Baru2 ni kita dikejutkan dengan gambar dalam
akhbar tempatan menunjukkan seorang penyanyi
hip-hop dan soul dari Dallas, Texas di Amerika ,
Erykah Badu, 40, yang menunjukkan bahagian atas
tubuh nya ( di kedua2 belah, berdekatan
ketiak ) punyai kalimah " Allah " dalam bahasa arab.
Apa lah yang difikirkan oleh penyanyi ini. Adakah dia
ingin mempersendakan nama " Allah " tu kepada
penduduk2 beragama islam di dunia ini !!
Apa2 pun, di atas kesilapan ini, akhbar tempatan tu
telah pun meminta maaf terutama kepada pembaca
beragama islam.
Erykah Badu
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang
pada 21 – 24 April 2009 telah
membincangkan Hukum Bertatu
Mengikut Pandangan Islam yang telah memutuskan bahawa
di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan
orang
yang meminta dibuat tatu adalah haram.
Oleh itu, Muzakarah
bersetuju memutuskan bahawa orang
yang telah bertatu wajib bertaubat dan
menyesal serta
menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi
yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudharatan.
Tuesday, February 28, 2012
HUKUM BERTATU MENGIKUT PANDANGAN ISLAM
Monday, February 20, 2012
OBAT BAM IDAMAN : LEGAKAN MASAALAH SESAK DAN SUKAR BERNAFAS
Rakan2 blogger,
Memang terdapat banyak produk2 kesihatan
sekarang samada produk2 moden mahupun
produk2 tradisional.
Pemilihan produk2 yang sesuai untuk diri kita
adakala memeningkan juga . Namun setelah diri
kita sudah boleh menerima cara rawatan produk
yang sesuai itu, agak keberatan kita hendak beralih
kepada produk2 lain.
Inilah selalu terjadi kepada diri saya serta
ahli keluarga saya.
Selain sudah serasi mengamal pakai
BEDAK MUNTAH BELUT ( untuk bantu rawatan kulit ),
BEDAK BENANG SILA ( juga bantu rawatan kulit ),
AIR GAMAT ( untuk ubati luka2 kecil, bantu larutkan
bedak muntah belut.. ) serta lain2 produk tradisional
yang ada di blog ini, posting kali ini, saya ingin kongsi
satu lagi produk tradisional yang saya amalkan.
Produk ini sememangnya boleh membantu sesiapa
yang punyai masaalah kesihatan terutama bila
menghadapi masaalah penafasan yang kronik.
Cara rawatannya ialah ia bantu mengawal supaya
tidak memudaratkan masaalah penafasan tu.
Ajal maut sememangnya punyai Allah tetapi sebagai
hambanya, kita perlu usaha juga untuk memulihkan
kesihatan diri kita bila kita menghadapi sesuatu
masaalah kesihatan dan kemudian berdoa, dengan izin
Allah, akan sembuh juga andai diberkatinya.
Produk ' OBAT BAM IDAMAN ' telah bertahun2 lama
digunakan oleh keluarga saya bila hadapi
masaalah2 kesihatan terutama yang berkaitan
dengan masaalah penafasan seperti sukar serta sesak
bernafas.
OBAT BAM IDAMAN
Ada ketika bila kita mengalami masaalah
sukar serta sesak bernafas disebabkan oleh
masalaah2 tertentu antaranya :
- penyakit asma atau lelah atau selalu semput
- gelojoh makan hingga kembung perut
- alergik kepada makanan tertentu
- penyakit penat ( sukar bernafas )
Bila terjadi perkara2 di atas kepada kita mahupun
ahli keluarga serta anak2 kecil kita, apa yang
akan dirasai ialah :
- sukar serta sesak bernafas
- bernafas pendek serta tercungap2
- badan rasa seram sejuk sebab sukar bernafas
- terasa tak puas bernafas
- terasa saluran penafasan seakan2 tersumbat
Jangan main2 bila kita menghadapi masaalah2 ini,
kerana ianya boleh membawa kepada kematian jika tidak
dikawal segera.
Dengan amalan pakai produk Obat Bam IDAMAN ini,
ianya dapatlah membantu dengan segera sementara
mendapatkan rawatan2 lain dari pakar2 kesihatan / doktor.
Cara guna produk Obat Bam IDAMAN ini ialah :
Wednesday, February 15, 2012
KOSMO 15/2/2012: KRIM KULIT ADA LOGAM BERBAHAYA
Hari ini, di kongsikan infomasi mengenai penemuan
logam berat ' merkuri ' dalam satu produk krim
penjagaan muka yang boleh membahayakan
kesihatan diri serta kulit.
Sila baca artikle dibawah dari KOSMO bertarikh
Rabu 15 Februari 2012.
Untuk infomasi, Merkuri atau air raksa (Hg) adalah golongan
logam berat dengan nombor atom 80 dan berat atom 200,6.
Bentuk racun dari air raksa pada proses masuk pada tubuh
manusia adalah methyl mercury (CH3Hg+ dan CH3-Hg-CH3)
dan garam organik, partikel mercuric khlor (HgCl2) dan
Merkuri adalah bersifat racun bagi semua bentuk kehidupan
yang untuk dikeluarkan dari tubuh manusia, mengambil
masa tertentu.
Untuk elemen merkuri, ia mempunyai waktu tinggal pendek
dalam tubuh manusia tetapi persenyawaan methyl mercury
pula akan tinggal pada tubuh manusia 10 kali lebih lama
merkuri berbentuk metal (logam).
Bahayanya Merkuri dalam produk Kosmetik
pada manusia akan mengakibatkan :- kerosakan liver pada kelahiran (cacat lahir).- memperlambat pertumbuhan janin
- mengakibatkan keguguran (Kematian janin dan Mandul)
- Flek hitam pada kulit akan memucat (seakan pudar) dan
bila pemakaian dihentikan, flek itu akan timbul dan
bertambah parah .
- Kulit menjadi gelap / kusam pada masa penggunaan
kosmetik dihentikan.
- Kanser kulit
- Kematian
- Gangguan system saraf seperti gemetar, insomnia,
gangguan penglihatan, gerakan tangan tidak normal,
gangguan emosi dll..
- Alzheimer
- Parkinson atau penyakit gangguan otak.
- Iritasi parah pada kulit yang akan menyebabkan kulit
kemerah-merahan dan tidak normal.
- tidak berfungsinya otak
- gelisah/gugup
- ginjal
Oleh itu, sentiasa berhati-hati dan berwaspada sebelum memilih
produk2 kosmetik, perlu dibaca dulu peratusan kandungan kimia
yang dicatitkan pada label produk kosmetik tu.
Jika risau dan ragu2 , boleh lah beralih kepada produk tradisional
untuk rawatan kulit sebagai alternatif.
Artikle dari KOSMI bertarikh Rabu 15/2/2012
Tuesday, February 14, 2012
PETUA AMALAN HARIAN UNTUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN KULIT
Kulit merupakan organ yang penting. Ia merupakan
organ manusia yang paling besar yang memiliki berat
sekitar enam paun. Kulit bertindak sebagai rintangan
di antara persekitaraan luar dan dalam badan iaitu
sebagai pemisah. Juga berperanan melindungi otot
dan organ manusia.
Oleh itu, amat lah penting untuk menjaganya dengan
baik demi mengekalkan kesihatan serta kecantikannya
serta untuk menjauhi masaalah2 kulit yang tidak
di ingini.
Disini diberi antara petua2 yang boleh di amalkan
harian untuk penjagaan kulit :
A) PENGAMBILAN DIET PEMAKANAN
Teh Hijau
Ianya adalah ejen anti-oksida yang dapat melindungi kulit
daripada kesan terkena sinaran matahari. Teh hijau
mengandungi poliphenol yang mampu melancarkan perjalanan
darah pada kulit. Amalkan 1 cawan teh hijau sehari.
Kuaci Biji Bunga Matahari
Untuk mendapatkan kulit yang sihat, amalkan memakan
biji bunga matahari sebagai kudapan. Biji bunga matahari
mengandungi Vitamin E yang boleh mengatasi reaksi radikal
bebas serta melindungi kulit dari molekol2 perosak luaran
yang disebabkan olen pencemaran udara.
Delima
Cecairnya apabila disapu, boleh menghasilkan lebihan
kolagen pada kulit dan mempercepatkan proses
penyembuhan luka-luka kecil.
Buah Tomato
Pengambilan diet melalui buah tomato sebiji setiap hari
dapat mengurangkan risiko kulit seakan2 terbakar
akibat terkena pancaran matahari terik.
Telur/kacang/avocado/kacang soya
Kesemua ini mengandungi biotin yang merupakan
sejenis vitamin penting untuk metabolisme lemak
serta karbohidrat. Kekurangannya boleh menyebabkan
kulit menjadi kering serta rambut dan kuku menjadi
rapuh dan senang putus.
Ikan Salmon
Jenis Ikan ini mengandungi astaxanthin iaitu karotenoid
yang boleh meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan
garis-garis halus pada kulit.
Minyak ikan kod
Kandungan omega-3 didalamnya dapat menyerikan serta
menyihatkan rambut juga membantu kulit kelihatan
awek muda.
Coklat
Coklat mengandungi poliphenol yang mampu melancarkan
perjalanan darah pada kulit. Makan sekurang2nya 1.5 auns
dark chocolat.
Minum air kosong yang bersih
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk
elakkan kulit jadi kering
Hadkan minum kopi dan Teh
Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kulit jadi
kering
Banyak makan buah-buahan serta sayur-sayuran.
Makanlah buah-buahan dan sayuran yang bewarna oren,
merah atau hijau tua seperti lobak merah, labu , sawi,
brokoli, strawberi dan bayam kerana ianya mengandungi
zat beta karotena iaitu sejenis antioksidan yang menghalang
aktiviti sel radikal bebas yang menyebabkan kulit cepat berkedut.
Kurangkan makan ' fast food ' atau makanan ringan
Seperti kerepek , burger dan kentang goreng yang boleh
menyebabkan dehidrasi kulit.
Elakkan pengambilan alkohol serta rokok
B) PERSEKITARAN
Penyaman Udara Hawa dingin
Elakkan berada di tempat berhawa dingin untuk jangka
waktu yang lama kerana penyaman udara akan menyebabkan
udara menjadi kering dan seterusnya akan menjadikan
kesan dehidrasi terhadap kulit tubuh anda.
Friday, February 10, 2012
BETUL KE SUKAR MERAWAT MASAALAH JERAWAT ?
Betul ke masaalah jerawat sukar di rawati ?
jerawat di mana2 bahagian kulit tubuh terutamanya
kepada seseorang yang mementingkan kecantikan kulit
tubuh terutamanya di bahagian wajah.
Alamak Jerawat....!!
Tetapi betul ke sukar untuk merawat serta menyembuhkan
masaalah jerawat tu ?
Biasanya rawatan jerawat ni banyak menggunakan bahan
kimia sebab ia melibatkan kuman.Sebelum merawat bahagian
kulit yang membentuk jerawat, kuman perlu dihapuskan dulu.
Ini memang betul jika seseorang itu suka memilih cara rawatan
berkimia sebegini. Tetapi jika tidak suka cara rawatan moden
yang menggunakan bahan kimia, ada rawatan alternatif yakni
cara rawatan tradisional yang banyak menggunakan bahan2
asli seperti tanah , tanah liat, herba2 tertentu dll...
Persoalan kali ini bukan lah untuk berkongsi cara rawatannya
( sebab seseorang itu perlu memilih cara rawatan yang sesuai
untuk diri nya sendiri ) tetapi perkongsian kali ini lebih kepada
persoalan mengapa agak sukar atau mengambil masa sikit
untuk menyembuhkan sesuatu masaalah jerawat tu.
Selepas peka dan memahami terhadap persoalan2 ini dan
diikuti dengan menjauhi dari terbabit dengan nya , baru lah
mudah untuk mendapatkan cara rawatan yang sesuai untuk
menyembuhkan masaalah jerawat tu.
Mungkin juga kena cuba cara 'Trial and error ' semasa mencari
cara rawatan tapi jika rawatan cara ini di pratik kan dan
di dapati sesuai, jadi tidak lah salah untuk di amalkan.
Antara penyebab2 yang menyukarkan atau mengambil masa
sikit untuk sembuhkan jerawat ialah :
Wednesday, February 8, 2012
TEST MATA ANDA DI PAGI HARI....
a) Perhatikan imej berputar...
b) Perhatikan titik hitam di tengah2 seketika
( fokus kat titik tu saja ).
Bulatan warna lain akan menghilang perlahan2.
c) Perhatikan tiga titik tu seketika kemudian alihkan
penglihatan ke arah lain. Anda akan lihat nama
Allah di tempat tu.
d) Betul ke ada empat bulatan
e) Test otak anda disini..
f) Roda bergerak..
ok...Mata dan otak anda di test ok.
Sekarang p buat kerja......
dicatat oleh Unknown sendiri 9:37 AM 0 komen
Labels: Dunia sains
Sunday, February 5, 2012
PETUA : CUCI BUAH PINGGANG ANDA DENGAN KOS RM1.00 ATAU KURANG
Bertahun2 buah pinggang kita ditugaskan untuk
menapis darah kita untuk mengeluarkan garam,
racun2 dan bahan2 lain yang tidak diingini yang
telah memasuki badan kita melalui pemakanan,
minuman dll...
Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan
terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu
di keluarkan . Disini lah buah pinggang akan menjalankan
fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.
Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan
untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain
dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.
Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan
daun parsli / daun kothimbir.
Jenis2 Daun parsli
Caranya :
1. Beli daun parsli / kothimbir ini dengan harga RM1.00 atau
kurang
2. Basuhkan hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air
bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau
botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain
yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui
pembuangan air kecil.
Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda
tidak pernah rasai sebelum ini.
Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan
pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah
semula jadi!
Cuba la...Murahkan rawatan ini , cuma RM 1.00 atau kurang