BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Sunday, October 6, 2013

AMALAN DI BULAN ZULHIJJAH 1434H

Bulan Zulhijjah adalah bulan mengerjakan haji bagi 
sesiapa yang mampu yang melengkapkan rukun ISLAM 
bagi seseorang Muslim dengan ganjaran yang menanti 
bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur 
ialah Syurga. 



















Rasulullah s.a.w bersabda :

“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat 
(penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah 
itu.  Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga.”
(HR al-Bukhari & Muslim)


Hafsah r.a. menceritakan; “Empat amalan yang tidak 
ditinggalkan Rasulullah s.a.w. iaitu; puasa ‘Asyura, 
puasa al-‘asyr, puasa tiga hari pada setiap bulan dan 
solat dua rakaat sebelum subuh”. 
(Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai)

Menurut ulamak hadis; maksud puasa al-‘asyr dalam 
hadis di atas ialah hari pertama Zulhijjah hingga hari 
ke sembilannya. Disunatkan berpuasa pada hari-hari 
tersebut terutamanya pada hari ke sembilan iaitu hari ‘Arafah.

Selain berpuasa, kita juga digalakkan beramal dengan 
amalan-amalan kebaikan pada hari-hari tersebut kerana 
Nabi s.a..w bersabda dalam hadis yang lain; “Tidak ada 
hari yang paling disukai Allah untuk melakukan amal soleh 
melebihi hari-hari tersebut (yakni hari-hari awal Zulhijjah 
tersebut)” (Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.) 

Amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam bulan Zulhijjah :

1) Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan 
   sebaik-baik amalan.

2) Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunat 
    sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.

    Memperbanyakkan takbir dan berzikir. Imam al-Bukhari  
    meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah selalu 
    keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai 
    dengan lafaz ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, 
    wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa Lillahil Hamdu.”

    Bertaubat dengan meninggalkan segala maksiat dan dosa, 
    semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan 
    rahmat Allah. Maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya 
    seorang hamba daripada rahmat Allah, manakala ketaatan pula 

    adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

    Memperbanyakkan amalan salih terutama amalan sunat 
    tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, 
    membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah 
    kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya digandakan 

    pada hari berkenaan.

    Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada 
    waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu 
    solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

    Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat haji, disunatkan 
    bertakbir bermula dari waktu Subuh hari raya dan berakhir 
    sehingga waktu Asar pada hari 13 Zulhijjah.

3) Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah

    Dari Abu Qatadah r.a berkata, Rasulullah s.a.w
    pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian 
    baginda menjawab yang maksudnya:

    “Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu 
     dan setahun akan datang.”

     (HR Muslim)





4) Solat sunat Hari Raya Haji / Aidiladha 

    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

   “Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari 
    istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa 
    daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya 
    Aidiladha.”

   (HR Abu Daud:  1134, al-Albani mensahihkannya di dalam 
    as-Silsilah as-Sahihah: 2021)

5) Menyembelih haiwan korban selepas Solat Hari Raya korban

    Disyariatkan amalan korban iaitu menyembelih haiwan 
    ternakan pada hari raya haji dan hari Tasyriq (11, 12 dan 
    13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah amalan nabi Allah 
    Ibrahim AS setelah Allah SWT mengujinya dengan perintah 
    menyembelih anaknya Ismail AS tetapi ditebus ujian itu 
    dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

   Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

   “Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai 
    ALLAH ialah menyembelih korban.  Sesungguhnya ia akan 
    datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan 
    bulu-bulunya.  Sesungguhnya ALLAH akan menerima 
    penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi.  
    Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban 
    itu.”

   (Ibn Majah:  3117 dan at-Tirmizi:  1412)

6) Amalan hari terakhir dalam bulan Zulhijjah

   ‘Doa Awal Tahun’ dibaca ketika menjelang masuknya tarikh 
   1 Muharam. Doa ini adalah rentetan daripada ‘Doa Akhir Tahun’ 
   yang telah dibaca di penghujung waktu Asar hari terakhir pada 
   29 atau 30 Zulhijjah tahun sebelumnya.

   Doa Awal Tahun boleh dibaca tiga kali yang dilakukan 
   selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam.


  Dengan doa ini kita sebagai Mu’min, memohon kepada Allah SWT 
  agar dalam memasuki tahun baru ini, kita dapat meningkatkan 
  amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.

0 komen: