Thursday, March 14, 2013
SURAH2 AL QURAN DAN ANTARA FADHILAT2 MEMBACANYA
Surah2 di dalam Al-Quran dan antara fadilat2nya :
1- Surah Al-Fatihah
( surah yang pertama di dalam Al-Quran, 7 ayat )
dapat memadam kemurkaan Allah SWT, mendapat
pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran
2- Surah Yaasiin
( surah ke 36 di dalam Al-Quran, 83 ayat )
dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan
pada hari Kiamat, dibaca dalam satu malam semata2
mengharapkan keredaan Allah SWT nescaya akan
diampunkan dosanya, dibaca surah yaasiin nescaya
dituliskan oleh Allah pahala menyamai 10 kali
membaca Al-Quran sepenuhnya.
3- Surah Al-Kahfi
( surah ke 18 di dalam Al-Quran, 110 ayat )
Sesiapa membaca pada malam jumaat atau siang
jumaat , maka diampunkan dosanya hingga jumaat
akan datang, dan 70,000 malaikat memohonkan
rahmat kepada Allah SWT hingga waktu subuh, dan
dijauhkan Allah dari terkena wabak penyakit demam
panas atau taun, penyakit sopak dan dijauhkan
dari fitnah dajjal.
4- Surah As-Sajdah
( surah yang ke 32 di dalam Al-Quran, 30 ayat )
dapat melindungi pembacanya dari seksa kubur,
mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka
yang tetap solatnya pada malam lailatul-Qadr,
mendapat hidayah ilmu yang yakin, dikurnia cahaya
pada dirinya semasa ia mati.
5- Ada 7 surah di dalam Al-Quran yang sederet dan
tersusun, di mulai dengan kalimah " Haa Miim",
sesiapa yang mengamalkan membacanya mendapat
pahala yang besar dan mendapat pembelaan di akhirat
kelak , akan datang didepan setiap pintu neraka
jahanam dan memohon kepada Allah:"Ya Allah! Janganlah
engkau masukkan ke dalam neraka ini orang yang
percaya kepada aku dan membaca aku. "
Tujuh surah2 ini adalah :
-Surah Al-Mu'min ( Ghaafir )
( surah ke 40 di dalam Al-Quran, 85 ayat )
-Surah Fussilat
( surah ke 41 di dalam Al-Quran, 54 ayat )
-Surah Asy-Syura
( surah ke 42 di dalam Al-Quran, 53 ayat )
-Surah Az-Zukhruf
( surah ke 43 di dalam Al-Quran, 89 ayat )
-Surah Ad-Dukhan
( Surah ke 44 di dalam Al-Quran, 59 ayat )
Antara fadilat lain : dapat membantu kita ketika
menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat,
membaca setiap malam maka pada esok harinya
70,000 malaikat memohonkan ke ampunan baginya,
membaca pada malam atau hari jumaat, maka Allah
akan membinakan sebuah rumah dalam syurga.
- Surah Al-Jaathiyah
( surah ke 45 di dalam Al-Quran, 37 ayat )
- Surah Al-Ahqaaf
( surah ke 46 di dalam Al-Quran, 35 ayat )
6- Surah Al-Fath
( surah ke 48 di dalam Al-Quran, 29 ayat )
Hadis Nabi s.a.w diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud :
" Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku pada waktu
malam sebuah surah yang aku cintai lebih dari didunia
ini dan isinya."
Pada riwayat yang lain, " yang lebih aku cintai
daripada apa yang disinari oleh cahaya matahari".
"Sesiapa membaca surah Al-Fath, maka seolah2 ia
turut menyaksikan pembukaan dan penaklukan Makkah
bersama Muhammad Rasulullah s.a.w."
Membaca surah Al-Fath semasa melihat bulan awal
Ramadhan pada permulaan malam, maka Allah luaskan
rezekinya pada tahun itu sehingga akhir tahun.
7- Surah Al-Waaqi'ah
( surah ke 56 di dalam Al-Quran, 96 ayat )
dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir,
sesiapa yang membaca surah Al-Waaqi'ah pada tiap2
malam akan terjauhlah ia dari kepapaan selama2nya
8- Surah Al-Hasyr
( surah ke 59 di dalam Al-Quran, 24 ayat )
Daripada Fadhil Umu Yassar Al-Muzani bekata Nabi s.a.w
bersabda : " Sesiapa ketika bangun subuh, membaca
Auzubillahi Minash Shaitan nir Rajeem, diikuti
membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyr, maka Allah swt
mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga ke
petang dan jika dia meninggal dunia pada hari itu
dikira mati syahid."
9- Surah Al-Mulk
( surah ke 67 di dalam Al-Quran, 30 ayat )
dapat menahan dan menyelamatkan pembaca dari
siksa kubur, sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat
tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi
syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia
mendapat keampunan dosanya iaitu surah Al-Mulk.
Satu surah di dalam Al-Quran menghadiahkan kepada
pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam
syurga iaitu surah Al-Mulk. Sesiapa yang membaca
surah Al-Mulk dan As-Sajdah pada waktu malam maka
keadaannya seperti ia menemui malam Lailatul-Qadr.
10- Surah An-Nabba'
( surah ke 78 di dalam Al-Quran, 40 ayat )
Hadis Rasulullah s.a.w bermaksud, " pelajarilah
surah An-Nabaa'; pelajarilah surah Al-Buruj, pelajarilah
surah Qaaf dan pelajarilah surah At-Taariq, kerana
jika kamu mengetahui fadhilat2 dan besarnya pahala
membaca surah2 tersebut, maka kamu akan berhenti
dari tugas2 kamu lalu mempelajari surah2 tersebut.
Juga mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan
membacanya. Sesungguhnya Allah SWT akan mengampunkan
dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain
dari dosa syirik.
11- Surah At-Takwir
( surah ke 81 di dalam Al-Quran, 29 ayat )
Menjauhi kepapaan disamping pahala yang banyak.
Rasulullah s.a.w membacanya boleh dikatakan setiap
malam.
12- Surah Al-Buruuj
( surah ke 85 di dalam Al-Quran, 22 ayat )
Hadis Rasulullah s.a.w bermaksud, " pelajarilah
surah An-Nabaa'; pelajarilah surah Al-Buruj, pelajarilah
surah Qaaf dan pelajarilah surah At-Taariq, kerana
jika kamu mengetahui fadhilat2 dan besarnya pahala
membaca surah2 tersebut, maka kamu akan berhenti
dari tugas2 kamu lalu mempelajari surah2 tersebut.
Juga mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan
membacanya. Sesungguhnya Allah SWT akan mengampunkan
dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain
dari dosa syirik.
13- Surah At-Taariq
( surah ke 86 di dalam Al-Quran, 17 ayat )
mendapat pahala yang amat besar dan mendapat
keampunan dosa kecuali dosa syirik.
14- Surah Al-A'Laa
( surah ke 87 di dalam Al-Quran, 19 ayat )
Sabda Nabi s.a.w, " sesungguhnya pada yang terdapat
kalimah tasbih terdapat satu ayat yang lebih baik
daripada seribu ayat. Seorang sahabat, Ubai bin Ka'ab
mengatakan, surah yang utama mengandungi
tasbih ialah surah Al-A'laa".
15- Surah Adh-Dhuha
( surah ke 93 di dalam Al-Quran, 11 ayat )
Apabila surah ini diamalkan menbacanya menjadi
wirid tujuh kali pada setiap pagi ketika matahari
terbit dan tujuh kali setiap matahari terbenam,
insyallah akan terselamat dari kehilangan atau
kecurian.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya diwasiati
oleh kekasihku - yakni Nabi Muhammad s.a.w dengan
tiga macam perkara, iaitu berpuasa tiga hari dari
setiap bulan, melakukan dua rakaat shalat Dhuha
dan supaya saya bersembahyang witir sebelum saya
tidur." (Muttafaq 'alaih)
16- Surah Al-Insyirah
( surah ke 94 di dalam Al-Quran, 8 ayat )
Mempermudahkan segala urusan dan murah rezeki
apabila diamalkan membacanya tujuh atau sepuluh
kali setiap lepas solat fardhu juga dijauhi Allah SWT
dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.
17- Surah Al-Qadr
( surah ke 97 di dalam Al-Quran, 5 ayat )
Mereka yang mengamalkan membacanya hingga
menjadi wirid dipandang hebat dan mulia juga
terhindar dari kefakiran. Membaca surah Al-Qadr
ini semasa keluar dari rumah insyallah akan
pulang dengan selamat. Membaca surah Al-Qadr
sepuluh kali maka akan terhapuslah seribu dosanya.
18- Surah Al-Bayyinah
( surah ke 98 di dalam Al-Quran, 8 ayat )
Hadis nabi s.a.w bermaksud," Sesungguhnya Allah SWT
setelah mendengar orang membaca surah ini lalu
berfirman kepada pembacanya," Bergembiralah kamu hai
hamba ku dengan kemuliaan ku. Aku tidak akan
melupaimu dalam setiap gerak tingkah lakumu
didunia dan diakhirat dan aku tempatkan kamu
di dalam syurga atas keredaanmu."
19- Surah Az-Zalzalah
( surah ke 99 di dalam Al-Quran, 8 ayat )
Sesiapa yang membaca surah ini, maka bandingannya
seperti membaca separuh Al-Quran.
20- Surah Al-'Aadiyaat
( surah ke 100 di dalam Al-Quran, 11 ayat )
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini,
maka bandingannya seperti membaca separuh
Al-Quran.
21- Surah Al-Fiil
( surah ke 105 di dalam Al-Quran, 5 ayat )
Sesiapa dizalimi orang,kerjakanlah solat tahajud atau
hajat ditengah malam, selepas membaca Fatihah pada
rakaat pertama baca surah Al-Fiil 40 kali dan pada
rakaat kedua surah Al-Kaafiruun sekali. Juga untuk
tunaikan hajat, baca surah Al-Fiil dua puluh kali
sehari selama tujuh hari, insyallah termakbul. Baca
surah Al-Fiil seribu kali setiap kali selama empat
puluh hari untuk memudahkan mendapat rezeki.
22- Surah Al-Kautsar
( surah ke 108 di dalam Al-Quran, 3 ayat )
Dapat merelaikan segala perbalahan. Sesiapa membaca
surah Al-Kautsar maka Allah akan memberinya
minuman dari sungai syurga. Membaca surah ini sebanyak
tujuh kali semasa dalam keadaan ketakutan maka
Allah SWT akan memberikan perlindungan terhadapnya.
Sesiapa yang membaca seribu kali surah Al-Kautsar
selepas fardhu isyak hingga ia tertidur, insyallah dapat
melihat Nabi Muhammad s.a.w dalam tidurnya.
23 Surah Al-Kaafiruun
( surah ke 109 di dalam Al-Quran, 6 ayat )
Dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika
menghadapi kematian. Sesiapa yang membaca surah
Al-Kaafiruun maka bandingannya seperti membaca
seperempat Al-Quran, di samping terlepas dari syirik,
terjatuh dari godaan syaitan dan terlepas dari
peristiwa bencana yang mengejutkan.
24- Surah An-Nasr
( surah ke 110 di dalam Al-Quran, 3 ayat )
Sesiapa yang mengamalkannya membaca surah ini
akan mendapat pahala yang besar, bandingannya
seperti membaca seperempat dari Al-Quran.
Bacalah surah ini apabila hendak melakukan
kerja2 yang rumit atau berat ataupun semasa hendak
keluar dari rumah, insyallah akan mendapat
pertolongan Allah SWT.
25- Surah Al-Ikhlas
( surah ke 112 di dalam Al-Quran, 4 ayat )
Dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas ini satu kali,
maka Allah SWT memberi pahala sebanyak pahala
seratus orang pahlawan syahid. Sesiapa yang membacanya
sepuluh kali setiap lepas solat subuh maka tidak akan
terjadi kepadanya suatu dosa pun, walaupun syaitan
bersungguh2 menggodanya. Sesiapa yang membaca
surah Al-Ikhlas satu kali maka seolah2 ia membaca
sepertiga Al-Quran. Sesiapa yang membaca surah ini
tiga kali seolah2 ia membaca keseluruhan Al-Quran.
Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas dalam solat2
fardhu maka Allah SWT mengampuninya berserta kedua
ibu bapanya dan orang2 yang celaka lalu menuliskannya
dalam buku daftar orang2 yang berjaya. Sesiapa yang
membaca surah ini sepuluh kali maka Allah SWT akan
membinakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga.
Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas semasa dalam sakit
yang membawa kepada kematiannya maka ia tidak akan
terkena fitnah kubur dan aman dari himpitan kubur dan ia
akan dibawa oleh malaikat dengan tapak tangannya
sehingga melepasi sirat menuju ke syurga. Sesiapa yang
membaca surah Al-Ikhlas di atas perkuburan sebanyak
sebelas kali dan pahalanya dihadiahkan kepada umat
islam yang telah meninggal dunia maka diterimakan
kepadanya pahala sebanyak mereka yang telah meninggal
dunia.
26- Surah Al-Falaq
( surah ke 113 di dalam Al-Quran, 5 ayat )
Dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
Membaca surah Al-Falaq berserta surah An-Naas
sebanyak 100 kali, bantu untuk menaikkan semangat
berani membela kebenaran dari kekejaman orang2
yang memegang kuasa, orang2 jahat dan sebagainya.
Membaca kedua2 surah ini seberapa banyak apabila
kita sesat jalan seperti dalam gelap atau dalam hutan,
insyallah akan selamat. Amalkan membaca kedua2 surah
ini tiga kali, pagi dan petang didahului membaca
Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas, insyallah segala
keperluan hidupnya akan cukup dan sempurna.
27- Surah An-Naas
( surah ke 114 di dalam Al-Quran, 6 ayat )
Dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Banyak lagi fadilat2 dari surah2 Al-Quran ini, di sini dikongsikan
antaranya saja. Amal lah sebanyak yang boleh untuk mendekatkan
ketakwaan diri kita kepada Allah SWT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
terima kasih diatas perkongsian ilmu ini
Post a Comment