Ketahuilah betapa besarnya fadhilat dan kelebihan
membaca Surah Al-Ikhlas ini.
Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya
memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan
kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang
dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas
adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran
dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita
mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah
ini secara terusan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sekali,
dikurniakan kepadanya pahala seperti pahala
orang yang membaca 1/3 Al-Quran.”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
3 kali nescaya mendapat pahala seperti pahala
orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama
dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan
membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah
Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus
Al-Quran.
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca
10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah
memberinya sebuah istana dalam syurga.”
(HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)
Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya,
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca
surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia
tidak akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya
dengan sungguh-sungguh.”
Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu
sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas
yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan
di dunia dan akhirat.
Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas
setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri.
Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda:
“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit
(Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
11 kali, nescaya Allah akan sediakan baginya
satu mahligai indah dalam syurga.”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas pada perkuburan
sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya
kepada ahli kubur, nescaya diberikan kepada
si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli
kubur di situ.”
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca
surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat Subuh
maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama
sehari tersebut.”
Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’
sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan Asar, InsyaAllah
maka kita akan selamat dari merbahaya sehingga tiba
Subuh dan Asar berikutnya.
Sesiapa membaca di dalam solat sunat dhuha, surah kursi
10 kali pada rakaat pertama dan surah Al-ikhlas 10 kali
pada rakaat kedua, mendapat keredaan Allah SWT dan
insyallah ada rezekinya pada hari itu.
Bacalah Al-Ikhlas 11 kali dan ditiupkan pada tengkuk
orang yang degil untuk lembutkan hati mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari
kuburnya terus ke syurga.”