Sentiasa amalkan solat Dhuha.
Kepada sesiapa yang sentiasa mengamalkannya,
insyallah Allah SWT permudahkan rezeki halal yang
merimpah ruah baginya.
Firman Allah :
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas
mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang
(solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu
pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,
“Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga
macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang
dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur”
(riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
Rasulullah bersabda yang bermaksud,
" Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan
istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah SWT, sekalipun
dosa itu seluas luatan . "
Rasulullah bersabda lagi,
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran
(kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha
kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”
Waktu solat Dhuha :
“Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi.
Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas
terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai
tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh
atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini
pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara
mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha
ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.” Masuk waktu solat Dhuha
selepas waktu Syuruk kira selepas 28 minit masuk waktu Syuruk.
Boleh semak di kalendar atau jadual waktu solat.
Bilangan rakaat :
2 hingga 12 rakaat
(2 rakaat 1 salam).
Minimum 2 rakaat.
Niatnya: "Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala".
Bacaan setiap rakaat :
Rakaat pertama baca Surah Ash-Shams manakala rakaat
kedua bawah Surah Adh Dhuha.
Bacaan surah lain boleh djuga dibaca ,yang penting niat kita
adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan
harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk
mendekatkan diri kepada Allah.
Doa setiap kali solat Dhuha :
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu,
kecantikannya kecantikanMu,
keindahannya keindahanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
kekuasaannya kekuasaanMu
perlindungannya perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah,
jika di bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah, jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikanmu, keindahanmu, kekuatanmu,
kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah
limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Selamat beramal.
Sunday, January 29, 2012
SOLAT DHUHA....PEMBUKA REZEKI HALAL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment