub dan mampu memberi
kesan yang sama termasuklah penggunaan BEDAK MUNTAH
BELUT.

Scrubbing tidak perlu dilakukan lama cuma hanya dalam 
beberapa minit saja untuk sekali. Terpulang lah samada untuk
membuat scrubbing hari2 atau sekali saja dalam seminggu.


Dengan scrubbing atau mengosok perlahan-lahan , ia nya
memberi kesan kepada kulit hingga terkelupasnya sel2 kulit 
yang sudah mati. Memang menyeronokkan dengan melakukan 
scrubbing kepada kulit terutama bahagian wajah, ianya membantu
untuk membersihkan, melembutkan serta melembapkan kulit. 

Disini saya kongsikan cara scrubbing menggunakan BEDAK
MUNTAH BELUT :

Tuesday, August 16, 2011

INI BARU JAWATAN KOSONG YANG BETUL2...DUNIA DAN AKHIRAT


Sunday, August 14, 2011

KADAR BAYAR ZAKAT MENGIKUT NEGERI BAGI TAHUN 2011

Assalamualaikum rakan2 Blogger,
 
Hari ni dah 14 Ramadhan 1432 bersamaan 
14 Ogos 2011.
 
Harap tak ada la rakan2 blogger yang tinggalkan
puasa dengan sengaja kecuali jika uzur disebabkan
masaalah2 tertentu. 
 
Jangan la dok pakai macam2 alasan sebab tak nak 
berpuasa yang sememangnya dah jadi trend pada bulan
puasa ni tiap2 tahun seperti :

1. Sakit Gastrik

    kalau betul2 gastrik, ok la tu tapi jangan la pura2 gastrik .

2. Datang Bulan atau datang haid

    Ini untuk wanita atau pengkid yang malas untuk berpuasa .
    Jika benar2 datang bulan, memang la haram puasa tetapi 
    jika dah datang haid tiap2 hari selama sebulan ramadhan , 
    alasan ni tak boleh diterima. Mungkin ada juga kaum lelaki 
    yang nak pakai alasan ni sebab mereka rasa tak malu asalkan 
    cita2 mereka untuk tidak berpuasa tercapai..
 
3. Tersengaja / Terlupa 

    Tersengaja makan bila bersama2 rakan2. Kalau hari pertama
     berpuasa,tak pe la tapi kalau hari2 macam ni, memang tak 
     boleh terima.

4. Lupa niat

    Jika terlupa niat tanpa sengaja, elok lah berniat dengan 
    segera apabila teringat.Boleh lah teruskan puasa. Sebab tu 
    elok amalkan berniat puasa sebaik selesai sembahyang tarawikh
   ataupun sekurang2nya sebelum tidur.


5. Terlupa sahur


     Berniat sahur boleh dapat pahala tapi kalau terlupa sahur dan
   jadikan alasan ini untuk tidak berpuasa, mana boleh pakai...kan.

 
Jadi, sambil berpuasa tu dan tinggal 16 hari lagi untuk
Hari Raya Aidilfitri, jangan lah lupa tanggungjawab kita
untuk menunaikan zakat fitrah . Elakkan la dari buat 
last minit bayar contohnya beberapa minit sebelum nak
sembahyang hari raya aidilfitri. 
 
Masa tu baru la kelam kabut dan menitik peluh2 kat dahi.
Dah lah tengah bersedia untuk sembahyang sunat hari raya 
aidilfitri ditambahkan pula dengan nak bayar zakat fitrah, 
mana la tak tension masa tu. Silap2 amil zakat pun tak nak
layan dah masa tu...

Jadi elakkan ni ye....
 
Jadi kat bawah ni, saja nak kongsi kadar zakat fitrah
mengikut negeri masing2..
 
Bayar ye...jangan tak bayar...nanti tergantung pula
pahala puasa kita untuk tahun ni....
 
 

Sunday, August 7, 2011

TUMIT KAKI MENGGERUTU DAN BERKERAK2 BOLEH DIRAWAT DENGAN BEDAK MUNTAH BELUT

Pasti kita akan terasa tidak selesa bila tumit kaki 
rasa sangat kering, kasar ,bergaris-garis , menggerutu 
, pecah2 serta berkerak2.

Pastinya kita idamkan kulit yang halus, lembut dan sihat
disemua bahagian badan kita termasuklah dibahagian kaki 
serta tumit. 

Sudah pasti kita tidak mahu keadaan kaki terutama nya
tumit kita berkeadaan seperti gambar dibawah ini.

Masaalah tumit kaki sebegini tidak hanya berlaku kepada
wanita malah kepada lelaki juga.


Tumit kaki bergaris2 dan 
kering serta kasar


 Tumit yang menggerutu 
 dan berkerak2






Masaalahnya disini ialah apabila ini terjadi kepada 
kita terutama dibahagian tumit kaki :

1) Terasa malu sikit pun ada bila orang terpandang 
    keadaan tumit kita tu walaupun kita punyai wajah yang
    cantik dan menawan. Walaupun kesan tumit berkeadaan
    sebegini tidak memudaratkan pada keadaan badan tetapi
    ini pasti akan menjejaskan keadaan penampilan diri kita
    secara keseluruhannya.

2) Bila tidak pakai stokin dan berjalan2 terutama atas
   karpet berbulu, bulu2 karpet tu terasa melekat kat tumit
   dan ini menyakitkan 

3) Bila keadaan tumit kaki kasar dan bergaris2 bertambah
    teruk, ini akan mengakibatkan luka2 kecil yang amat
    pedih

4) Bila berkeadaan tumit kaki berkerak2 sebegini akan
    lebih mudah debu2 menempel ke bahagian tumit itu
    dan akibatnya tumit tu akan berkeadaan warna
    gelap dan tidak cantik

Bukan saja kita perlu menjaga kecantikan wajah serta kulit
badan dari di jangkiti masaalah2 kulit antaranya Jerawat, Ruam,
Bisul, Demam campak, Kayap ( Penggunaan ubatan tradisional
Bedak Muntah Belut sudah pun dikenali boleh bantu merawat
masaalah2 kulit ini, TETAPI kita juga pasti ingin punyai sepasang
kaki serta tumit yang cantik, sihat dan FREE dari macam2 masaalah
kulit .

Banyak artikle saya baca mengatakan jika keadaan kaki kita
bersih dan jauh dari masaalah kulit bermakna kita akan di nilai
tinggi oleh sesiapa yang ingin mendekati kita tetapi keadaan
sebaliknya akan berlaku bila keadaan kaki serta tumit kita
bermasaalah contohnya tumit menggerutu, kasar , sangat kering
dan bergaris2.

Sebab itu lah amat penting untuk menjaga keadaan kaki
serta tumit kita dengan apa jua cara samada cara ubatan
moden ataupun ubatan tradisional.

Yang punyai duit lebih tu boleh lah menggunakan kaedah 
ubatan moden yang pasti mahal $$$ harganya tetapi ubatan
tradisional memberi pilihan kepada produk yang jauh lebih
murah tetapi memberi kesan yang sama dan mungkin lebih
baik dari ubatan moden .

Antara tips yang saya boleh beri untuk menjaga keadaan 
kecantikan serta kesihatan kaki dan tumit ialah :