Betul ke masaalah jerawat sukar di rawati ?
jerawat di mana2 bahagian kulit tubuh terutamanya
kepada seseorang yang mementingkan kecantikan kulit
tubuh terutamanya di bahagian wajah.
Alamak Jerawat....!!
Tetapi betul ke sukar untuk merawat serta menyembuhkan
masaalah jerawat tu ?
Biasanya rawatan jerawat ni banyak menggunakan bahan
kimia sebab ia melibatkan kuman.Sebelum merawat bahagian
kulit yang membentuk jerawat, kuman perlu dihapuskan dulu.
Ini memang betul jika seseorang itu suka memilih cara rawatan
berkimia sebegini. Tetapi jika tidak suka cara rawatan moden
yang menggunakan bahan kimia, ada rawatan alternatif yakni
cara rawatan tradisional yang banyak menggunakan bahan2
asli seperti tanah , tanah liat, herba2 tertentu dll...
Persoalan kali ini bukan lah untuk berkongsi cara rawatannya
( sebab seseorang itu perlu memilih cara rawatan yang sesuai
untuk diri nya sendiri ) tetapi perkongsian kali ini lebih kepada
persoalan mengapa agak sukar atau mengambil masa sikit
untuk menyembuhkan sesuatu masaalah jerawat tu.
Selepas peka dan memahami terhadap persoalan2 ini dan
diikuti dengan menjauhi dari terbabit dengan nya , baru lah
mudah untuk mendapatkan cara rawatan yang sesuai untuk
menyembuhkan masaalah jerawat tu.
Mungkin juga kena cuba cara 'Trial and error ' semasa mencari
cara rawatan tapi jika rawatan cara ini di pratik kan dan
di dapati sesuai, jadi tidak lah salah untuk di amalkan.
Antara penyebab2 yang menyukarkan atau mengambil masa
sikit untuk sembuhkan jerawat ialah :
1) Tidak prihatin cara pengurusan kulit yang berbeza mengikut
individu dan perlu bersesuaian dengan iklim setempat.
2) Tidak menekankan betapa penting memilih kaedah rawatan
yang sesuai mengikut kulit penduduk Asia.
3) Sikap terburu-buru memilih cara rawatan tanpa penyelidikan
4) Kurang bersenam, kurang menjaga kesihatan dan kebersihan kulit
5) Taksub sangat dengan mencampur aduk pelbagai jenis
ubatan rawatan
6) Penggunaan ubatan kimia tidak sesuai dengan rawatan
yang punyai bahan kimia kosmetik seperti iodide, bromit,
litium dan setengah ubat juga boleh menyebabkan jerawat.
7) Kerap berada diiklim suhu berbeza ( dari dingin ke panas atau
sebaliknya ) yang memudaratkan keadaan kulit contohnya
berada seketika di Eropah sebelum kembali ke Malaysia
8) Tabiat suka mencungkil keluar jerawat hingga memudaratkan
lagi masaalah jerawat yang kemungkinan tidak sesuai untuk
rawatan kulit penduduk Asia. Prosidur ini banyak di amalkan
di negara2 Eropah yang berkemungkinan bersesuaian dengan
mereka
9) Suka memicit jerawat dengan kuku
10) Tidak menjaga diet pemakanan yang sesuai
11) Tidak kisah punyai keadaan kulit selalu berminyak dan
tidak bertindak segera untuk menyembuhkannya
12) Kurang bertanya pendapat pakar2 perubatan, rakan2...
dan lebih kepada mencari sendiri cara rawatan sesuai
13) Tidak memahami masaalah2 jerawat
Jika nak cerita mengenai sebab-sebab sukar atau mengambil
masa sikit untuk merawat jerawat memang ambil masa juga
sebab ia masalah sejagat tetapi bagi setengah orang yang tak
kisah punyai jerawat di muka , orang macam ni lah yang perlu
di sedari betapa serius nya masaalah jerawat tu.
Jadi kita kenalah fahami dulu masaalah2 jerawat tu
sebelum kita mencari rawatan yang terbaik untuk kita samada
cara moden ( contohnya cara pakai ubatan kimia yang sesuai )
mahupun cara tradisional ( contohnya cara amal pakai bedak
muntah belut yang sudah menjadi antara pilihan kini ).
Friday, February 10, 2012
BETUL KE SUKAR MERAWAT MASAALAH JERAWAT ?
Illustrasi : Bagaimana Jerawat terjadi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
bnykkn mnum air masak n cuci muka =)
Post a Comment