BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Monday, July 27, 2009

Al Fatihah untukmu



Al Fatihah buat pengarah tersohor Malaysia. Peninggalan filem-filemmu akan sentiasa menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Iklan-iklanmu akan sentiasa dirindui... terutama ketika menjelangnya hari raya.
Kita kehilangan lagi seorang manusia yang dikurniakan kebolehan yang luar biasa. Almarhum Yasmin Ahmad punya pandangan yang jauh tentang masyarakat majmuk ini.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Yasmin binti Enom Yon...

Sunday, July 5, 2009

Layannnn....

Apa itu

Pyzam Glitter Text Maker

Satu sumber perasaan yang mengundang suasana gembira dan bahagia dengan nilai yang amat tinggi. Cinta itu cukup indah jika bijak menilaikannya. Ia satu anugerah dari Yang Maha Penyayang yang bukan diberi pada semua manusia. Ada diantara kita yang tidak pernah jatuh cinta atau merasai diri dicintai. Jangan sesekali mensia-siakan nilai cinta yang tiada tolok bandingnya ini.


Cinta bukan mainan kata-kata tetapi pengikat kasih sayang. Bila cinta bersemarak dalam jiwa sepi terasa tatkala berpisah, kemudian merindui untuk kembali bersama.

Perpisahan membuat rindu mencengkam jiwa. Tetapi ada juga perpisahan yang membuat hati bertambah liar, bukan bertambah rindu.

Friday, July 3, 2009

Pyzam Glitter Text Maker

Sesungguhnya amat sukar sekali memberikan tafsiran tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kebahagiaan. Memang benar jika dikatakan kebahagiaan yang sebenar itu berada di hati. Jika benarlah anggapan itu, mengapa masih was-was? Bersalahkah menikmati bahagia atas derita orang lain? Apa hak mereka untuk menilai kebahagiaan yang sedang dikecapi?

Sesekali memang terasa bersalah. Namun takdir sudah menentukan. Milik dia sudah menjadi milikku sekarang. Salahkah?
Tak disangka dia menginginkan. Bukan saudara tua yang jadi pilihan. Sedarlah pihak ini bukanlah punca perpisahan. Izinkan putik-putik cinta kami berkembang di taman.

Wednesday, July 1, 2009

Derita

Memang banyak deritanya. Dulu dia dihampakan ibu, sekarang dihancurkan oleh orang yang dianggap kekasih. Rupanya dia tiada perasaan cinta. Luluh...Pilu...Kecewa...
Kebahagiaan yang diharap menjadi miliknya, kini hanya dapat dilihat dari jauh. Dekat tapi jauh... Mengapa derita yang datang?? Sudah jatuh ditimpa tangga..
Dia harus tabah. Setabah Atuk dalam menghadapi kehidupan hari tua bersama Opah yang sakit. Dia tidaklah seteruk Opah. Dia masih boleh bezakan antara realiti dan fantasi.
Mengapa kehadiran jejaka ini tidak dapat diterima? Jejaka ini lebih ikhlas dari si dia. Jejaka ini lebih prihatin dari si dia.
Itulah hakikat kehidupan seorang manusia yang tidak lekang dari masalah hidup samada yang diciptakan sendiri atau disebabkan oleh alam. Semuanya sudah tertulis....Redhakah dia?