Hargai lah masa kerana masa itu ibarat emas.
Lakukan amal kebajikan yang baik2 sebagai bekalan
di akhirat kelak.
Banyakkanlah berzikir :
Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: ''Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah
berlaku peredaran yang terlalu singkat umpama setahun
bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu
bagaikan sehari, sehari bagaikan sejam dan sejam bagaikan
sekelip mata. - Riwayat Ahmad
Allah SWT berfirman:
Maksudnya: "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan kesabaran. - [al-‘Ashr 103:1-3]
"Laksanakan segera amal soleh karana tujuh hal: sebelum
datang kemiskinan yang membuatkan kamu lupa, kekayaan
yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan
yang melumpuhkan, kematian yang mendadak, kemunculan
dajal sebagai makhluk terjahat yang sentiasa mengintip dan
datangnya kiamat yang sangat mengerikan." (HR Tirmidzi).
0 komen:
Post a Comment