BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Monday, October 29, 2012

YA ALLAH...TERIMA LAH TAUBATKU DAN AMPUNI LAH DOSA-DOSA KU

Sama2 kita renungkan sarikata lagu ini.,
Sama2 kita renungkan diri kita sendiri dengan segala dosa2 kita.,
Dengan harapan Allah mengampunkan dosa2 kita , tidak kira dosa
zahir mahupun batin, tidak kira dosa besar mahupun dosa kecil.,
Berusahalah untuk melaksanakan segala yg diperintahkan Allah .,
Dan berusahalah meninggalkan segala yg dilarangkan Allah.

Sarikata lagu :

Wahai Tuhanku aku tak layak masuk syurgaMu
Namun aku tak sanggup masuk nerakaMu
Terimalah taubatku dan ampunilah dosa dosaku
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dosa dosa besar
Dosa dosaku bagaikan butiran pasir di pantai
Terimalah taubatku Ya Tuhan Maha Tinggi.

Dan usiaku yang semakin berkurang dari hari ke hari
Sementara dosa dosaku bertambah setiap hari.
Ya Tuhanku, hambaMu yang selalu melakukan maksiat ini telah datang kepada Mu
Yang sentiasa berbuat dosa, dan sesungguhnya telah berdoa kepada Mu.
Jika Kau beri keampunan, maka itu adalah hak Kau.
Dan jika Kau tidak pedulikan.. maka siapa lagi yang kami hendak harapkan


Tuesday, October 2, 2012

BAHAYA NYA PENYAKIT KAYAP....


Kayap di bahagian
badan






Kebelakangan ini banyak maklum balas
diterima dari rakan2 mengenai berlakunya
penyakit KAYAP atau shingles.



Saya pernah berkongsi mengenai penyakit kayap
ini di dalam posting sebelum ini. Disini saya
kongsikan lagi artikle ini dengan info tambahan
supaya sama2 kita dapat memahami masaalah
penyakit kayap ini dan bagaimana cara pantang
larang serta rawatannya.

Mengikut lapuran kesihatan, kayap atau shingles
disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali
varicella-zoster virus, atau VSZ.



Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan
chickenpox sewaktu kita masih kecil. Virus ini biasanya
akan berada dekat pangkal saraf dan ianya membiak
semula kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masaalah
seperti stress / tekanan, badan rasa lemah2, kecederaan
pada kulit dan juga akibat masaalah penyakit kanser.


Selepas jangkitan beberapa hari, bahagian kulit 
kayap itu akan menjadi kemerah2an, menjadi ruam
panas, ada yang bernanah, ada menjadi biji berbuih
dan mula menjalar.


Kawasan jangkitan :
mana2 bahagian kulit tubuh kita samada
bahagian badan, mata , ketiak mahupun bahagian
hidung.


Simtom-simptom dijangkiti kayap:
- berasa nak demam
- tekak rasa loya
- pening berpanjangan
- badan dijangkiti ruam panas
- badan rasa sengal
- hilang selera makan
- pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian
  tertentu di badan untuk jangkitan yang lebih teruk
-pesakit alami sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit
- kulit juga akan rasa gatal2
- kulit rasa geli2
- kulit terasa panas seperti terbakar
- timbul ruam2 panas.


Jenis2 penyakit kayap :
1) Kayap Ular
2) Kayap melukut
3) Kayap jagung
4) Kayap api2
5) Kayap setompok
6) Kayap selendar
7) Kayap harimau
8) Kayap bersambung (umur pendek)

Kayap Ular

- paling merbahaya dan boleh membawa maut
- boleh akibatkan badan kurus akibat hilang selera makan
- kayap jenis menjalar / melilit ( merebak )
- boleh terjadi dimana2 bahagian badan
- bermula dari tengah belakang dan menjadi semakin panjang
  sehingga mengelilingi badan ke bahagian dada
- ada juga menyerang bahagian dada saja
- boleh menyerang bahagian urat saraf ' rasa ' .
- Biasanya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris 
  mengikut lengkaran urat saraf ‘ rasa ’. Bila ini terjadi, seseorang
  akan merasa pening2 dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam
  di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata. Jika mata turut
  diserang ia kelihatan merah dan berlakulah masaalah ‘conjunctivitis’.
- keadaan kulit boleh melecet, gatal2 dan pedih serta sakit
- ambil masa juga untuk sembuh diantara beberapa hari ke
  minggu, ada yang sehingga bertahun2 disebabkan faktor usia
   
Pantang larang bila dijangkiti penyakit kayap :

1) Cepat2 jumpa doktor atau pakar perubatan
    untuk nasihat dan rawatan . Boleh juga jumpa pakar
    rawatan tradisional. 
2) Elakkan pakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar
    untuk mengurangkan kesakitan disebabkan geseran pakaian
    dengan bahagian kulit.


3) Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas
    ( contoh jemur di luar rumah dibawah terik matahari atau
    yang baru digosok)
4) Jangan pakai seluar serta baju yang basah
5) Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh
    merebak ke bahagian lain. Kayap ni akan rasa gatal2,
    minta ubat untuk kurangkan rasa gatal2.
6) Bila mandi, biasakan mengosok pelan2 bahagian kayap tu
    dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian kayap tu.
7) Jika boleh, semasa dijangkiti penyakit kayap ni , elakkan dari
    mendekati ahli keluarga serta rakan2 dikhuatiri mereka2 ni
    akan dijngkiti pula.
8) Jaga pemakanan dikhuatiri rasa bisa dan gatal2. Makan
    kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin,
    makanan gatal2 dan goreng2 cuba elakkan, hanya makan yang
    rebus, stim atau bakar. Jangan makan makanan berminyak.
9) Kurangkan makan buah tempatan atau sayuran yang menjalar/
    berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
10) Tak boleh dengar orang goreng lauk dan tak boleh goreng
      sebarang benda pun.
11) Bila kayap dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia
      tanggal sendiri sebab jika bahagian kulit belum betul2
     kering ia akan terluka dan kembali merebak.