BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Tuesday, April 21, 2009

Promo MJK

SETELAH selesai membuat model rumah yang bersaiz kecil bagi assignmentnya, Zahierpun mulalah berkemas-kemas untuk pulang. Ferhan telahpun pulang awal petang tadi. Hendak bermain bola katanya. Zahier membawa model-model tadi secara bertingkat-tingkat. Dia begitu berhati-hati menuruni anak-anak tangga menuju ke tempat letak kereta. Beberapa orang pelajar turut menuruni tangga dan cuba mengelak dari berlanggar dengan Zahier. Yang mengenali Zahier menegurnya sebelum berlalu pergi. Zahier hanya sekadar mengangguk tanpa melihat rakan-rakannya.

Ketika dia memijak anak tangga terakhir, kakinya tiba-tiba tersadung seekor anak kucing yang sedang melintas. Habis model-modelnya melambung ke atas lalu tercampak ke tanah semasa Zahier tersungkur jatuh.

“Ya Allah! .. saudara tak luka ke?” Pantas seorang pelajar perempuan yang kebetulan lalu di situ membantu mengutip model-model Zahier yang berserakan.

Zahier segera bangun dan mengesat-ngesat pasir pada seluarnya. Dia hanya memandang ke arah anak kucing yang mengiow kesakitan dan berlari pergi. Sambil menggeleng kepala penuh kesal, Zahier turut menunduk mengutip barang-barangnya yang bersepah.

“Terima kasih, cik. Sebenarnya semua ni silap saya. Tak nampak jalan,” tutur Zahier melindung dirinya yang agak terkejut setelah terpijak ekor anak kucing tadi.

“Lain kali jangan bawak terlalu banyak barang sehingga menutup pandangan. Kesian, habis rosak model-model awak ni. Mari saya tolong bawakan ke meja batu yang berdekatan tu,” Nabihah mempelawa dengan nada perlahan. Ditangannya penuh dengan pecahan kad yang dikutipnya tadi. Sesekali dia membetulkan kedudukan beg sandang dibahunya.

Kelembutan suara Nabihah meruntun perasaan Zahier. Dia mengangguk dengan perlahan dan menyambut lebihan model yang dihulur. Matanya tidak mengerdip walau sesaat memandang wajah Nabihah yang tenang itu.

“Saudara, tak baik merenung wanita begitu. Takut nanti dirayu syaitan,” tegur Nabihah dengan tenang dan lembut. Walaupun sebenarnya tatapan dan senyuman yang dibingkiskan untuknya mengundang keresahan di jiwa.

“Nabi Isa a.s pernah berpesan: ‘Takutlah kamu sekalian pada pandangan kerana sesungguhnya ia dapat menumbuhkan syahwat di dalam hati dan cukup menimbulkan fitnah (godaan) kerana pandangan itu’, jadi saya syorkan supaya saudara berhati-hatilah,” pesan Nabihah lagi.

Zahier tersipu-sipu mengalihkan pandangan ke modelnya.

Nabihah meletakkan cebisan-cebisan model tadi di atas meja batu bulat yang tersedia di situ.

“Letakkan semuanya di sini. Awak boleh siapkannya semula. Bila sudah selesai, awak boleh bawak balik. Terpulanglah pada awak. Saya nak balik dulu.” Nabihah tenang bersuara. Dia menolak kaca matanya sedikit. Matanya yang redup memerhatikan Zahier yang tercegat di sisi meja.

“Saya ingatkan awak nak tolong saya betulkan semula model saya ni. Sebenarnya saya boleh membuatnya di rumah saja tadi. Tak mengapalah saya bawa balik kesemuanya. Terima kasih kerana sudi membantu saya mengutip barang-barang ni tadi.” Zahier tersenyum memandang cara Nabihah menolak kaca matanya ke hidungnya yang mancung itu. Begitu mengasyikkan.

Nabihah terdiam. Dia tersalah tafsir rupanya. Dia ingatkan pemuda itu memerlukan bantuan dengan segera. Kini giliran Nabihah tersipu malu.

“Tak elok kalau cuma kita berdua saja di sini. Kalau awak nak balik, biar saya tolong susunkan semua cebisan ini supaya senang untuk membawanya,” balas Nabihah hormat setelah agak lama membatu.

Zahier cuma tersenyum memandang tepat ke wajah Nabihah yang berubah merah menahan malu.

“Biasalah tu, kadang kala kita ni kelam kabut nak menolong, langsung tak sempat nak bertanya keadaan yang sebenar.” Selamba Zahier berkata-kata.

“Saya fikir awak memerlukan tempat untuk betulkan semula model tu. Mungkin awak perlukannya segera. Jadi saya tawarkanlah tempat ini,” terang Nabihah, cuba menutup rasa malunya. Tidak selesa rasanya berhadapan situasi itu.

“Tak mengapalah. Okey, see you then.” Seakan-akan tahu kegelisahan Nabihah, Zahier meminta diri. Dia memasukkan lebihan modelnya ke dalam beg plastik yang dihulur oleh Nabihah.

Nabihah hanya memerhatikan langkah Zahier menuju ke kereta bersama-sama model yang telah rosak. Nabihah tersenyum sendirian mengingatkan kesalahannya tadi.

Zahier seperti tahu dirinya diperhatikan, menoleh ke belakang lalu mengangkat tangan kepada Nabihah.

Nabihah segera menunduk, ekor matanya dilarikan ke arah lain lantaran diselar rasa malu. Dia segera beredar ke tempat menunggu bas.

Zahier tersengih melihat gelagat Nabihah. Dia terus masuk ke dalam kereta dengan senyuman masih menghiasi bibirnya.

Thursday, April 16, 2009

Perniagaan Internet


PERNIAGAAN INTERNET - ANTARA PENYELESAIAN MASALAH KEWANGAN


Sebenarnya sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan internet sekiranya ada minat untuk melakukannya sebab perniagaan internet tidak memerlukan modal yang tinggi.

Ia juga tidak memerlukan pengetahuan teknologi maklumat yang tinggi kerana hari ini terdapat banyak buku-buku panduan mengenainya serta perisian-perisian yang membolehkan seseorang itu membina laman web nya sendiri.

Untuk memulakan perniagaan internet, seseorang itu tidak perlu ilmu yang mendalam dalam bidang teknologi maklumat. Sudah memadai bagi seseorang yang tahu menggunakan internet - samada untuk melayari laman-laman web, menggunakan emel atau membuat penyelidikan.

Internet memiliki banyak kelebihan berbanding perniagaan konvensional kerana ia tidak dibatasi oleh sempadan geografi,bangsa dan agama.

Kerana itu, sesiapa sahaja boleh berjaya di internet jika rajin berusaha, pandai membaca peluang dan yakin kepada diri sendiri.

PENYELESAI MASALAH - duitmudah.com

Perniagaan internet andai dilakukan dengan teliti boleh menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi masalah kewangan, ini yang saya tahu dan saya pasti ini adalah benar.

Saya baru sahaja menyertai satu perniagaan online ni. Saja nak mencuba. Mana tahu ada rezeki saya di dalam bidang ini.

Nama perniagaan yang saya sertai ialah : http://www.duitmudah.com

Secara kasar, DuitMudah.com ini adalah MURAH, hanya RM10 sahaja anda boleh menjalankan perniagaan di internet.

Anda tak perlu memikirkan tentang web, hosting, nama domain, produk dan sebagainya. Ini semua telah disediakan dalam program ini dan ditanggung pihak admin. Produk yang disediakan juga adalah amat berguna untuk setiap pengguna internet .

Pokok berjayanya sesuatu bisnes internet ialah PROMOSI...PROMOSI...PROMOSI untuk
menerangkan perniagaan anda. Ini amat penting.

Antara produk yang dijual atau dengan kata lain, produk yang kita beli dengan harga RM 10 itu ialah:

Skrip Web Affiliate 5 Level

Skrip Web Matrix N X N

Skrip ShoutBox

100,000 Email List

Skrip Web Kedai Online

Ebook Teknik Simple Buat Duit Di Internet

Skrip Web Matrix 3 X 3

Software Membuat MP3

100 Website Templates

More Website Templates

Ebook Cover Templates

Panduan Buat Ebook Cover

Keistimewaannya, Komisyen 100% milik anda dan dibayar terus ke akaun bank anda. Setiap pelanggan yang anda cari akan membuat bayaran terus kepada anda.

9/10 punca rezeki itu adalah datang dari perniagaan.

Manalah tahu kot ada rezeki saya. Jika berminat silalah lawat laman ini : http://www.duitmudah.com

Monday, April 6, 2009

Anugerah Ilahi