BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Tuesday, September 28, 2010

APA ITU GAMAT ??

Sebelum saya menceburi perniagaan air gamat , minyak gamat
bersama-sama Bedak Muntah Belut ini, saya pun pernah
bertanya pada diri sendiri : Bagaimana rupanya Gamat ?

Saya tahu bagaimana rupanya Bedak Muntah Belut tapi
bagaimana pula rupa gamat .

Mungkin ada antara rakan2 blogger tahu dan pernah tengok
rupa Gamat atau mungkin ada yang belum.

Sebenarnya Gamat itu adalah sejenis hidupan laut dan kalau kita
perasan masa kita memgunjungi pasar basah , kita pasti
akan terserempak dengan Gamat ini. Ia selalunya dijual
bersama-sama sotong kembang.

Sunday, September 26, 2010

PENYAKIT KULIT KURAP : BOLEH DISEMBUH DENGAN MINYAK GAMAT

Rakan2 blogger,

Saya sudah beritahu tentang khasiat Bedak Muntah Belut untuk
menyembuhkan masaalah2 kulit antaranya Ruam, Jerawat, Bisul,
Jeragat, Kayap, rekahan tumit kaki dan Benjol di dahi akibat terhantuk.
Untuk penyakit kulit KURAP pula , tahu kah anda Minyak Gamat
juga mampu menyembuhkan penyakit KURAP ini. Memang gatal
sangat2 andai terkena penyakit Kurap ini. Lagi garu..lagi sedap...
tapi lama2 kawasan digaru tu akan berair dan menjadi pedih
terkena air...


Kurap di celah jari

Thursday, September 23, 2010

CARA SAPU BEDAK MUNTAH BELUT DI BAHAGIAN MUKA

Salam rakan2 blogger,

Di posting sebelum ini, saya sudah tunjukkan cara bancuhan
Bedak Muntah Belut ini yang dilarutkan bersama air gamat
sebelum di pakai.

Di sini, saya tunjukkan pula cara pakai Bedak ini pada
bahagian muka.

1) Bedak ini boleh disapu samada pada bahagian2 tertentu
di muka yang punyai masaalah kulit untuk rawatan .


2) Ataupun boleh juga disapu ke seluruh muka untuk
tujuan membersihkan kulit muka.

Jika dipakai pada bahagian muka, seeloknya di pakai
sebelah malam sebelum tidur.

Monday, September 20, 2010

BREAK SAT DARI CERITA BEDAK MUNTAH BELUT : BEST NYE LAGU MAHER ZAIN - The rest of my life

Wednesday, September 15, 2010

PERTANYAAN MENGENAI HARGA JUALAN SAYA : BEDAK MUNTAH BELUT & AIR GAMAT

Salam rakan2 Blogger,

Bagaimana sambutan Hari raya rakan2 blogger semua.
Saya harap meriah dan menyeronokkan.
Tentu dapat duit raya dan juga keluarkan duit raya banyak kan...
Setahun sekali tak pe....
Saya bersyukur disini perniagaan produk bedak muntah belut ini dapat
membantu rakan2 sedikit sebanyak merawat masaalah2 kulit yang
dihadapi. Semuga sembuh berkekalan dari masaalah2 kulit tertera
di blog ini dengan amal pakai bedak muntah belut berserta air gamat ini.



Saya terima banyak permintaan dari rakan2 mengenai harga
jualan bedak muntah belut dan minta dipamerkan di blog ini.
Tapi saya minta maaf banyak2 kerana tidak dapat pamerkan
terus harga jualan bedak muntah belut di blog ini kerana sebab2
tertentu.

Apa yang saya boleh buat ialah bila saya terima saja
pertanyaan melalui sms atau melalui email saya ( ada tertera
cara hubungi saya di sebelah atas bahagian kiri blog ini ), saya akan
hantar informasi bedak muntah belut & air gamat serta harga jualannya.

Ini yang saya dapat lakukan supaya urusan jualan dapat dijalankan
secara one to one. Apa2 kemusykilan rakan2 blogger akan saya
jawab sebaik boleh mengenai khasiat bedak muntah belut serta air
gamat ini.
Saya tahu ada rakan2 blogger yang segan tanya lebih2 melalui
chat box tapi mereka lebih terbuka bila berurusan secara direct
dengan saya.
Sila hubungi saya jika berminat membeli bedak muntah belut &
air gamat...


Saturday, September 11, 2010

BENJOL BOLEH DI KECUTKAN DENGAN RAWATAN BEDAK MUNTAH BELUT

Salam Hari Raya Aidil Fitri.....

Baru2 ini, adik saya mencerita.
Anak lelakinya terantuk kepala ke batu....dan BENJOL di bahagian
dahi kepala.
Ihsan google : Gambar Benjol DI DAHI

Saya dapat tahu dan mencadangkan supaya dia spukan BEDAK MUNTAH
BELUT di kawasan BENJOL tu di bahagian dahi kepala anaknya itu
dengan bedak muntah belut.
Tak sampai 2 hari, BENJOL tu mengecut dan beransur2 hilang.
Ini satu lagi khasiat Bedak Muntah Belut ini.
Jadi, cubalah rawatan tradisional ini untuk BENJOL juga kalau ada yang
terantuk bahagian kepala kat batu ke....kat kayu keras ke...insyallah
sembuh dengan izin ALLAH.




Monday, September 6, 2010

JIWA SELAMAT & JUALAN AIR GAMAT

Salam Rakan2 Blogger,

Apa kena mengena dgn JIWA SELAMAT dan
JUALAN AIR GAMAT ?

Saya rasa ramai rakan2 Blogger yang berada di
perantauan , semestinya tidak sabar2 untuk balik
berhari raya di kampung halaman masing2.

Tapi kena ingat dan berhati2 selalu semasa memandu...
PANDU CERMAT...JIWA SELAMAT. Jangan la berlumba2
di jalanraya kerana kesian keluarga kita...jangan la
bagi mereka bersedih di hari raya ni akibat kehilangan
keluarga tersayang dek kerana kemalangan jalanraya yang tak
sepatutnya terjadi.

Tapi sambil2 berhari raya tu, jika rakan2 Blogger ada
yang punyai masaalah kulit yang tak mau baik2 dan juga tak
nak gunakan ubatan berkimia untuk rawatan , boleh la
mencuba cara tradisional pula dengan rawatan menggunakan
Bedak Muntah Belut ini.


Bedak ni boleh di larutkan dalam air gamat atau air biasa
tapi melalui pengalaman saya, larutan dalam air gamat , kesan nya
lebih cepat untuk merawat masaalah kulit.

Air gamat yang saya amalkan tak berbau. Boleh la
tempah dari saya . Banyak khasiat air gamat ni
antaranya :

- Sesuai untuk dilarutkan dengan Bedak Muntah Belut
untuk merawat masaalah kulit dan juga
- merawat luka2 ringan.

Ini rupa air gamat asli dari langkawi.




Insyallah dengan amalan yang saya kongsikan ini,
penyakit kulit ( seperti ditunjukkan di header blog ini )
akan sembuh dengan izin Allah....

Sunday, September 5, 2010

BREAK SAT : RAYA DAH DEKAT...TENGOK NI CARA-CARA NAK SEMBELIH AYAM CARA HALAL

Salam rakan2 blogger,

Hari Raya dah dekattttt sangat...Jadi mari la belajar cara-cara
nak sembelih AYAM...Mesti ikut cara HALAL no.....Tengok video ni...

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA RAKAN2 BLOGGER...

Saturday, September 4, 2010

BEDAK MUNTAH BELUT : KETERANGAN ATAS NAMA NYA

Salam rakan2 blogger,

Ramai yang bertanya dgn saya adakah disebabkan nama bedak
ini BEDAK MUNTAH BELUT maka bahan asasnya semestinya
adalah Muntah dari Belut ( sejenis hidupan air ) atau dari isi
belut tu sendiri.

TIDAK....TIDAK BENAR SAMA SEKALI.



Namanya saja BEDAK MUNTAH BELUT tapi ia tiada kaitan
langsung dengan Belut ataupun Muntahnya ataupun isi belut tu.

Saya pun kurang pasti kenapa nama bedak ini dinamakan BEDAK
MUNTAH BELUT. Semasa saya mula2 mengamal pakainya
bertahun2 dulu, nama nya pun saya tahu masa tu juga diberi
sebagai BEDAK MUNTAH BELUT.

Tetapi yang saya boleh katakan disini dengan sebab rupa bedak ini
bulat dan puith warnanya kemungkinan ini menyerupai bentuk muntah
belut jika ada sesiapa antara rakan2 yang pernah lihat bentuk muntah
belut.

Tapi yang pentingnya bukan dari segi namanya TAPI dari segi
khasiatnya merawat masaalah2 kulit secara tradisional....

Harap keterangan ini membantu sedikit sebanyak...

Selamat mencuba kepada semua yang ingin mencuba rawatan cara
tradisional dengan menggunakan bedak muntah belut ini...

Friday, September 3, 2010

Break dari cerita Bedak Muntah Belut : Ni satu lagi lagu nasyid best - Sami Yusuf - Allah akbar

Dalam hidup kita ini, berusaha dalam apa jua cara asalkan jujur dan
cara halal , kemudian berdoa dan bertawakal kepada Allah , insyallah
akan di makbulkan usaha kita itu.

Jangan la kita lupa akan Allah dan sentiasa lah bersyukur
kita kepada nya.

Thursday, September 2, 2010

Break sekejap dari cerita Bedak Muntah Belut : Maher zain - Alhamdulillah

Alhamdulillah...sentiasa bersyukur kepada nikmat yang diberikan Allah

Wednesday, September 1, 2010

CARA MEMAKAI BEDAK MUNTAH BELUT...

Salam semua rakan2 blogger ,

Ada ramai rakan2 tanya cara pakai bedak muntah belut ni.

Saya beritahu caranya sama seperti kita memakai bedak sejuk
yang kecil comel tu.
Untuk membantu menjawab pertanyaan2 ini, sini saya catitkan siri
bergambar ( dari kiri ke kanan ) dari mulanya bancuhan dengan air
gamat ke atas bedak ini ( tak ada air gamat..air biasa pun boleh
digunakan ) hingga kepada mengambil sedikit larutan bedak untuk
di pakai pada bahagian kulit yang bermasaalah.
Sila pastikan larutan bedak ini tidak cair sangat. Tambah bedak
sedikit pada larutan untuk pekatkannya.
Harap dapat membantu memahami cara pakai bedak muntah belut ini.
Cuba la rawatan untuk masaalah kulit ( yang saya sebutkan dalam
posting terdahulu ) secara tradisional menggunakan bedak muntah belut ini
dan jangan lah hilangkan warisan tradisonal kita di telan zaman moden.
Selamat mencuba....
.