lepas ni jgan minum coke dahh!!!
Coke ada Alcohol......!!!
Thursday, February 28, 2013
Tuesday, February 26, 2013
Saturday, February 23, 2013
SUNNAH NABI S.A.W YANG DITINGGALKAN..!!
Saya terjumpa infomasi ini dan ingin saya
kongsikan disini...
Cerita ini bukan dari pengalaman saya tetapi
dari cerita seorang rakan facebook.
Begini cerita nya :
-------------------------------------------------------------
Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya.
Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3
kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah
maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat).
Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan
buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang
ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang
ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang
tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang
telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun
baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku
itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah
Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam
otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.
Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung
pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada
malam itu, selepas habis pengajian daripada
syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ,
ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan
soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi.
Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi
sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran
dan syeikh itu memberi kebenaran.
“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini?
(sambil membuat lambang A)”
Syeikh menepis tangan ustaz saya.
Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.
“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding
tangan kepada ustaz saya.
“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang
Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu,
macam itulah yang kami guna.”
Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau,
itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada
kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh
duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut
mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan
hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.
“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada
menggunakan lambang A itu?”
“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan
seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”
Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa
itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua.
Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu
menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap.
Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap,
sunnah Yahudi kita kata baik.
Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain.
Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya
kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada
syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak
sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.
Sebar-sebarkanlah.
Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah.
Friday, February 22, 2013
FADILAT ZIKIR HARIAN
Perbanyakkan zikir harian :
Fadilat zikir yang disarankan oleh Ibnu Qayyim
Al Jauziyah dalam kitabnya Al Wabilush Shoyyib :
(1) bantu mengusir syaitan.
(2) mendapat keredaan Allah.
(3) menghilangkan gelisah dan hati yang gundah .
(4) hati menjadi gembira dan lapang.
(5) menguatkan hati dan badan.
(6) menerangi hati dan wajah menjadi bersinar.
(7) menambahkan rizki.
(8) orang yang berzikir akan merasakan manisnya iman
dan keceriaan.
(9) mendatangkan cinta Allah yang merupakan ruh Islam.
(10) mendekatkan diri pada Allah sehingga memasukkannya
ia pada golongan orang yang berbuat ihsan yaitu
beribadah kepada Allah seakan-akan melihatnya.
(11) mendatangkan inabah, yaitu kembali pada
Allah ‘azza wa jalla. Semakin seseorang kembali
pada Allah dengan banyak berzikir padanya, maka
hatinya pun akan kembali pada Allah dalam
setiap keadaan.
(12) seseorang akan semakin dekat pada Allah sesuai
dengan kadar zikirnya pada Allah ‘azza wa jalla.
Semakin ia lalai dari zikir, ia pun akan semakin
jauh dari Allah.
(13) semakin bertambah ma’rifah (mengenal Allah).
Semakin banyak zikir, semakin bertambah ma’rifah
seseorang pada Allah.
(14) mendatangkan rasa takut pada Rabb ‘azza wa jalla
dan semakin menundukkan diri pada-Nya. Sedangkan
orang yang lalai dari zikir, akan semakin terhalang dari
rasa takut pada Allah.
(15) meraih apa yang Allah sebut dalam ayat,
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُ مْ
“Ingatlah pada-Ku, maka Aku akan melihat kalian.
” (QS. Al Baqarah: 152).
Seandainya tidak ada keutamaan zikir selain yang disebutkan
dalam ayat ini, maka sudahlah cukup keutamaan yang disebut.
(16) hati akan semakin hidup. Ibnul Qayyim pernah
mendengar gurunya, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata,
الذكر للقلب مثل الماء للسمك فكيف يكون حال السمك إذا فارق الماء ؟
“zikir pada hati seperti air yang diperlukan ikan. Lihatlah
apa yang terjadi jika ikan tersebut lepas dari air?”
(17) hati dan ruh semakin kuat. Jika seseorang melupakan
zikir seperti badan yang hilang kekuatan. Ibnul Qayyim
rahimahullah menceritakan bahwa Syaikhul Islam Ibnu
Taimiyah sesekali pernah shalat Shubuh dan beliau duduk
berzikir pada Allah Ta’ala sampai beranjak siang. Setelah
itu beliau berpaling padaku dan berkata, ‘Ini adalah
kebiasaanku di pagi hari. Jika aku tidak berzikir seperti ini,
hilanglah kekuatanku’ .
(18) zikir menjadikan hati semakin kilap yang sebelumnya
berkarat. Karatnya hati adalah disebabkan karena lalai
dari zikir pada Allah. Sedangkan kilapnya hati adalah
zikir, taubat dan istighfar.
(19) menghapus dosa kerana zikir adalah kebaikan terbesar
dan kebaikan akan menghapus kejelekan.
(20) menghilangkan kerisauan. Kerisauan ini dapat dihilangkan
dengan zikir pada Allah.
(21) ketika seorang hamba rajin mengingat Allah, maka Allah
akan mengingat dirinya di saat ia susah.
(22) jika seseorang mengenal Allah dalam keadaan lapang,
Allah akan mengenalnya dalam keadaan sempit.
(23) menyelamatkan seseorang dari azab neraka.
(24) zikir menyebabkan turunnya sakinah (ketenangan),
naungan rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.
(25) zikir menyebabkan lisan semakin sibuk sehingga
terhindar dari ghibah (menggunjing), namimah (adu domba),
dusta, perbuatan keji dan batil.
(26) majlis zikir adalah majlis para malaikat dan majlis orang
yang lalai dari zikir adalah majlis syaitan.
(27) orang yang berzikir begitu bahagia, begitu pula ia akan
membahagiakan orang-orang di sekitarnya.
(28) akan memberikan rasa aman bagi seorang hamba dari
kerugian di hari kiamat.
(29) kerana tangisan orang yang berzikir, maka Allah akan
memberikan naungan ‘Arsy padanya di hari kiamat
yang amat panas.
(30) sibuknya seseorang pada zikir adalah sebab Allah
memberi untuknya lebih dari yang diberikan pada
peminta.
Friday, February 15, 2013
KEKUATAN AYAT SERIBU DINAR
Al-Quran itu adalah penawar. Kajilah Mukjizat
Rasulullah S.A.W ini kerana banyak lagi kelebihan2
yang masih belum di terokai.
mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan,
Allah SWT akan memberi rezeki yang banyak dengan
tidak di sangka-sangka serta Allah SWT akan
menyampaikan segala hajatnya.
Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan
kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara
dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh2 negara,
pasti akan ada jalan keluar dari permasaalahan ini.
Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan
terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudarat
dari sebarang benda yang bahaya.
Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal sungguh2
kepada Allah SWT. Beramal bersungguh2 dengan ayat ini
selepas solat fardhu dan yakin kepada Allah, mudah2an
Allah lindungi dari segala kesukaran dan bala dari darat
serta dari lautan.
Fadilat membaca ayat seribu dinar :
1. Allah akan menunaikan segala hajat
2. Allah memberi kemudahan dalam setiap urusan
dengan memberi jalan keluar dari segala masaalah
serta kesulitan.
3. Mendapat kemurahan rezeki yang tidak disangka2.
4. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan
bala bencana .
5. Insyallah jika berperang, tidak akan cedera atau
binasa kecuali telah tiba ajal.
Antara amalan membaca ayat seribu dinar :
1. Amal membaca ayat ini setiap kali selepas solat sebanyak
3 kali.
2. Baca ayat ini 3 kali sebelum tidur.
3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang2nya
3 kali.
4. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit
sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit
itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum,
InsyaAllah si pesakit akan sembuh.
5. Dibaca ketika hendak naiki kenderaan.
6. Dibaca ketika kita hendak tawakkal terhadap sesuatu
perkara.
7. Setiap kali sebelum minum , baca ayat seribu dinar.
Tarik nafas 3 kali nafas ekspress lalu baca ayat seribu
dinar. Lalu tiup masuk ke dalam air.
Wednesday, February 13, 2013
SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA ADIK KU IDAH...
Dalam beberapa hari ini, saya sekeluarga
sibuk bantu menguruskan hari perkahwinan
adik saya Norafidah bt Othman ( Idah )
dengan pasangan nya Ahmad Farid Adzhar
bin Rosdy ( Apek ).
Mereka selamat diijabkabulkan pada hari
ahad 10 februari 2013 bersamaan 29 Rabiul
awal 1434 H.
SELAMAT PENGATIN BARU KEPADA ADIK KU IDAH...
SEMUGA BAHAGIA BERSAMA SUAMI HINGGA
KE AKHIR HAYAT...
Wednesday, February 6, 2013
Tuesday, February 5, 2013
KELEBIHAN SURAH AL HASYR
Surah Al-Hasyr
(Arab: سورة الحشر) ialah surah ke-59
dalam al-Quran. Surah ini
tergolong surah Madaniyah
yang terdiri atas 24 ayat. Dinamakan Al Hasyr
yang
bererti pengusiran diambil dari perkataan Al Hasyr
yang terdapat
pada ayat ke-2 surat ini. Di dalam
surat ini disebutkan kisah pengusiran
suatu suku
Yahudi yang bernama Bani Nadhir yang berdiam
di sekitar kota
Madinah.
Daripada fadhil umu yassar al muzani berkata
bahawa nabi saw bersabda, " sesiapa ketika
bangun dan membaca di pagi subuh,
diikuti dengan membaca 3 ayat akhir surah al hasyr;
Maksudnya :
21) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia;
Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata;
Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(22) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia;
Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci;
Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan);
Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal
serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat
(menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala
KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka
sekutukan denganNya. (23) Dialah Allah, Yang Menciptakan
sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada);
Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut
yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang
sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya
segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang
tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (24)
Kelebihan membaca surah al hasyr ini :
1) Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya
hingga ke petang.
2) Apabila dibaca surah al Hasyr ( Ayat 21-24 ) selepas
subuh dan asar, akan dapat rahmat dan di jaga oleh
70,000 malaikat.
3) Jika dia meninggal dunia pada hari itu, malam atau siang
hari, akan memperolehi syurga dan dikira mati syahid
4) Sabda nabi saw;”Barangsiapa yang membaca akhir
surah Al-Hasyr dari waktu malam atau siang maka
dipegang erat (Dijaga rapi oleh Allah swt) pada hari itu,
ataupun dibaca ayat itu pada malam hari maka
sesungguhnya ia mesti dapat syurga”
Saturday, February 2, 2013
BEKAS MINUMAN RASULULLAH SAW DISANJUNG
Mangkuk atau Gelas yang pernah digunakan oleh
Nabi Muhammad S.A.W yang disimpan oleh Sayyidina
Ali bin Abi Thalib ra telah kembali ke tangan
rakyat Chechnya.
Di kongsikan disini rupa bekas minuman junjungan
kita, Nabi Muhammad SAW
Banyakkan kita berselawat kepada Nabi Muhammad SAW...
DOA PEMANIS WAJAH
Amalkan Surah Yusuf Ayat 4
Maksud Ayat: "(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata
kepada bapanya ; ” Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi
melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan ; aku melihat
mereka tunduk memberi hormat kepadaku."
Khasiat ayat ini:
1. Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja
2. Wajah menjadi berseri-seri
3. Manis dipandang orang