Salam semua rakan2 blogger ,
Ada ramai rakan2 tanya cara pakai bedak muntah belut ni.
Saya beritahu caranya sama seperti kita memakai bedak sejuk
yang kecil comel tu.
Untuk membantu menjawab pertanyaan2 ini, sini saya catitkan siri
bergambar ( dari kiri ke kanan ) dari mulanya bancuhan dengan air
gamat ke atas bedak ini ( tak ada air gamat..air biasa pun boleh
digunakan ) hingga kepada mengambil sedikit larutan bedak untuk
di pakai pada bahagian kulit yang bermasaalah.
Sila pastikan larutan bedak ini tidak cair sangat. Tambah bedak
sedikit pada larutan untuk pekatkannya.
Harap dapat membantu memahami cara pakai bedak muntah belut ini.
Cuba la rawatan untuk masaalah kulit ( yang saya sebutkan dalam
posting terdahulu ) secara tradisional menggunakan bedak muntah belut ini
dan jangan lah hilangkan warisan tradisonal kita di telan zaman moden.
Selamat mencuba....
4 komen:
salam alya..
teringat masa kecik2 dulu.bedak ni popular sangat.bedak inilah yg kami guna..smpai jerawat pun tak berani nak tumbuh..
cam bgus je bedak ni kak..cm bedak sejuk je..:D
baguslah bedak ni..macam2 boleh guna,nak pulak pd kulit bermasalah.brp harganya..
sis i baru pertama kali guna...muka gatal2 sbb elegik seafood..dia jadi gatal2...pakai je bedak sejuk nie...terus panas muka...panas sgt...adakah dia ok atau x?
Post a Comment