BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Sunday, March 31, 2013

SUNNAH RASULULLAH S.AW



Saturday, March 30, 2013

BELAJAR MEMBUAT PERANGKAP NYAMUK YANG MUDAH....

Bahan2 diperlukan  :

200 ml air
50 gram gula perang
1 gram yis 

( yis ibu roti, boleh dibeli di mana2 kedai /pasar raya )
1 botol plastik 2-liter.

 Cara membuat perangkap nyamuk yang mudah ni :

 1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh  

    dan simpan bahagian leher / corong.

2. Campurkan gula perang dengan air panas.
    Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh

    bahagian bawah botol.

3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan

    menghasilkan karbon dioksida.

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam

    separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan

    letakkan di beberapa sudut rumah anda.

















Dalam masa bbrp hari ke dua minggu, anda akan 
melihat jumlah nyamuk yang terperangkap dan
nyamuk yang mati di dalam botol tu.

Di samping membersihkan rumah dari gangguan

nyamuk dengan menghapuskan tapak pembiakan 
nyamuk , kita boleh juga menggunakan kaedah
ini di Sekolah, taska, hospital,kedai, ladang, opis,
dan lain-lain .

Modal sikit dan efektif pula.
Cuba la ye...


Friday, March 29, 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI JUMAAT..PENGHULU SEGALA HARI






























Wednesday, March 27, 2013

JANGAN LUPA BERDOA UNTUK KEDUA2 IBU BAPA KITA



Tuesday, March 26, 2013

PEDOMAN....
























Monday, March 25, 2013

HARI ISNIN DAN TIAP2 HARI KERJA SETERUSNYA ....CERIA LA YE...

Hari isnin....dan tiap2 hari kerja seterusnya...
mula la dengan berdoa untuk elak sifat pemalas...

*******************************************






Buka doa dengan berselawat dulu
kepada nabi Muhammad s.a.w



















Dan menutup doa juga dengan berselawat 
pada nabi Muhammad s.aw

*******************************************************

Hari isnin dan hari2 kerja seterusnya, CERIA LAH 
DAN JADI LAH macam ni ye....







Hari isnin dan hari2 kerja seterusnya,
JANGAN LA JADI macam ni....




























Friday, March 22, 2013

ZIKIR-ZIKIR PENENANG HATI


TAHNIAH....PELAJAR2 SPM DAN STPM








Syukur kepada Allah, saya ingin ucapkan 
TAHNIAH kepada semua pelajar2 SPM dan
STPM yang mendapat keputusan peperiksaan
masing2 baru2 ni. 

Juga TAHNIAH kepada ibubapa yang mengorbankan
masa dan wang ringgit tanpa berkira serta
sentiasa memberi semangat dan dorongan untuk
belajar kepada anak masing2 dalam menyiapkan
anak2 untuk tempuhi peperiksaan SPM dan STPM.

Samada lulus dengan cemerlang atau tidak, 
pasti ada peluang untuk meneruskan cita2 masing2.
Jangan putus asa atau kecewa andai tidak dapat mencapai
cita2 yang diingini tetapi sentiasa bersyukur kepada
Allah akan apajua qada serta qadar kerana ini adalah
salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan
diimani oleh setiap orang Islam yang disediakan oleh
Allah untuk kita di alam dunia yang sementara ini. 






















 

Wednesday, March 20, 2013

KIAMAT.....
















✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala
(bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan
telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa
malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya
sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman

mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?
" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah
Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan
kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha
Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan,

seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas
seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih,
berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah)
yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam

yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung
tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama
anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan

telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada
ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang
nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi

seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang
ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka
menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan
dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu,
ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri,
setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan

bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal
dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara
yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang

dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada
Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat
yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan

yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari
berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata
jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari
Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur
dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi
lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada
amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan
sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW

bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya
dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan
mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya.
Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan
perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi,
warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk
dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari
syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari

yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan
dari Arasy. Mereka ialah:


Sunday, March 17, 2013

PAYAHNYA MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.
Dan kita juga tahu tentang kejadiannya 
manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah
kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini,

mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya
dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya
bersama-sama . Berpesan- pesanlah pada kebaikan
dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA

TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR
/ Bapa segala manusia)



















Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada
malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil
sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan

tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi
khuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu 
Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia
tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar
sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan

bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat
Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.

Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.
Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil

tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan,
jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas
perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah

Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan
tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa
jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang

Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang
kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."

 Maka khuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh 

umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka
tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan
aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya
terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana

disitulah berada otak manusia dan disitulah tempatnya 
akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia

alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq kerana disitu tempat 

sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden kerana disitu tempat 

berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar tempat 

menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari

nafkah dan kerjasama sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat

seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan
manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina alat peneguh

tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus kerana disitulah iman, 

keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if tempat mengucap Syahadat,

bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:



Thursday, March 14, 2013

SURAH2 AL QURAN DAN ANTARA FADHILAT2 MEMBACANYA







Surah2 di dalam Al-Quran dan antara fadilat2nya :


1- Surah Al-Fatihah
    ( surah yang pertama di dalam Al-Quran, 7 ayat )
    dapat memadam kemurkaan Allah SWT, mendapat
    pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran




 








2- Surah Yaasiin 
    ( surah ke 36 di dalam Al-Quran, 83 ayat )
   dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan   
   pada hari Kiamat, dibaca dalam satu malam semata2
   mengharapkan keredaan Allah SWT nescaya akan
   diampunkan dosanya, dibaca surah yaasiin nescaya
   dituliskan oleh Allah pahala menyamai 10 kali
   membaca Al-Quran sepenuhnya.

3- Surah Al-Kahfi
    ( surah ke 18 di dalam Al-Quran, 110 ayat )
    Sesiapa membaca pada malam jumaat atau siang 
    jumaat , maka diampunkan dosanya hingga jumaat
    akan datang, dan 70,000 malaikat memohonkan
    rahmat kepada Allah SWT hingga waktu subuh, dan
    dijauhkan Allah dari terkena wabak penyakit demam
    panas atau taun, penyakit sopak dan dijauhkan
    dari fitnah dajjal.

4- Surah As-Sajdah
    ( surah yang ke 32 di dalam Al-Quran, 30 ayat )
    dapat melindungi pembacanya dari seksa kubur,
    mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka
    yang tetap solatnya pada malam lailatul-Qadr,
    mendapat hidayah ilmu yang yakin, dikurnia cahaya
    pada dirinya semasa ia mati.

5- Ada 7 surah di dalam Al-Quran yang sederet dan
    tersusun, di mulai dengan kalimah " Haa Miim",    
    sesiapa yang mengamalkan membacanya mendapat 
    pahala yang besar dan mendapat pembelaan di akhirat
    kelak , akan datang didepan setiap pintu neraka
    jahanam dan memohon kepada Allah:"Ya Allah! Janganlah
    engkau masukkan ke dalam neraka ini orang yang
    percaya kepada aku dan membaca aku. "

   Tujuh surah2 ini adalah :

   -Surah Al-Mu'min ( Ghaafir )
   ( surah ke 40 di dalam Al-Quran, 85 ayat )

   -Surah Fussilat
    ( surah ke 41 di dalam Al-Quran, 54 ayat )

   -Surah Asy-Syura
    ( surah ke 42 di dalam Al-Quran, 53 ayat )

   -Surah Az-Zukhruf
    ( surah ke 43 di dalam Al-Quran, 89 ayat )

   -Surah Ad-Dukhan
    ( Surah ke 44 di dalam Al-Quran, 59 ayat )
    Antara fadilat lain : dapat membantu kita ketika
    menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat, 
    membaca setiap malam maka pada esok harinya
    70,000 malaikat memohonkan ke ampunan baginya,
    membaca pada malam atau hari jumaat, maka Allah
    akan membinakan sebuah rumah dalam syurga.

   - Surah Al-Jaathiyah
    ( surah ke 45 di dalam Al-Quran, 37 ayat )

   - Surah Al-Ahqaaf
    ( surah ke 46 di dalam Al-Quran, 35 ayat )

6- Surah Al-Fath
    ( surah ke 48 di dalam Al-Quran, 29 ayat )
    Hadis Nabi s.a.w diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud :
    " Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku pada waktu
     malam sebuah surah yang aku cintai lebih dari didunia
     ini dan isinya."

     Pada riwayat yang lain, " yang lebih aku cintai 
     daripada apa yang disinari oleh cahaya matahari".

     "Sesiapa membaca surah Al-Fath, maka seolah2 ia
      turut menyaksikan pembukaan dan penaklukan Makkah
      bersama Muhammad Rasulullah s.a.w."      

     Membaca surah Al-Fath semasa melihat bulan awal
     Ramadhan pada permulaan malam, maka Allah luaskan
     rezekinya pada tahun itu sehingga akhir tahun.

7- Surah Al-Waaqi'ah 

    ( surah ke 56 di dalam Al-Quran, 96 ayat )
    dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir,
    sesiapa yang membaca surah Al-Waaqi'ah pada tiap2
    malam akan terjauhlah ia dari kepapaan selama2nya

8- Surah Al-Hasyr
    ( surah ke 59 di dalam Al-Quran, 24 ayat )
    Daripada Fadhil Umu Yassar Al-Muzani bekata Nabi s.a.w
    bersabda : " Sesiapa ketika bangun subuh, membaca 
    Auzubillahi Minash Shaitan nir Rajeem, diikuti 
    membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyr, maka Allah swt
    mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga ke 
    petang dan jika dia meninggal dunia pada hari itu
    dikira mati syahid."

 9- Surah Al-Mulk 

    ( surah ke 67 di dalam Al-Quran, 30 ayat )
    dapat menahan dan menyelamatkan pembaca dari
    siksa kubur, sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat
    tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi
    syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia    
    mendapat keampunan dosanya iaitu surah Al-Mulk.
    Satu surah di dalam Al-Quran menghadiahkan kepada
    pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam
    syurga iaitu surah Al-Mulk. Sesiapa yang membaca
    surah Al-Mulk dan As-Sajdah pada waktu malam maka
    keadaannya seperti ia menemui malam Lailatul-Qadr.


Saturday, March 9, 2013

DOA YANG BOLEH DIAMALKAN UNTUK ANAK YANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Dikongsikan disini antara amalan bacaan 
zikir dan doa yang boleh di buat 
untuk anak yang bakal atau sedang
hadapi peperiksaan sekolah ....




















Doa yang boleh dibaca untuk anak :

Ya Allah Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Jabbar,
Ya Khaliq...terangkankanlah hati ( sebutkan nama anak ),
bagi kefahaman kepadanya, ingatan yang kuat agar
mudah menghafal segala pelajaran dan surah yg 
diulangkajikan dan dapat jawap semua soalan dengan
mudah. Doa emak dan ayah sentiasa bersama
mu . Amin

Wednesday, March 6, 2013

RAWAT PENYAKIT KAYAP : SAPU BEDAK MUNTAH BELUT GUNA RUMPUT SAMBAU

Disini dikongsikan satu petua dari seorang
ulama terkenal Malaysia , cara rawat KAYAP
menggunakan akar ' rumput sambau ' sebagai
alat untuk menyapu larutan bedak muntah
belut pada bahagian kulit dijangkiti penyakit
KAYAP.

Caranya :

1. Ambil bedak sejuk muntah belut


 








2. Pecahkan bedak ni dan ambil pecahan
   bedak sekadar perlu dan letak dalam
   bekas
























3. Larutkan bedak ni ( dalam bekas ) dengan
    air zam2 atau air tapisan atau air
    mineral atau air gamat. Elakkan guna
    air terus dari paip sbb air jenis ni ada
    kandungan klorin yang mungkin akan
    mudaratkan masaalah penyakit kulit tu.













4. Cari rumput sambau. Banyak ada
    disekeliling kawasan rumah.










5. Cabutkan rumput tu. Masa nak cabut 
    rumput tu, baca lah al-fatihah dan 
    berselawat pada nabi s.a.w untuk
    minta izin  











6. Buangkan tanah dari akar rumput ni

 









7. Basuhkan rumput berserta akarnya
   dengan air











8. Akar rumput dah dibersihkan











9. Calitkan larutan bedak muntah belut
    dengan akar rumput











10. Larutan bedak muntah belut pada
     akar rumput sambau











Seterusnya sapukan larutan bedak muntah belut
ni dengan menggunakan akar rumput sambau
pada bahagian kulit terkena penyakit kayap
tu.

Amalkan sekerap boleh, insyallah sembuh.


Monday, March 4, 2013

DOA BUATMU PERWIRA NEGARA....

Di kongsikan disini petikan doa dari FB

untuk sama2 kita berdoa untuk perwira
negara kita yang sedang berjuang demi
keselamatan negara Malaysia....




Saturday, March 2, 2013

INSIDEN LAHAD DATU : AL-FATIHAH KEPADA WIRA KITA YANG GUGUR






AL-FATIHAH KEPADA WIRA KITA YANG
GUGUR DI LAHAD DATU ( Insp zulkifli
Bin Mamat, 29 tahun dan Kpl
Sabaruddin Bin Daud, 46 tahun ) SERTA
TAKZIAH KEPADA KEDUA2 KELUARGA
MEREKA. 

KEPADA WIRA KITA YANG CEDERA,
DIDOAKAN CEPAT SEMBUH.



Lahad Datu :Jenazah Dua Perwira Negara Selamat di Subang