Masaalah yang selalu kita hadapi semasa membeli
untuk mencuba sesuatu produk rawatan tu ( samada
moden ataupun tradisional ) ialah tidak mengetahui
apa sebenarnya khasiat dan kegunaannya.
Ini akan mengakibatkan pembaziran nanti akibat
menghadapi masaalah ketidaksesuain produk dengan
kulit selain kos produk yang ada mencecah puluhan
malah ratusan ringgit tetapi akhirnya dibuang begitu
saja.
Blog saya ini banyak berkisar mengenai produk2
tradisional yang saya , keluarga serta rakan2 , kerap
amal pakai dan akhirnya yakin akan khasiat kegunaannya.
Bedak Muntah Belut ( banyak info saya sudah
kongsikan dalam blog ini ) dan Bedak Benang Sila
punyai khasiat dan caraguna yang tersendiri.
Bedak Benang Sila sebenarnya sudah berzaman2
lamanya digunakan untuk rawatan tradisional. Selain
untuk rawatan kulit, ianya juga digunakan secara
bedak biasa yang di pakai seharian.
Juga dikenali dengan nama Bedak Batu Benang Sila dan
juga Bedak Nasila. Bahan asasnya pula adalah daripada
sejenis batu asli yang biasanya diambil dari laut . Rupa
struktur batu laut ini seakan2 kristal ,tidak bersinar dan
tidak pula jernih. Warna nya pula seakan2 kelabu.
Semasa di proses , ia boleh di bentuk dalam bentuk
ketulan dan juga cecair. Juga bauan harum boleh
di masukkan semasa proses ni untuk menjadikan bedak
ni berbau wangi semasa digunakan.
Bedak Benang Sila sememangnya boleh digunapakai
sebagai produk penjagaan kulit wajah supaya lebih licin
halus dan berseri.
Antara khasiat Bedak Benang Sila....
- hilangkan kesan parut jerawat / ruam
- kurangkan gatal-gatal pada kulit
- pelihara kulit muka supaya halus dan licin
- Kurangkan masaalah2 kulit - jeragat / bintik2 hitam
- boleh digunakan untuk ubati masaalah resdung
- kurangkan masaalah kulit berminyak
- lindungi kulit dari terik panas matahari
- sembuhkan sakit tekak
- kurangkan panas demam
Warna putih - boleh juga di minum airnya untuk sembuh
masaalah2 senak perut
warna ungu - bantu ubati masaalah resdung
Bauan harum - bedak wangi ini boleh digunakan seharian
secara bedak biasa
Bedak Benang Sila ini juga boleh digunakan oleh semua
lapisan umur termasuk untuk wanita selepas bersalin.
Banyak caraguna Bedak Benang Sila ni...
- untuk sembuhkan sakit tekak, kikiskan sedikit bedak
ini dan larutkan dengan sedikit air asam jawa. Ambil
larutan bedak ni dan sapukan pada bahagian leher tu
- untuk guna cara kering, ambil bedak ni dan sapu /
gosokkan pelan2 kat bahagian kulit bermasaalah tu. Ini
boleh bantu kurangkan masaalah kulit berminyak
- untuk merawat ruam pula, larutkan dalam air kemudian
sapu kat kulit tu
- untuk kurangkan demam panas, minum air bedak benang
sila serta gunakannya sebagai air rendaman kain di kepala.
- untuk rawatan masaalah demam campak / pelentung,
kikiskan sedikit bedak ni dan larutkan dalam air. Kemudian
daun bambu yang telah di hiris nipis2 atau dihancurkan
di campur dengan larutan ini. Ambil larutan ni dan sapu kat
kulit bermasaalah tu.
Dengan kerap amal pakai, Bedak Benang Sila boleh bantu
menyerikan wajah anda.
Insyallah boleh sembuh masaalah2 kulit tu tapi perlu sabar
serta yakin bila menggunakannya.
Bedak Benang Sila
( tanpa bauan wangi )
Warna ungu
Warna putih
Bedak Benang Sila
( dengan bauan harum serta span )
Bauan wangi serta
Span
Jika rakan2 ingin bertanya mengenai Bedak Benang
Sila ni, boleh sms atau tel 012-4006061 atau
email noraziahbtothman@yahoo.com.my kepada saya.
Jangan segan2 bertanya.
Insyallah, saya sedia membantu sebaik boleh.
0 komen:
Post a Comment