
Saya terbaca dalam satu blog kegemaran saya tentang sasaran penulis.
Rupa-rupanya setiap penulis mesti ada sasaran
Kepada siapa dia nak tujukan bahan bacaannya itu
Apa sebenarnya yang saya tahu tentang bab ini?
Ah! Begitu naifnya saya
Malu jika dibaca oleh penulis2 yang lain
Kenapalah si penulis ni begitu jahil pasal penulisan?
Setiap kali saya menulis, saya tak pernah adakan sasaran.
Tapi adakah saya hentam kromo jer?
Rasanya tak jugak
Patutlah tulisan saya selalu tak menjadi.
Apa niat saya masa menulis, ek...
Sekarang saya mesti fikirkan siapakah yang akan menjadi sasaran saya kini
Sahabatkah??
Wednesday, May 19, 2010
Naif sungguh!!
Thursday, January 21, 2010
Sinopsis lak...
Salam....
Atas permintaan, saya tulihlah sinopsis utk novel yg tlh saya baca tu. Tajuknyer masih sama iaitu 'Andai itu Takdirnya'
Kisahnya berkisar tentang persengketaan rumahtangga antara Aleya dan Syed Aizril. Perkahwinan antara dua darjat, gitu... Tambah konflik bila mahligai yang dibina bukan atas dasar cinta. Kena tangkap khalwat, beb. Walaupun mereka adalah rakan sekuliah namun tidaklah rapat. Kenal gitu-gitu jer.
Syed Aizril ni dah dirancang utk dinikahkan dgn sepupunya, tapi tak jadi sebab kejadian yang mengaibkan. Kerana malu dan ego, Syed Aizril sanggup mencederakan dan memalukan isterinya. Bagaimana? Bacalah sendiri..... uhukz
Setelah Aleya ambil keputusan untuk keluar rumah, barulah si Aizril ni merasa sayang dan rindu kepada Aleya. (Biasalah tu) Setelah insaf, bersatulah mereka semula. Tapi sepupu Aizril tak puas hati, masih ingin berkahwin dgn Aizril. Macam2 dia buat untuk memisahkan Aleya dan Aizril. Untuk menambahkan kesedapan cerita, Aleya diberi penyakit yg merbahaya. Sampai satu peringkat jadi begitu kritikal. Ingat nak mati, tapi rupanya masih panjang lagi usia Aleya dlm novel tu.(Hish, macam takde perasaan sedih langsung)
Setelah beri peluang kali kedua kepada Aizril untuk bertaubat, barulah mereka hidup bahagia. Habis cerita..... gitulah serba ringkas jalan cerita novel tersebut.
Untuk mengetahui lebih mendalam, bacalah buku ni dan alamilah sendiri kesedihan dan kepedihan hati Aleya.
Itu saja yang boleh saya sampaikan. Semoga berpuas hati,ek....
Wednesday, January 20, 2010
Andai itu Takdirnya
Salam
Saya baru habis baca buku ini. Dulu kak ipar ada kata, buku ni sedih sampai nangis2.Dia pesan suruh sediakan kotak tisu bila nak mula baca. Hah! betul ke buku ni begitu hebat? Tapi sapa tak kenal Siti Rosmizah, kan?
Saya pun mulalah baca. Bila tiba bab 37, fulamak! Betullah. Saya tersedu sendirian. Malu dgn suami terus saya tutup buku dan tidur. Esok bila perasaan dah reda, saya sambung semula Ah! nangis lagi..... susahnya nak habiskan buku ni, asyik nangis jer...
Saya salute penulis ini kerana berjaya memainkan perasaan setiap pembaca. Syabas!!
Friday, July 3, 2009
Sesungguhnya amat sukar sekali memberikan tafsiran tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kebahagiaan. Memang benar jika dikatakan kebahagiaan yang sebenar itu berada di hati. Jika benarlah anggapan itu, mengapa masih was-was? Bersalahkah menikmati bahagia atas derita orang lain? Apa hak mereka untuk menilai kebahagiaan yang sedang dikecapi?
Tak disangka dia menginginkan. Bukan saudara tua yang jadi pilihan. Sedarlah pihak ini bukanlah punca perpisahan. Izinkan putik-putik cinta kami berkembang di taman.
Wednesday, July 1, 2009
Derita
Memang banyak deritanya. Dulu dia dihampakan ibu, sekarang dihancurkan oleh orang yang dianggap kekasih. Rupanya dia tiada perasaan cinta. Luluh...Pilu...Kecewa...
Kebahagiaan yang diharap menjadi miliknya, kini hanya dapat dilihat dari jauh. Dekat tapi jauh... Mengapa derita yang datang?? Sudah jatuh ditimpa tangga..
Dia harus tabah. Setabah Atuk dalam menghadapi kehidupan hari tua bersama Opah yang sakit. Dia tidaklah seteruk Opah. Dia masih boleh bezakan antara realiti dan fantasi.
Mengapa kehadiran jejaka ini tidak dapat diterima? Jejaka ini lebih ikhlas dari si dia. Jejaka ini lebih prihatin dari si dia.
Itulah hakikat kehidupan seorang manusia yang tidak lekang dari masalah hidup samada yang diciptakan sendiri atau disebabkan oleh alam. Semuanya sudah tertulis....Redhakah dia?
Tuesday, April 21, 2009
Promo MJK
SETELAH selesai membuat model rumah yang bersaiz kecil bagi assignmentnya, Zahierpun mulalah berkemas-kemas untuk pulang. Ferhan telahpun pulang awal petang tadi. Hendak bermain bola katanya. Zahier membawa model-model tadi secara bertingkat-tingkat. Dia begitu berhati-hati menuruni anak-anak tangga menuju ke tempat letak kereta. Beberapa orang pelajar turut menuruni tangga dan cuba mengelak dari berlanggar dengan Zahier. Yang mengenali Zahier menegurnya sebelum berlalu pergi. Zahier hanya sekadar mengangguk tanpa melihat rakan-rakannya.
Ketika dia memijak anak tangga terakhir, kakinya tiba-tiba tersadung seekor anak kucing yang sedang melintas. Habis model-modelnya melambung ke atas lalu tercampak ke tanah semasa Zahier tersungkur jatuh.
“Ya Allah! .. saudara tak luka ke?” Pantas seorang pelajar perempuan yang kebetulan lalu di situ membantu mengutip model-model Zahier yang berserakan.
Zahier segera bangun dan mengesat-ngesat pasir pada seluarnya. Dia hanya memandang ke arah anak kucing yang mengiow kesakitan dan berlari pergi. Sambil menggeleng kepala penuh kesal, Zahier turut menunduk mengutip barang-barangnya yang bersepah.
“Terima kasih, cik. Sebenarnya semua ni silap saya. Tak nampak jalan,” tutur Zahier melindung dirinya yang agak terkejut setelah terpijak ekor anak kucing tadi.
“Lain kali jangan bawak terlalu banyak barang sehingga menutup pandangan. Kesian, habis rosak model-model awak ni. Mari saya tolong bawakan ke meja batu yang berdekatan tu,” Nabihah mempelawa dengan nada perlahan. Ditangannya penuh dengan pecahan kad yang dikutipnya tadi. Sesekali dia membetulkan kedudukan beg sandang dibahunya.
Kelembutan suara Nabihah meruntun perasaan Zahier. Dia mengangguk dengan perlahan dan menyambut lebihan model yang dihulur. Matanya tidak mengerdip walau sesaat memandang wajah Nabihah yang tenang itu.
“Saudara, tak baik merenung wanita begitu. Takut nanti dirayu syaitan,” tegur Nabihah dengan tenang dan lembut. Walaupun sebenarnya tatapan dan senyuman yang dibingkiskan untuknya mengundang keresahan di jiwa.
“Nabi Isa a.s pernah berpesan: ‘Takutlah kamu sekalian pada pandangan kerana sesungguhnya ia dapat menumbuhkan syahwat di dalam hati dan cukup menimbulkan fitnah (godaan) kerana pandangan itu’, jadi saya syorkan supaya saudara berhati-hatilah,” pesan Nabihah lagi.
Zahier tersipu-sipu mengalihkan pandangan ke modelnya.
Nabihah meletakkan cebisan-cebisan model tadi di atas meja batu bulat yang tersedia di situ.
“Letakkan semuanya di sini. Awak boleh siapkannya semula. Bila sudah selesai, awak boleh bawak balik. Terpulanglah pada awak. Saya nak balik dulu.” Nabihah tenang bersuara. Dia menolak kaca matanya sedikit. Matanya yang redup memerhatikan Zahier yang tercegat di sisi meja.
“Saya ingatkan awak nak tolong saya betulkan semula model saya ni. Sebenarnya saya boleh membuatnya di rumah saja tadi. Tak mengapalah saya bawa balik kesemuanya. Terima kasih kerana sudi membantu saya mengutip barang-barang ni tadi.” Zahier tersenyum memandang cara Nabihah menolak kaca matanya ke hidungnya yang mancung itu. Begitu mengasyikkan.
Nabihah terdiam. Dia tersalah tafsir rupanya. Dia ingatkan pemuda itu memerlukan bantuan dengan segera. Kini giliran Nabihah tersipu malu.
“Tak elok kalau cuma kita berdua saja di sini. Kalau awak nak balik, biar saya tolong susunkan semua cebisan ini supaya senang untuk membawanya,” balas Nabihah hormat setelah agak lama membatu.
Zahier cuma tersenyum memandang tepat ke wajah Nabihah yang berubah merah menahan malu.
“Biasalah tu, kadang kala kita ni kelam kabut nak menolong, langsung tak sempat nak bertanya keadaan yang sebenar.” Selamba Zahier berkata-kata.
“Saya fikir awak memerlukan tempat untuk betulkan semula model tu. Mungkin awak perlukannya segera. Jadi saya tawarkanlah tempat ini,” terang Nabihah,
“Tak mengapalah. Okey, see you then.” Seakan-akan tahu kegelisahan Nabihah, Zahier meminta diri. Dia memasukkan lebihan modelnya ke dalam beg plastik yang dihulur oleh Nabihah.
Nabihah hanya memerhatikan langkah Zahier menuju ke kereta bersama-sama model yang telah rosak. Nabihah tersenyum sendirian mengingatkan kesalahannya tadi.
Zahier seperti tahu dirinya diperhatikan, menoleh ke belakang lalu mengangkat tangan kepada Nabihah.
Nabihah segera menunduk, ekor matanya dilarikan ke arah lain lantaran diselar rasa malu. Dia segera beredar ke tempat menunggu bas.
Zahier tersengih melihat gelagat Nabihah. Dia terus masuk ke dalam kereta dengan senyuman masih menghiasi bibirnya.
Thursday, February 12, 2009
Definasi novel

Ketika mula-mula saya cuba menulis novel, saya tak tahu apa-apa. Terus je taip (masa tu pakai typewriter. Sampai mak marah2 sebab bising. Maklumlah taip sebelah malam). Apa saja yang terlintas dalam kepala saya tulis. Bila rasa-rasa dah habis, bagi kawan-kawan baca. Mereka mulalah bagi komen. Ada yang faham apa yang saya nak sampaikan, ada juga yang keliru. Macam-macam depa bagi komen.
So...apa yang diperlukan dalam sesebuah penceritaan?
(Ini apa yang diberitahu oleh Eka ketika saya mula-mula nak panjangkan cerpen saya menjadi sebuah novel)
Mula-mula kita perlu ada tema dan persoalan. Hah? Tema? Apa tu? Otak saya mula pusing. Tak pernah tahu sebab masa kat sekolah tulis karangan pun pakai hentam jer. Saya pun carilah buku yang sesuai untuk dijadikan panduan. Barulah saya tahu yang tema itu adalah persoalan utama yang hendak dikemukakan dalam sesebuah karya. Dan persoalan tu adalah hal-hal yang diketengahkan dalam karya.
Lepas tu mesti ada mesej. La... saya mana tahu mesej apa nak disampaikan. Tapi kata Eka, mesej mesti ada baru orang nak baca. Pening kepala.......
Mesej tu adalah amanat,pesanan atau pengajaran yang hendak disampaikan oleh pengarang. Biasanya yang mengandungi moral positif.
Plot pula adalah susunan atau jalinan peristiwa dalam sesuatu cereka. Perkembangannya berdasarkan hukum sebab dan akibat. Yang ni kata Eka mesti ada klimaks dan bagaimana cara nak selesaikan masalah yang tercipta.
Watak dan perwatakan. Watak ialah tokoh yang mendukung cereka. Perwatakan pula cara pengarang melakarkan warna pada watak yang dicipta. Pangarang mesti kenal betul-betul dengan watak yang diciptanya itu. Baru nampak real....
Gaya bahasa ada banyak. Ada yang suka menggunakan ayat yang panjang (macam saya, sebab saya tak reti nak cakap direct. Mesti nak around the bush) Ada penggunaan dialog, perkataan pinjaman dan bahasa daerah, dan banyak lagi.
Latar adalah pembicaraan latar sesebuah cereka. Latar tempat, latar masa dan latar masyarakat. Memandangkan saya orang Melayu, jadi latar masyarakat saya lebih kepada kemelayuan. Budaya lain saya tak faham sangat.
Sudut pandang ialah kedudukan pencerita dalam menyampaikan ceritanya. Ada sudut pandang pertama, orang ketiga dan aliran kesedaran.
Wow! Banyak sungguh ciri-ciri sebuah novel tu. Baru saya tahu.....
Monday, February 9, 2009
Dunia penulisan

Salam semua.
Maaf kerana terlalu lama saya tidak menurunkan sebarang catatan di sini. Sibuk? Mungkin juga. Sibuk dengan perniagaan yang baru bermula dan sibuk menyudahkan novel kedua saya. Rasa macam tak cukup 24 jam yang Allah berikan. Nampaknya saya mesti pandai mengatur masa saya agar cukup untuk melakukan semuanya.
"Sekiranya hamba itu membahagi pekerjaannya yang berkenaan agama dan dunianya selepas waktu sembahyang nescaya dia akan mendapat waktu yang sangat lapang",
Wow! Silap saya...
Nah! sekarang apa yang hendak saya sampaikan hari ni?
Ramai rakan saya yang seperti tidak percaya saya boleh menulis sebuah novel. Kenapa? Susah sangat ke nak tulis? Ya, bagi mereka yang kurang membaca. Saya pun bukanlah pandai sangat menulis. Saya pun bukan dari golongan pelajar sastera yang pandai menggunakan bahasa indah ketika menulis. Buku pun baru satu. Apalah yang saya tahu tentang dunia penulisan ni.
Tapi atas dorongan dan cita-cita yang dah lama terpendam, saya kuatkan semangat untuk terus menulis. Saya beli buku tentang cara-cara menulis novel. Saya baca artikel yang berkaitan dengan penulisan. Bagi saya apa saja yang berkaitan dengan dunia baru saya ni, saya akan baca dan simpan sebagai bahan rujukan. Tentu ada yang menjuihkan bibir tatkala membaca tulisan saya ni. Tapi itulah yang saya lakukan dan masih saya lakukan.
Asy-Syaukani telah berkata:"Ramai ulama menasihatiku:'Jangan sekali-kali berhenti menulis walaupun hanya dua baris sehari.'Aku pun mematuhinya, dan kini aku dapat memetik buahnya."
Orang dulu-dulu kata, carilah ilmu sehingga ke lubang cacing (betul ke?). Ada yang dah tua dan bergelar datuk (sebab dah ada cucu) pun masih setia untuk mencari ilmu. Inikan pula saya yang masih muda tapi bukan belia (hehe).
Setuju atau tidak?
Sibuk mengarang hingga tertidur
Wednesday, January 28, 2009
Seronoknya
Alhamdulaillah, baru-baru ini saya diberitahu oleh adik saya, novel saya sudah boleh didapati di kedai buku MPH Jaya Jusco, Wangsa Maju.
Ini membakar semangat saya untuk terus menulis dan berjuang dalam bidang yang saya senangi ini.
Jika ada sesiapa yang sudi memberi pandangan yang boleh saya perbaiki penulisan saya setelah membaca novel sulung saya ini, MJK, sangat dialu-alukan....
Novel saya yang tersusun di rak di MPH Jaya Jusco, Wangsa Maju, KL
Monday, January 5, 2009
Ilham??
Ramai saudara mara dan kengkawan yg dah tahu mengenai novel saya, sering bertanya bagaimana saya dapat ilham menulis. Susah gak nak jawab. Sebab ilham ni datang dari banyak ceruk. Kadang kala ia datang ketika saya menonton tv, membaca majalah, atau pun dari kejadian yang berlaku di sekeliling saya.
Tapi untuk novel 'Memori Janji Kasih' saya dapat ilham ketika mendengar lagu Sahri AF1. Dicampur sikit dengan kisah2 yang saya baca dan saya selitkan sedikit unsur perubatan di dalamnya. Bukannya apa, at least buku saya tu taklah nampak kosong sangat isinya.
Macam itu lah bagaimana saya mula membina cerita rekaan saya. Mungkin ada sedikit persamaan cerita dengan penulis2 novel yang lain, itu biasalah. Sebab topik utama sesebuah cerita cinta tu tak boleh lari dengan halangan, perbezaan darjat, dan lain-lain unsur. Cuma yang membezakan cara penulis itu menyampaikan ideanya.
Saya berharap pembaca2 novel di sana tu dapat menerima kehadiran novel saya di persada penulisan ini. Jika nak kritik, boleh. Tapi jangan sampai ingin menjatuhkan semangat saya pulak hehe... Selamat membaca.....
Wednesday, December 24, 2008
Novel pertama saya - MEMORI JANJI KASIH
Alhamdulillah.....
Hari ni saya gembira akhirnya novel pertama saya di keluarkan.
MEMORI JANJI KASIH....menggunakan nama pena saya
NOR ALYA sepatutnya NURALYA tapi saya tak kisah sebab
dah keluar dah setelah hampir 1 tahun lebih saya menunggu.
Terima kasih kepada CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD juga
kepada editor saya Cik Norazlina yang tak jemu melayan kerenah saya.
Sila ke link ni ....
Sinopsis novel MEMORI JANJI KASIH.
"Zahier, ibumu tidak pernah merestui cinta kita. Tidak pernah sesekali mengizinkan untuk aku menyayangi anak tunggalnya. Membuat aku tertanya-tanya, salahkah pipit dan enggang terbang bersama? Lalu kutemui jawapannya. Ya! Pipit dan enggang tidak layak terbang berdua. Tidak layak menyulam harapan dan impian untuk hidup bersama. Zahier… demi sebuah ‘syarat’ yang tak mampu kukhianati, demi janji-janjiku pada ibumu, aku harus tega terima segalanya. Lalu perlukah kita teruskan impian yang sia-sia ini? Berhentilah daripada terus memburu diriku. Kerana langkahku tak panjang untuk berlari merentas benua bagi menghindari diri darimu. Cukuplah, aku telah letih untuk mendengar segala tohmahan dan kejian yang dilemparkan kepadaku. Kerana aku telah letih menyintaimu. Kerana aku telah jerih menyayangimu. Berilah ruang dan peluang untuk aku bina hidup baru, untuk aku terbang bersama sang pipit, biarpun tak
mampu terbang tinggi, namun kami serasi…"
Sila ke link ni ...
Sunday, November 9, 2008
Novel Baru saya

Amatlah gembiranya saya bila diberitahu novel saya akan dikeluarkan pada bulan Disember ni. Sekarang novel tu dalam proses grafik cover. Entah bagaimanalah bentuk cover buku saya tu nanti. Tak sabar2 rasanya nak tengok. Maklumlah novel sulung....
Saya tak tahulah jika saya boleh membuat sedikit sinopsis di sini. Takut juga nanti dimarahi pihak penerbit. Lebih membimbangkan jika saya disaman kelak. Belum keluar buku, terus di saman.. nauzubillah, dijauhi Allah...
Saya akan bertanyakan hal ini nanti bila bertemu dengan penerbit. Jika dibenarkan, saya akan tulis sedikit sinopsisnya di sini. Hmmmm tak sabar menunggu bulan 12.
Untuk para tetamu Allah, saya ucapkan selamat menjalankan ibadah haji dengan tulus ikhlas. Semoga pulang kalian nanti, mendapat haji mabrur. Buat masa ni,saya belum dapat bersama2 kalian untuk menjejakkan kaki di Mekah. Doakanlah agar saya dapat ke sana tak lama lagi.. ataupun sebelum saya menutup mata meninggalkan alam fana ini...
(Dah lari dari tajuk... lol)
Wednesday, August 13, 2008
Antara Boleh, Mampu dan Mahu
Dalam dunia penulisan, orang yang ada kepentingan dan perlu kita dengar kata-katanya dalam memastikan bahan kita diterbitkan adalah editor dan penerbit. Orang-orang lain selain dari kedua-dua ini tidak boleh menghalang kita dari menghasilkan bahan penulisan.
Faktor persekitaran juga mungkin boleh memberikan halangan dalam menyebabkan kita tidak dapat menulis. Faktor tempat kerja, faktor masa, faktor sibuk dan sebagainya. Ini berbalikAntara Boleh, Mampu dan Mahu kepada diri kita, bagaimana kita mendisiplinkan diri. Kata-kata yang perlu kita pegang adalah HANYA ORANG SIBUK SAHAJA YANG ADA MASA.
Faktor diri adalah faktor terbesar yang saya lihat menyebabkan kita tidak dapat menulis. Dalam hal ini perkataan yang lebih baik dari BOLEH adalah MAHU. Perkataan mampu mungkin juga sinonim tetapi tidak kena pada tempat apabila kita ini cukup pancaindera, ada tangan, ada kaki, ada otak, ada telinga, ada deria rasa. Semua pancaindera inilah yang memungkinkan kita boleh menulis ataupun tidak. Apabila kita hilang pancaindera ini, mungkinlah kita boleh sebut kita tidak mampu.
Ia berbalik kepada diri kita sama ada kita mahu ataupun tidak. Apabila kita ada kemahuan pasti ada jalannya. Apabila kita mahu, kita akan berusaha memastikan apa yang kita kehendaki itu dicapai. Apabila tidak tahu, kita bertanya kepada yang tidak. Apabila tidak tahu teknik, kita hadiri bengkelnya. Ia berbalik kepada diri. Faktor diri adalah faktor yang kita boleh kawal, bukannya faktor lain. Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.
Friday, August 1, 2008
Memberi Makna Kepada Penulisan
Dalam dunia penulisan seseorang penulis seharusnya boleh menjawab 3 soalan mengenai penulisannya iaitu :
1. Mengapakah dia ingin menulis
2. Apakah sebenarnya yang ditulis
3. Apakah impak yang ingin dia lihat apabila orang membaca karya dia tulis
Ketiga-tiga soalan ini nampak gaya seperti mudah, namun begitu bagi seorang penulis menjawabnya agak sukar. Ada sesetengah penulis dia menulis hanya untuk menulis. Mereka tidak melihat kepada bagaimana memberikan makna kepada penulisan. Dalam kata lain tiada apa-apa perjuangan daripada penulisannya itu.
Pada pandangan peribadi penulisan tanpa makna ataupun perjuangan adalah penulisan sia-sia. Ia tidak boleh digolongkan di dalam segmentasi buku ilmu membumi. Seorang penulis yang baik adalah penulis yang mempunyai visi dan misi dalam penulisannya.
Beliau mempunyai perjuangan tersendiri yang hanya dia rasa perlu lakukan. Apabila penulisan itu mempunyai perjuangan, ia menulis bukan dengan otak semata-mata tetapi dengan hati. Penulisan dengan hati lebih mudah meresap ke hati sanubari pembaca. Inilah jenis penulisan yang memberikan makna.
Saya ceduk dari blog mentor saya. harap maaflah sbb bukan idea saya ni. Saya pastekan kat sini agar saya senang nak ulang baca....



Time in Ipoh
Time in Mecca 
