Saya yakin ramai antara kita pernah alami
demam campak atau dalam bahasa inggeris nya,
di sebut sebagai ' Measles '.
Demam campak pada bayi
Demam campak kebiasaannya muncul seakan2 ruam
bertompok kemerah-merahan tetapi yang bahayanya
perubahan di dalam tubuh penghidapnya adalah lebih
membimbangkan berbanding tanda2 luarannya.
Disini saya cuma ingin kongsikan cara jangkitan, komplikasi
jangkitan, pantang jangan buat serta panduan / petua cara2
rawatannya .
A) Cara jangkitan demam campak :
1. Melalui penafasan
2. Melalui titisan2 air yang berjangkit ini boleh juga mendarat
atas pemukaan tubuh orang lain dimana virus penyakit ini
akan aktif dalam beberapa jam seterusnya berjangkit kepada
orang lain pula.
3. Dengan cara meletakkan jari di dalam mulut atau hidung anda
selepas menyentuh permukaan yang telah dijangkiti.
4. Berkongsi gelas yang sama dengan pesakit.
B) Komplikasi jangkitan demam campak :
1. Demam berpanjangan
2. Batuk kering dan batuk berterusan
3. Selsema dan hidung berair
4. Tompok-tompok merah kecil dengan lapisan dalam
pipi/bahagian dalam mulut berwarna putih kebiru-biruan
dikenali sebagai bintik koplik dan ruam pada kulit
yang bertompok-tompok rata dan besar, seakan
bersambung di antara satu sama lain.
5. Sakit tekak
6. Jangkitan telinga. Antara tujuh hingga sembilan peratus
pesakit campak mengalami komplikasi jangkitan telinga
yang boleh menyebabkan pekak
7. Konjunktiviti di mana mata menjadi merah jambu dan
bengkak serta menghasilkan lelehan berair atau
mengandungi nanah, jika tidak dirawat,boleh menyebabkan
buta. Mata juga sensitif/mudah silau terhadap cahaya
8. Ensefalitis. Kira-kira satu hingga dua orang daripada 1,000
pesakit campak menghadapi komplikasi ensefalitis, iaitu
radang pada otak yang disebabkan oleh jangkitan virus yang
boleh mengakibatkan muntah, konvulsi (pengecutan tidak
sengaja otot-otot yang menghasilkan peliukan tubuh dan
anggota) dan koma. Enselifitis boleh menyusul sejurus selepas
campak atau ia boleh terjadi setelah beberapa tahun kemudian,
apabila individu terbabit meningkat dewasa disebabkan oleh
jangkitan virus yang perlahan. Pesakit mungkin mengalami
masalah seperti sawan dan gangguan percakapan.
9. Pneumonia. Satu hingga enam peratus kanak-kanak yang
dijangkiti campak akan mendapat pneumonia/radang paru-paru
yang boleh menyebabkan kematian
10.Cirit-birit dan muntah. Komplikasi ini lebih lazim ditemui
di kalangan bayi dan kanak-kanak yang masih kecil
11.Bronkitis, laringitis atau krup. Campak juga boleh mendorong
kepada radang kepada kotak suara/larinks atau radang pada
dinding dalaman yang melapik laluan udara utama paru-paru/tiub
bronkial
12.Masalah kehamilan. Wanita mengandung perlu mengambil
langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan campak kerana penyakit
tersebut boleh mengakibatkan keguguran, kelahiran pramatang
dan bayi dilahirkan kurang berat badan
13.Bilangan platelet yang rendah/trombositopenia. Campak
boleh menyebabkan platelet iaitu jenis sel darah merah yang
penting untuk pembekuan darah, menjadi berkurangan.
C) Panduan kepada pesakit demam campak
1.Bawa bertenang. Dapatkan rehat secukupnya dan elakkan
daripada aktiviti yang sibuk
2.Hirup sesuatu. Banyakkan minum air, jus buah-buahan dan
teh herba bagi menggantikan cecair yang hilang dari badan
disebabkan demam dan berpeluh
3.Dapatkan bantuan bagi melegakan pernafasan. Gunakan
pelembap bagi melegakan batuk dan sakit tekak
4.Rehatkan mata anda. Jika anda atau anak anda terganggu
oleh lampu yang terang seperti pesakit campak lain, kurangkan
keterangan cahayanya atau pakai cermin mata, sekalipun pada
waktu tidur. Elakkan membaca atau menonton televisyen kerana
cahaya daripada lampu bacaan atau televisyen boleh mengganggu.
D) Pantang bila dijangkiti demam campak :
1. Jangan minum / makan benda yang mengandungi KICAP
selagi kudis@tompok2 tu x hilang....
2. Jangan GARU walaupun rasa gatal...
3. Jangan kena HUJAN atau ANGIN selagi x sembuh...
Dirisaukan parutnya jadi berlekuk dan hitam.
4. Jangan mintak doktor SUNTIKAN atau ANTIBIOTIK....
5. Bila campak dah kering, biar dia tanggal sendiri. Jangan
dikunas, nanti parut tak hilang.
6. Jika rasa gatal2, eloklah mandi. Petua orang melayu pantang
mandi tetapi doktor memang suruh mandi, Jadi terpulanglah
pada kepercayaan masing-masing.
7. Menghidu minyak yang ditumis
8. Memakai baju ketika cuaca panas
9. Bergaul dengan kanak-kanak lain kerana ia akan berjangkit