BOLEH PESAN BEDAK2 SEJUK BERAS TITIK , BEDAK2 SEJUK MUNTAH BELUT , BEDAK SEJUK BENANG SILA DISINI - CARA BORONG PUN BOLEH...BELI SIKIT2 PUN OK. BOLEH JUGA BUAT PESANAN AIR GAMAT, BEDAK PENAWAR, BAM ,MINYAK GAMAT, MINYAK URUT PANAS,...

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

HADIAHKAN AL FATIHAH PADA IBUBAPAMU SETIAP PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

BANYAKKAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW PADA PAGI DAN PETANG

Tima kasih sudi jadi sahabat :D

Sunday, March 17, 2013

PAYAHNYA MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.
Dan kita juga tahu tentang kejadiannya 
manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah
kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini,

mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya
dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya
bersama-sama . Berpesan- pesanlah pada kebaikan
dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA

TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR
/ Bapa segala manusia)



















Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada
malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil
sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan

tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi
khuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu 
Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia
tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar
sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan

bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat
Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.

Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.
Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil

tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan,
jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas
perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah

Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan
tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa
jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang

Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang
kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."

 Maka khuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh 

umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka
tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan
aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya
terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana

disitulah berada otak manusia dan disitulah tempatnya 
akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia

alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq kerana disitu tempat 

sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden kerana disitu tempat 

berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar tempat 

menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari

nafkah dan kerjasama sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat

seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan
manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina alat peneguh

tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus kerana disitulah iman, 

keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if tempat mengucap Syahadat,

bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:





1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan

air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian
Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan
berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman

"Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam"

adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah
itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian
dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan
"Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air

"Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".
Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk

kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan,
lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang
terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail
untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak
mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,

sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit
manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia,
terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai
peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang

kulitnya hitam tetapi warna kukunya adalah sama ialah 
putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau

liang. Tujuh buah liang dikepala dan dua buah liang 
di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang

hidung dan sebuah liang mulut.

2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan,

untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya

yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah
memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh
ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah

otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan
sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika
itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri,
ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang

menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat
mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan
suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin,

serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah.

Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu
Allah berkata :"Yarhamukallah" yang membawa erti:
"Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu
jika orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah"
dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan
"Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja

ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya
masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia
yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman
Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .

(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka

terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka
seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah

daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna,
yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah

kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah
merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya
cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat
Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak
oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan
kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah
kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula
Adam dijadikan.