BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Sunday, May 31, 2009

I'm yours friends....



Friday, May 29, 2009

HAPPY FRIENDSHIP DAY!!!

Friends Myspace Comments









Thursday, May 14, 2009

Kelebihan Surah Al Ikhlas



Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Wednesday, May 13, 2009

Selamat Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul pun..)


Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


Tuesday, May 12, 2009

Tag dari Eka Fahara

Saya tak tahu pun ada orang yang tag saya. Bila baca blog Eka baru saya tahu. Nak jawap?? Cuba-cubalah... Nanti kalau tak sahut, dikatakan jual mahal lak.. hehehe

1. Nama timangan family :
ALONG,UMI, MAK TAM

2. Anda seorang yang ....
PENDIAM, TERLALU PENDIAM SEHINGGA ADA RAKAN2 YANG TIDAK MENYEDARI AKAN KEHADIRAN SAYA BILA BERDIRI DI SEBELAHNYA.
SUKA MENDENGAR CELOTEH RAKAN2.
TAK TAHU NAK MARAH2, SAMPAI KADANG2 DIMAINKAN ANAK2.....


3. Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa :
MAK DAN ABAH - TANPA MEREKA, SAYA TIADA DI SINI.
SUAMI TERSAYANG - BANYAK MEMBIMBING DAN MENGAJAR SAYA YANG BODOH NI
ANAK2 TERSAYANG - PENCERIA HIDUP SAYA....

4. Lagu kesukaan sekarang :
SEMUA LAGU NYANYIAN DATUK SHEILA MAJID


5. Warna kegemaran :
HIJAU,BIRU DAN SEMUA YANG BERWARNA LEMBUT

6. Benda paling wajib dalam handbag :
PURSE, HANDPHONE, I/C, PEN, BUKU NOTA KECIL, BUKU CERITA (apa2 yg sdg dibc)... yg terbaru almaklum ada anak kecil ni pampers wajib dibawa

7. Kali terakhir nangis :
TAK INGAT SEBAB SAYA JARANG MENANGIS... tengok filem Hindustan pun payah nak nangis.....

8. Tag ramai2 rakan anda :
RHEA, TEMPE, AZLINA, IRIS IXORA, EBRIZA...

Friday, May 8, 2009

BBQ di hari buruh

Sempena cuti hari Buruh yang lalu, kami sekeluarga mengadakan jamuan ringan. Adik beradik jauh dan dekat turut sama hadir memeriahkan jamuan tersebut. Kebetulan hari tu hari lahir suami kakak ipar saya. Lebih gempak lagila...