BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Tuesday, February 28, 2012

HUKUM BERTATU MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

Baru2 ni kita dikejutkan dengan gambar dalam
akhbar tempatan menunjukkan seorang penyanyi
hip-hop dan soul dari Dallas, Texas di Amerika ,
Erykah Badu, 40, yang menunjukkan bahagian atas
tubuh nya ( di kedua2 belah, berdekatan
ketiak ) punyai kalimah " Allah " dalam bahasa arab.

Apa lah yang difikirkan oleh penyanyi ini. Adakah dia
ingin mempersendakan nama " Allah " tu kepada
penduduk2 beragama islam di dunia ini !!

Apa2 pun, di atas kesilapan ini, akhbar tempatan tu
telah pun meminta maaf terutama kepada pembaca
beragama islam.





Erykah Badu















Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang
pada 21 – 24 April 2009 telah membincangkan Hukum Bertatu
Mengikut Pandangan Islam yang telah memutuskan bahawa
di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang
yang meminta dibuat tatu adalah haram.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang
yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta
menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi
yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudharatan.
 
Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudharatan
pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan.
Bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya
setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib
dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat tersebut.
 
Muzakarah juga berpandangan bahawa pihak berkuasa yang
meluluskan lesen membuka premis membuat tatu perlu
mengenakan syarat iaitu pemilik dan pekerjanya mestilah
bukan beragama Islam di samping orang Islam dilarang sama
sekali mencacah tatu di premis tersebut.
 
Contoh lain tatu menunjukkan kalimah " Allah " pada
tubuh....
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam.
Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud:
Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W
bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut
dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat
tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)



Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram
fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah
perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya
bermaksud : Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang
mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang
minta dikikir giginya”. (Riwayat al-Thabrani)

Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim
menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana
perkataan laknat dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan
pengharaman perbuatan tersebut. Di samping itu juga, tempat
yang ditatu tersebut akan menjadi najis.

     
 

0 komen: