Terjumpa satu artikle menarik untuk dikongsikan
disini sebagai amalan untuk kecantikan kulit kita.
Petua nya seperti di bawah :
1.Minum air suam sebaik bangun dari tidur.
Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi
dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu. Adalah
disarankan minum air suam dengan cara biarkan air
di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali,
kemudian baru ditelan.
Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yang
boleh menjadi ubat. Boleh juga amalkan petua
Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur
sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.
2.Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu
hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Amalkan setiap hari.
Nota: Tapi ingat, dari bawah ke atas dan bukan dari atas
ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri
akan makin cepat berkedut pulak.
3.Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah
dalam hati setiap kali mandi. Dianjurkan baca pada
curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya
mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula
nak mandi.
4.Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf,
kemudian minum air suam 3 teguk sahaja. Amalkan dengan
jujur dan ikhlas. InsyaaAllah wajah akan lebih muda dari
usia sebenar.
5.Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian
baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka
sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti
Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi.
Doanya begini:
“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah
mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau
menjauhkan wajahku dari api neraka”
6.Yang paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain
memang diwajibkan, air wudhu’ yg terkena wajah kita 5 kali
sehari itulah pencuci muka paling berkesan utk menyerikan
wajah kita…dan juga hati kita.
7. Juga amalkan makan ulam2 serta sayur2an antaranya
Pegaga,Pujuk Gajus, Pucuk kaduk, Timun, Lobak merah,
dan ulam raja. Juga banyakkan amal makan buah2an seperti
epal hijau, oren dan buah kiwi.
8. Amalkan juga bersenam sekadar mampu untuk tingkatkan
kesihatan diri. Bersolat juga adalah satu bentuk senaman.
2 komen:
clicks here '" we saw both an incredible need, and a once-in-a-lifetime opportunity. Although this is an up and coming area, some insurers offer multi pet insurance. Several insurance providers will offer "well being advantages" such as either primary savings or high quality reductions.
hai.. salam kenal,
follower no.982
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
Post a Comment