BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Thursday, October 31, 2013

PAHALA BUAT SEORANG ISTERI...


" Sekali suami minum air yang di sediakan oleh isterinya 
adalah lebih baik dari berpuasa setahun".

" Makanan yang di sediakan oleh isteri kepada suaminya 
seakan-akan isteri itu mengerjakan haji dan umrah".

" Mandi junub si isteri di sebabkan jimak oleh suaminya 
lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor 
kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin".



























" Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid 
dan khidmat kepada suami sebagai jihad".

" Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi 
benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap 
suami adalah menjadi tasbih (dzikir)".

" Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri 
yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya".

" Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, 
nescaya ia dimasukan kedalam syurga". 
( Hadis Riwayat Tarmizi)".


" Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembayang yang 
difardhukan di atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, 
menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya 
maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang 
ia suka".

Antara amalan yang boleh di buat untuk kebahagian suami
dan isteri :



Wednesday, October 30, 2013

20 PERKARA MEMBAWA KE SYURGA

















Dan juga banyakkan berselawat kepada Nabi saw
antaranya selawat di bawah ini yang di baca
setiap hari jumaat sebanyak 7 kali,  untuk 7 kali
jumaat berturut - turut , insyallah akan mendapat 
syafaat dari Nabi Muhammad saw di akhirat nanti...


Tuesday, October 29, 2013

HANYA KEPADA ALLAH SWT KITA BERSERAH...



















Banyakkanlah basahkan lidah dengan berzikir
antaranya ' zikir ringan di mulut tapi berat pertimbangannya '


Monday, October 28, 2013

HADIRLAH DIRI KE MASJID...RUMAH ALLAH SWT



Sunday, October 27, 2013

FADILAT MEMBACA SURAH AL BAQARAH TERUTAMA AYAT-AYAT 284-286

Setiap kali sebelum membaca ayat-ayat dari

surah Al Quran yang ingin di baca, amalkan 
membaca dulu ayat-ayat 284-286 surah Al Baqarah
sebagai pembukaan bacaan Al Quran.

Fadilatnya mengamal baca ayat-ayat 284-286 surah Al Baqarah :

1) Di akhirat kelak, Allah swt akan memberi cahaya pada
masa kegelapan kepada pengamal bacaan ayat-ayat
akhir 284-286 surah Al Baqarah ini.

2) Diberi pahala beribadah separuh malam 

3) Dijauhi gangguan syaitan dan segala bencana.


4) Abu Mas'ud Albadri r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. 
pernah bersabda yang bermaksud :

"Barangsiapa yang membaca dua ayat dari akhir surat Al-Baqarah, 
maka cukuplah baginya." (dari hal-hal yang membencikan dan 
menurut sebahagian pendapat; sama dengan bersembahyang malam) (Riwayat Bukhari Muslim) 

5) Ibnu Abbas r.a bercerita: 

Pada suatu ketika Jibrail berada disisi Baginda s.a.w., tiba-tiba 
terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan 
berkata: 

Ini sebuah pintu dilangit, pada hari ini dibuka dan turun seorang 
malaikat lalu memberi salam serta berkata: 

(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan 
oleh Allah s.w.t. kepadamu dan belum pernah diberikan kepada 
seseorang Nabi sebelum kamu, iaitu: Fatihul kitab dan akhir 
surah Al-Baqarah. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya 
melainkan pasti permintaanmu diberi) (Riwayat Muslim) 

Jadi amalkan ye...




Selepas membaca ayat-ayat 284-286 surah Al Baqarah
ini, baru lah teruskan membaca ayat-ayat dari surah
Al Quran yang ingin di baca.


LAIN2 KHASIAT-KHASIAT DALAM SURAH AL BAQARAH

Khasiat Ayat 1-5 - Penerang hati, menguatkan keyakinan
Khasiat Ayat 25 - Subur tanaman
Khasiat Ayat 70 - Mendapat yang terbaik
Khasiat Ayat 102 - Gila dan Sihir
Khasiat Ayat 125 - Bangun pada waktu yang dikehendaki
Khasiat Ayat 127 - Penawar Buasir dan menghentikan darah
Khasiat Ayat 138 - Bercelak
Khasiat Ayat 144 - Penawar Herot Muka (Stroke)
Khasiat Ayat 148 - Kecurian
Khasiat Ayat 164 - Menghafal
Khasiat Ayat 201 - Menghadapi bala. isteri solehah
Khasiat Ayat 243 - Menjaga makanan
Khasiat Ayat 255 -(Ayatul Kursi)

Saturday, October 26, 2013

DOA KEMUDAHAN UNTUK SEMUA URUSAN

Amalkan lah doa ni untuk mohon pada Allah SWT
untuk permudahkan segala urusan kita..



Friday, October 25, 2013

AZAN PALING MERDU DI DUNIA

Salam Jumaat kepada semua.

 

Doa selepas azan.


Thursday, October 24, 2013

AMALAN DOA SEMASA HAMIL




































































Wednesday, October 23, 2013

INGAT LAH 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Hargai lah masa kerana masa itu ibarat emas.

Lakukan amal kebajikan yang baik2 sebagai bekalan 
di akhirat kelak.

Banyakkanlah berzikir :




Ingat lah 5 perkara sebelum 5 perkara...












Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: ''Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah 
berlaku peredaran yang terlalu singkat umpama setahun 
bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu 
bagaikan sehari, sehari bagaikan sejam dan sejam bagaikan 
sekelip mata. - Riwayat Ahmad

Allah SWT berfirman:
Maksudnya: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam 
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, 
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta 
berpesan-pesan dengan kesabaran. - [al-‘Ashr 103:1-3]

"Laksanakan segera amal soleh karana tujuh hal: sebelum 
datang kemiskinan yang membuatkan kamu lupa, kekayaan 
yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan 
yang melumpuhkan, kematian yang mendadak, kemunculan 
dajal sebagai makhluk terjahat yang sentiasa mengintip dan 
datangnya kiamat yang sangat mengerikan." (HR Tirmidzi).

Tuesday, October 22, 2013

KHASIAT BUAH BELIMBING BULUH
















1. Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. 
Daunnya apabila digiling halus dan dilumur boleh 
menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, 
sakit-sakit sendi serta panau.

2. Jika direbus, ia boleh mengubati batuk, menurunkan 
tekanan darah tinggi dan pitam. Untuk menghilangkan 
batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh dengan 
sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah 
dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. 
Seterusnya direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian 
minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, 
3 kali sehari.

3. Untuk anda yang ada darah tinggi, petik 3 biji buah 
Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air 
rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.

4. Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, mandikan 
dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.

5. Juga belimbing buluh ni boleh dijadikan ulam atau
sebagai campuran masakan antaranya masak gulai lemak
kuning cili padi dan sebagai campuran dalam sambal. Mesti
sedap dan terliur ni masa makan....

Sunday, October 20, 2013

AMALKAN SAPU DENGAN BEDAK MUNTAH BELUT UNTUK RAWAT MASAALAH BISUL...INSYALLAH SEMBUH BISUL TU

Bisul















Insyallah bisul sembuh dengan rawatan bedak 
muntah belut...


Sapukan dengan larutan Bedak Muntah Belut

Saturday, October 19, 2013

DOA PERBAIKI DIRI DAN DOA PERGANTUNGAN KEPADA ALLAH SWT


















Friday, October 18, 2013

MACAM MANA NAK PASTIKAN SOLAT KITA DI JAGA DAN DI TERIMA OLEH ALLAH SWT

Selalu jawab azan bila azan berkumandang.

Ambil wudhu dengan niat ikhlas.
Ikut tertib wudhu.












































Amalkan dulu solat sunat wudhu sebelum solat sunat
rawatib dan solat fardhu.

Cara solat sunat wudhu.








Rakaat pertama solat sunat wudhu, baca : 
surah Al-fatihah ( 1 kali ) 
surah Al-ikhlas ( 3 kali )

Rakaat kedua solat sunat wudhu, baca :
surah Al-fatihah ( 1 kali ) 
surah Al-ikhlas ( 1 kali )
surah Al-falaq ( 1 kali )
surah Al-nas ( 1 kali )

Tunaikan pula solat sunat rawatib.
Cara solat sunat rawatib.










Tunaikan solat fardhu dengan tertib rukunnya .
Pada hari jumaat, solat fardhu zohor digantikan 
oleh solat jumaat.


















Dirikanlah solatmu seawal yang mungkin untuk elakkan
ular besar menemanimu di alam barzakh jika kamu selalu 
melewat-lewatkan solat.


Wednesday, October 16, 2013

BELAJAR CARA BACAAN AL FATIHAH GAYA NABI SAW - OLEH USTAZ ZAINUL ASRI









Monday, October 14, 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA DAN FADILAT PUASA ARAFAH ( 9 ZULHIJJAH )

Saya sekeluarga ingin ucapkan SELAMAT MENYAMBUT 
HARI RAYA AIDILADHA kepada semua rakan2 blogger.



















Pada hari ini 9 zulhijjah 1434H bersamaan 14 oktober
2013 adalah hari istimewa bagi seluruh umat islam kerana
hari ini umat islam yang berkesempatan menunaikan ibadat
haji di tanah suci , akan melakukan wukuf di Arafah yang 
merupakan inti dari ibadah haji. 

Manakala kepada yang belum berkesempatan untuk 
menunaikan ibadah haji, boleh juga melakukan ibadah yang
nilai pahalanya amat tinggi iaitu dengan berpuasa " Puasa
Arafah ".Hukum Puasa Arafah adalah Sunnah Muakad, yakni sunnah 
yang sangat dituntut. 

Kedatangan hari Arafah hanya setahun sekali, jadi janganlah 
disia-siakan. Kita juga digalakkan untuk berzikir dan berdoa kepada 
Allah swt pada hari ini.  

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari
dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari
Arafah. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah
dan Baihaqi).

Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:Ramai di
kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa
pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama
Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas
yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah
lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan
pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu
hari,hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata
imam Baihaqi yaitu pada kelebihan. Hadis isnad hasan dikeluarkan
oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti.

Puasa Arafah memiliki keutamaan yang luar biasa. Adapun waktu pelaksanaannya adalah seiring dengan Wukuf di Arafah (bagi yang 
sedang beribadah Haji) yakni tanggal 9 zulhijjah. 

Fadilat Puasa Arafah :

1. Dapat menghapuskan dosa selama dua tahun yakni satu 
tahun sebelumnya dan satu tahun ke depan. Sebagaimana 
disebutkan dalam hadits berikut: 

Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa hari Arafah, 
beliau menjawab, “Puasa itu menghapus dosa satu tahun 
yang lalu dan satu tahun berikutnya.” (HR. Muslim) 


Sunday, October 13, 2013

CANTIKNYA.....SEMUANYA HAK ALLAH

Saturday, October 12, 2013

ALLAH SWT MENJAWAB AL-FATIHAH YANG KITA BACA

















Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ... Pada saat kita membaca 
surat Al-Fatihah sewaktu kita Solat, banyak sekali orang 
yang cara membacanya tergesa-gesa dan 
seakan-akan ingin cepat menyelesaikan Solatnya.

Padahal disaat kita selesai membaca satu ayat dari surat 
Al-Fatihah tersebut, Allah menjawab setiap ucapan kita.

Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT berFirman : ..
"Aku membagi Solat menjadi dua bahagian, untuk Aku dan 
untuk Hamba-Ku".

Ertinya, tiga ayat diatas Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in 
adalah Hak Allah, dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan 
Hamba-Nya.

Ketika Kita mengucapkan "Alhamdulillahi Rabbil 'alamin". 
Allah menjawab : "Hamba-Ku telah memuji-Ku"....

Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Ra him", Allah menjawab : 
"Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku".

Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin", Allah menjawab :
"Hamba-Ku memuja-Ku"

Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”, 
Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku”.

Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, 
Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim 
waladdhooliin.”, Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku 
dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.” 
(H.R. Muslim dan At-Turmudzi)

Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. 
Rasakanlah jawapan indah dari Allah swt karena Allah sedang 
menjawab ucapan kita.

Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang 
lembut, sebab Malaikatpun sedang mengucapkan hal yang 
sama dengan kita.

Barang siapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan 
para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan 
kepada-Nya.”.
(H.R Bukhari, muslim, Abu Dawud dan An-Nas).

Sabda Rasulullah SAW

“Barang siapa Menunjukkan kepada Kebaikan. Maka ia memperoleh 
Pahala yang sama seperti yang melakukan atau mengamalkan 
Kebaikan itu.” (HR. Muslim, Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

Lagi indah jika dalam setiap solat kita dapat hayati maksud 
ayat2 atau surah yang di baca...barulah solat kita tu khusyuk...jangan
lupa sedekahkan al fatihah kepada semua yang berada sekeliling 
kita termasuk yang sudah kembali kepada rahmatullah setiap kali 
selesai solat...dan bacalah yassin selepas subuh, insyallah 
Allah swt akan berikan dan lapangkan rezeki kita berterusan dan 
tanpa diduga..yang penting kena yakin, dan ingatlah kepada 
Allah swt sentiasa dan Allah akan ingat kepada kita juga...

Friday, October 11, 2013

AZAN YANG MERDU BAK BULUH PERINDU

Merdu sungguh suara bilal ini melaungkan azan. 

Bila dengar azan ni, membuat kita sedar setiap 
kelebihan itu adalah satu pemberian dan pinjaman
dari Allah.

Bila2 masa saja akan di tarik balik oleh Allah SWT
dan kita semua akan kembali kepadaNYA.

Thursday, October 10, 2013

RAHSIA SOLAT TAHAJJUD

Sejarah telah mencatat bahwa Rasulullah saw dan para 
sahabat selalu melaksanakan solat tahajjud. 

Solat tahajjud adalah solat yang sangat mulia dan 

keajaiban melaksanakan solat tahajjud ini telah tercatat 
dalam alquran.













































Antara keajaiban solat tahajjud seperti berikut ini:

1. Solat Tahajjud sebagai tiket masuk surga 
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku 
dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah,

“Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah 
makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah solat malam 
saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk 
surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).

2. Amalan yang menolong di akhirat 

Allah SWT berfirman,

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada 
di dalam taman-taman surga dan di mata air-mata air, 
seraya mengambil apa yang Allah berikan kepada mereka.

Sebelumnya mereka adalah telah berbuat baik sebelumnya 
(di dunia), mereka adalah orang-orang yang sedikit tidurnya 
di waktu malam dan di akhir malam mereka memohon 
ampun kepada Allah).”
(QS. Az Zariyat: 15-18)

Ayat di atas menunjukkan bahwa orang yang sentiasa 
bertahajjud, insya Allah akan mendapatkan balasan yang 
sangat nikmat di akhirat kelak.

3. Pembersih penyakit hati dan jasmani

Salman Al Farisi berkata, Rasulullah saw bersabda,

“Dirikanlah solat malam, karena sesungguhnya solat malam 
itu adalah kebiasaan orang-orang shaleh sebelum kamu, 
(solat malam dapat) mendekatkan kamu kepada tuhanmu, 
(solat malam adalah) sebagai penebus perbuatan buruk, 
mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit 
yang menyerang tubuh.”
(HR. Ahmad)

4. Bantu meraih kemuliaan

Rasulullah saw bersabda,

“Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah 
sesukamu, karena engkau akan mati, cintailah orang yang 
engkau suka, karena engkau akan berpisah dengannya, 
lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan 
balasannya, ketahuilah bahwa sesungguhnya kemuliaan 
seorang muslim adalah solat waktu malam dan 
bukan di muliakan orang lain.” (HR. Al Baihaqi)

5. Jalan mendapatkan rahmat Allah swt 

Abu Hurairah r.a berkata bahwa Rasulullah saw bersabda,

“Semoga Allah merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu 
melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika sang 
isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, 
merahmati perempuan yang bangun malam, lalu solat dan 
membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia 
memercikkan air di wajahnya.”
(HR. Abu Daud)

6. Permohonan di makbulkan

Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang 
menunaikan solat tahajjud dengan ikhlas. Rasulullah saw 
bersabda, “Dari Jabir berkata, bahawa nabi saw bersabda, 
“Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika 
seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti 
Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)

7. Penghapus dosa dan kesalahan

Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah saw 
bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan 
orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, 
dan penghalang berbuat salah.”
(HR. At-Tirmidzi)


Tuesday, October 8, 2013

MENGUNDANG RASULULLAH SAW KE DALAM MIMPI

Banyakkanlah berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.






Seorang tokoh sufi mengatakan bahawa makam tertinggi 
dan kenikmatan puncak yang dapat dicapai oleh seseorang 
di dunia adalah berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w 
dalam keadaan jaga... Perkara ini tentu sangat berat dan 
hanya dapat dicapai oleh orang tertentu sahaja.

Namun, berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w dalam mimpi 
pun sama dengan melihat baginda dalam keadaan jaga, 
sebagaimana disebutkan dalam sabda baginda s.a.w: "barang 
siapa melihat aku dalam mimpi, maka ia telah melihat aku 
dalam keadaan jaga."

Juga jika seseorang mimpi berjumpa dengan nabi Muhammad s.a.w, 
maka dapat dipastikan bahawa yang dilihatnya adalah benar-benar 
nabi Muhammad s.a.w.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w :" Sesiapa melihatku di dalam
tidur sesungguhnya ia benar-benar melihatku. Sesungguhnya
syaitan tidak dapat menyerupai diriku. Sesiapa yang melihatku
di dalam tidur maka ia akan melihatku ketika jaga. "

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
" Sesungguhnya akan datang suatu masa, di mana seseorang 

ingin ( dapat ) melihat aku, maka itu di anggap lebih untung
baginya daripada mendapat ( seperti ) keluarga dan hartanya."

Habib Ali al-Jufry menggaris 4 panduan untuk bermimpi 
bertemu Rasulullah SAW dalam mimpi, iaitu:

-Banyakkan selawat ke atas baginda s.a.w
-Agungkan sunnah Rasulullah s.a.w
-Sentiasa lahirkan kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w
-Sebarkan dakwah baginda dan berkhidmat sesama manusia..

Dikongsikan antara cara untuk mengundang Al-Habib 
Rasulullah s.a.w ke dalam mimpi : 

1-Membaca surah al-Qadr
  -Barang siapa yang membacanya pada waktu terbit dan 
tenggelamnya matahari sebanyak 21 kali, nescaya akan 
mimpi bertemu Rasulullah s.a.w

2-Membaca surah al-Kautsar. Barang siapa membacanya 
pasa waktu malam sebanyak 1000 kali nescaya akan mimpi 
bertemu Rasulullah s.a.w

3-Disebutkan di dalam kitab al-Asrar: "Sebahagian ulama 
berkata, bahawa barang siapa membaca surah al-Qadr 
sebanyak 1000 kali pada hari jumaat, nescaya dia tidak 
akan meninggal sebelum mimpi bertemu Rasulullah s.a.w"

4-Sebahagian Syeikh berkata: "Sesungguhnya barang siapa 
membaca surah a-Quraisy pada pertengahan malam jumaat 
sebanyak 1000 kali lalu tidur dalam keadaan wuduk, nescaya 
akan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w dan akan tercapai 
maksudnya."

5-Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA bahawa Nabi s.a.w 
bersabda:

"Barang siapa berselawat kepadaku pada hari sabtu sebanyak 
1000 kali, maka tidak akan meninggal dunia sebelum mimpi 
bertemu tempatnya di dalam syurga."


Monday, October 7, 2013

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ...




















Inilah doa yang diajarkan Rasulullah Saw agar diri dan 
keluarga dihindarkan dari kejahatan manusia, binatang, 
dan bala bencana.

Ø¥ِÙ†َّ رَبِّÙŠَ اللَّÙ‡ُ Ù‡ُÙˆَ الَّØ°ِÙŠ لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ Ù‡ُÙˆَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ تَÙˆَÙƒَّÙ„ْتُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ رَبُّ الْعَرْØ´ِ الْعَظِيمُ ،
Ù…َا Ø´َاءَ اللَّÙ‡ُ Ùƒَانَ ÙˆَÙ…َا Ù„َÙ…ْ ÙŠَØ´َØ£ُ لاَ ÙŠَÙƒُونُ لاَ Ø­َÙˆْÙ„َ ،
Ùˆَلاَ Ù‚ُÙˆَّØ©َ Ø¥ِلاَّ بِاللَّÙ‡ِ الْعَÙ„ِÙŠِّ الْعَظِيمِ ،
Ø£َØ´ْÙ‡َدُ Ø£َÙ†َّ اللَّÙ‡َ عَÙ„َÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِيرٌ ،
ÙˆَØ£َÙ†َّ اللَّÙ‡َ Ù‚َدْ Ø£َØ­َاطَ بِÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ عِÙ„ْÙ…ًا،
Ø£َعُوذُ بِالَّØ°ِÙŠ ÙŠُÙ…ْسِÙƒُ السَّÙ…َاءَ Ø£َÙ†ْ تَÙ‚َعَ عَÙ„َÙ‰ الأَرْضِ Ø¥ِلاَّ بِØ¥ِØ°ْÙ†ِÙ‡ِ
Ù…ِÙ†ْ Ø´َرِّ ÙƒُÙ„ِّ دَابَّØ©ٍ رَبِّÙŠ آخِØ°ٌ بِÙ†َاصِÙŠَتِÙ‡َا Ø¥ِÙ†َّ رَبِّÙŠ عَÙ„َÙ‰ صِرَاطٍ Ù…ُسْتَÙ‚ِيمٍ

Inna robbiyalloohu Huwalladzii laa ilaaha illa Huwa ‘alaihi 
tawakkaltu wahuwa Robbul ‘arsyil ‘adhim. Maa syaa Alloohu 
kaana wamaa yasyaa-u laa yakuunu, laa haula walaa quwwata 
illaa billaahil ‘aliyyil ‘adhiim. Asy hadu innallooha ‘alaa kulli 
syai-in qodiir. Wa annallooha qod ahaatho bikulli syai-in ‘aliima. 
A’uudzu billadzii yumsikus samaa-i an taqqo’a ‘alal ardhi illaa 
bi-idznih min syarro kulli daabbatin robbiya aakhidzi 
binaashiyatihaa. Inna robbii ‘alaa shirhootim mustaqiim.

“Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang 
berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, 
dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung, .Apa sahaja 
yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak 
dikehendakinya tidak akan berlaku.Tiada daya dan kekuatan 
melainkan dengan izin Allah yang maha tinggi lagi maha agung.
Aku bersaksi bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu 
dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu.Aku memohon 
perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan langit 
dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan segala makhluk yang bergerak 
di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sesungguhnya 
Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus” (HR. Tirmidzi).

Abu Darda r.a menjelaskan bahwa ia mendengar Nabi Saw bersabda: 
“Siapa yang mengamalkan doa ini (doa di atas) dibacakan 
pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat hal yang tak 
diinginkan terjadi pada menimpa diri, anak-anak, pasangan, 
dan rumahnya” (HR. Thabrani). 

Sunday, October 6, 2013

AMALAN DI BULAN ZULHIJJAH 1434H

Bulan Zulhijjah adalah bulan mengerjakan haji bagi 
sesiapa yang mampu yang melengkapkan rukun ISLAM 
bagi seseorang Muslim dengan ganjaran yang menanti 
bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur 
ialah Syurga. 



















Rasulullah s.a.w bersabda :

“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat 
(penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah 
itu.  Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga.”
(HR al-Bukhari & Muslim)


Hafsah r.a. menceritakan; “Empat amalan yang tidak 
ditinggalkan Rasulullah s.a.w. iaitu; puasa ‘Asyura, 
puasa al-‘asyr, puasa tiga hari pada setiap bulan dan 
solat dua rakaat sebelum subuh”. 
(Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai)

Menurut ulamak hadis; maksud puasa al-‘asyr dalam 
hadis di atas ialah hari pertama Zulhijjah hingga hari 
ke sembilannya. Disunatkan berpuasa pada hari-hari 
tersebut terutamanya pada hari ke sembilan iaitu hari ‘Arafah.

Selain berpuasa, kita juga digalakkan beramal dengan 
amalan-amalan kebaikan pada hari-hari tersebut kerana 
Nabi s.a..w bersabda dalam hadis yang lain; “Tidak ada 
hari yang paling disukai Allah untuk melakukan amal soleh 
melebihi hari-hari tersebut (yakni hari-hari awal Zulhijjah 
tersebut)” (Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.) 

Amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam bulan Zulhijjah :

1) Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan 
   sebaik-baik amalan.

2) Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunat 
    sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.

    Memperbanyakkan takbir dan berzikir. Imam al-Bukhari  
    meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah selalu 
    keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai 
    dengan lafaz ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, 
    wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa Lillahil Hamdu.”

    Bertaubat dengan meninggalkan segala maksiat dan dosa, 
    semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan 
    rahmat Allah. Maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya 
    seorang hamba daripada rahmat Allah, manakala ketaatan pula 

    adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

    Memperbanyakkan amalan salih terutama amalan sunat 
    tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, 
    membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah 
    kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya digandakan 

    pada hari berkenaan.

    Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada 
    waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu 
    solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

    Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat haji, disunatkan 
    bertakbir bermula dari waktu Subuh hari raya dan berakhir 
    sehingga waktu Asar pada hari 13 Zulhijjah.

3) Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah

    Dari Abu Qatadah r.a berkata, Rasulullah s.a.w
    pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian 
    baginda menjawab yang maksudnya:

    “Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu 
     dan setahun akan datang.”

     (HR Muslim)