BOLEH PESAN DISINI UNTUK MACAM2 BEDAK2 SEJUK
Bedak sejuk muntah belut
Bedak sejuk benang sila ( putih atau ungu )
Bedak sejuk penawar sila
Bedak sejuk beras titik biasa
Bedak sejuk beras titik campur pati aloe vera
Bedak sejuk beras titik campur air gamat
Bedak sejuk beras titik campur pati buah2an atau/dan sayur2an
Tunggu je selepas buat pesanan, pasti akan sampai
ke alamat di beri, insyallah.
************************************************
Apakah Penyebab Bau Mulut ?
Antaranya :
a) Infeksi amandel, hidung atau tenggorok
b) Gigi berlubang
c) Karang gigi
d) Kurang menjaga kebersihan dan kesehatan mulut dan gigi
e) Penyakit tertentu yang tidak ada hubungan langsung dengan
mulut
Namun yang paling dominan adalah bakteria-bakteria yang terdapat
dibalik lidah yang memproduksi senyawa belerang, dan merupakan
penyebab utama bau mulut.
Oleh itu, bagaimana caranya untuk mengatasi masaalah ini ?
Antara petua2 yang boleh diamalkan :
1. Menghisap Kulit Kayu Manis :
Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu
untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu,
ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca
masalah nafas berbau.
Kunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum
tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam.
Jika anda menghisap kulit kayu manis setiap hari, ia dapat
mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak
50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.
2. Bunga Lawang :
Bunga lawang bersifat sebagai antibakteria dan antikulat, serta
kandungan ‘linalool’ dalam bunga lawang bersifat sebagai
antioksidan sehingga sangat baik untuk kesihatan tubuh.
Ambil sekuntum atau 3 kuntum bunga lawang kemudian direbus
dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air
panas selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga suam
dan airnya boleh digunakan untuk minum atau berkumur.
Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.
Bunga lawang juga boleh dikunyah untuk menghilangkan nafas
berbau busuk. Secara tak langsung, ia juga dapat merawat penyakit
asma, bronchitis dan batuk kering, antara penyebab nafas berbau.
3. Sirih :
Sirih adalah antiseptic yang baik bagi mengatasi bau mulut, maka
gunakanlah untuk atasi bau mulut.
Cuci bersih daunnya kemudian di rebus menggunakan air anggaran
1.5 gelas. Setelah itu dibiarkan hingga air rebusan sirih menjadi sejuk,
dan gunakan untuk berkumur selepas menggosok gigi.
Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam selama 5 minit.
Minum air tersebut. Amalkan setiap hari.
4. Serai Wangi Dan Kulit Limau Kasturi :
Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk
kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan
tuang air sehingga ¾ tinggi periuk kemudian jerangkan
sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil
airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.
5. Daun Jambu Batu :
Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda.
Tumbuk daun tersebut hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas
yang berisi separuh air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis
dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan
selalu.
6. Cengkih :
Ambil anggaran 3 atau 5 kuntum bunga cengkih kemudian direbus
dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air suam
selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga sejuk dan air
rebusannya digunakan untuk berkumur. Amalkannya pada waktu
pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.
7. Asam Jawa Dan Gula Merah :
Satu cara lagi bagi menghilangkan nafas dan mulut berbau. Dibancuh
sedikit asam jawa, gula merah dengan air panas. Minumlah
setiap malam sebelum tidur. Amalkan sekerap mungkin, InsyaAllah
tiada lagi nafas berbau yang memalukan.
8. Gorengan Hampas Kelapa :
Ambil anggaran segenggam hampas kelapa dan gorengkan di dalam
kuali tanpa minyak. Gorengkannya hingga kekuningan. Angkat dan
dibiarkan sejuk. Kemudian ambil dan kunyah-kunyahkannya
hingga hancur. Ia boleh dimakan atau diluahkan.
Di samping itu, amalkan meminum air suam dengan kerap. InsyaAllah
kesannya akan dapat dilihat beberapa hari selepas itu.