Hari ni bermulalah perjuangan anak bujang saya setelah bertungkus lumus memasuki institusi persekolahan selama 11 tahun. Apa yang boleh saya lakukan sekarang hanyalah berdoa agar dia dapat memberikan jawapan yang dapat memuaskan hati para pemeriksa kertas. Biarlah dia dapat menjawap kesemua kertas soalannya dengan jaya.. amin!!
Teringatlah saya tatkala saya menduduki peperiksaan yang sama dahulu. Agak berkurun juga rasanya..(lol). Sebelum menghadapi peperiksaan kertas, kami diminta membuat peperiksaan amali. Memang teruja sangat masa tu. Maklumlah terasa diri bagaikan seorang saintis muda yang sedang menjalankan ujikaji besar!! (roflol)
Memang amat mendebarkan setiapkali kaki melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Bolehkah saya menjawapnya nanti? Bolehkah saya menghabiskannya nanti? Mak pesan untuk menghabiskan kesemua soalan walau apa pun yang terjadi. Moga-moga masa yang diberi boleh saya atur dengan elok dan tepat.
Setiap kali lepas keluar dari dewan, saya akan terus ke bilik darjah yang lain ataupun terus balik. Tak ada masa nak berkongsi maklumat dengan kengkawan. Untuk apa nak bertukar-tukar jawapan sekiranya kertas jawapan sudahpun ada di tangan pegawai bertugas. Hanya akan memeningkan kepala sekiranya jawapan saya berbeza dari jawapan kawan2. Lebih elok saya tatap buku untuk peperiksaan yang seterusnya.
Itu sedikit sebanyak pengalaman saya ketika di sekolah dulu. Semoga anak teruna saya dapat membuat yang terbaik bagi dirinya dan menjadi contoh yang baik untuk adik2nya.
Selamat berjuang, Nazmi. Umi dan abah sentiasa mendoakan kejayaan Nazmi. Adik2 pun berdoa juga agar abang sulung mereka menempah kejayaan yang cemerlang!!
Tuesday, November 11, 2008
SPM!!
Sunday, November 9, 2008
Novel Baru saya
Amatlah gembiranya saya bila diberitahu novel saya akan dikeluarkan pada bulan Disember ni. Sekarang novel tu dalam proses grafik cover. Entah bagaimanalah bentuk cover buku saya tu nanti. Tak sabar2 rasanya nak tengok. Maklumlah novel sulung....
Saya tak tahulah jika saya boleh membuat sedikit sinopsis di sini. Takut juga nanti dimarahi pihak penerbit. Lebih membimbangkan jika saya disaman kelak. Belum keluar buku, terus di saman.. nauzubillah, dijauhi Allah...
Saya akan bertanyakan hal ini nanti bila bertemu dengan penerbit. Jika dibenarkan, saya akan tulis sedikit sinopsisnya di sini. Hmmmm tak sabar menunggu bulan 12.
Untuk para tetamu Allah, saya ucapkan selamat menjalankan ibadah haji dengan tulus ikhlas. Semoga pulang kalian nanti, mendapat haji mabrur. Buat masa ni,saya belum dapat bersama2 kalian untuk menjejakkan kaki di Mekah. Doakanlah agar saya dapat ke sana tak lama lagi.. ataupun sebelum saya menutup mata meninggalkan alam fana ini...
(Dah lari dari tajuk... lol)